Salam. Malam semalam aku baru balik dari Johor. Sangat penat tapi disebabkan wedding kawan baik, mestilah sanggup pergi kan?
Jumaat petang aku dah bertolak ke Johor Bahru. Sampai je kat sana terus ke Plaza Angsana carik hadiah untuk kawan yang kahwin minggu lepas. Actually minggu lepas kawan baik time diploma dulu kahwin. Tapi disebabkan aku satu family ke Penang hantar adik register USM, so tak dapat pergi. Jadi kiranya minggu ni aku tebus balik la tak dapat attend wedding dia minggu lepas.
Dah siap pilih hadiah and bungkus semua, aku call nak jumpa dia. Almaklumlah orang baru kahwin seminggu tak manis nak kacau tapi aku bagitau nak jumpa dia kejap. Ingat nak ke rumah dia kat Larkin. Tapi dia ke open house belah husband dia. So, aku carik dia sampai ke open house tu. Punya gigih jumpa kawan lama. Sempat jumpa dalam 5 minit, borak kejap and bagi hadiah. Dua tahun tak jumpa tau! Selamat pengantin baru Diya!
Hadiah untuk kawan yang kahwin minggu lepas. Disebabkan malam so pic ni kurang clear
Hari Sabtu pagi-pagi aku pergi carik hadiah lagi. Kawan aku yang kahwin ni suka kaler pink. Tu yang sampai pembungkus hadiah pun aku beli kaler pink. How cute it is!
Punya gigih sampai pembalut kaler pink kan? Tapi hadiah kat dalam bukan kaler pink ye
Rumah kawan aku ni kat Peserai, Batu Pahat. Dari JB dalam 2 jam perjalanan. Atas bantuan GPS and setelah puas taip itu ini, kami jumpa jugak rumah dia. Kat kawasan kampung tapi memang luas. Seronok tengok tempat orang!
Tak sangka dah kahwin kawan aku yang sorang ni. Actually aku kenal Ayu waktu sem 6 diploma. Then kami sama-sama dapat kos and Uni yang sama kat UiTM Segamat. Satu rumah sewa lagi. Ayu ni baik and lemah lembut orangnya. Kalau aku ada pape masalah, dia tolong and advice if aku perlukan pandangan.
Amik gambar dengan si pengantin baru
Pasangan Ayu, Mizi sekampung dengan dia. Memang kami kawan serumah dah kenal sebab pernah Mizi datang beberapa kali ke Segamat. Pernah jugak keluar makan sama-sama and pergi mandi air terjun. So, tak da la janggal. Dah kenal husband dia ni. Diorang ni dah couple 10 tahun! Lama kottt! Kalau dah jodoh tak ke mana kan.
Ada la jugak sikit perbezaan dari majlis kahwin kat sini. Seronok pulak aku tengok benda yang lain dari cara tempat aku. Ada tol and pengantin perempuan just tunggu kat pelamin je bila pengantin lelaki sampai. So, hanya pengantin lelaki tu sorang duduk and tengok persembahan silat semua. Kalau kat tempat aku, pengantin perempuan kene pergi dekat husband dia and berdiri rusuk sebelah kiri. Then jalan sama-sama ke pelamin. So, ada kelainan kat situ.
Seronok pulak tengok orang bersanding. Tertanya-tanya bila giliran sendiri..mihmih
Majlis yang simple tapi meriah. Bagus macam ni, tak perlu melebih-lebih macam sesetengah wedding. Bertemakan kuning and biru. Tu yang aku pakai jubah kaler kuning cair. Tak da la lari tema sangat. Gigih tau I sarung jubah. Dah la lepas tu balik naik bas sampai ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Hampir 4 jam perjalanan. Dah bus asyik berhenti je.
Kawan berempat satu rumah sewa and kelas. Ayu dah kahwin tinggal tiga. Yang ju biru Sol and the other one Ina. Giliran Sol pulak lepas ni sebab dia baru je tunang
Semapt singgah beli ice-cream kat Baskin Robbins. Sedap tak terkata! And harusla ada cokelat
Pape pun, selamat pengantin baru untuk Ayu and Mizi. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat, InsyALLAH. Ada jugak kawan yang start tanya bila giliran kami, InsyALLAH kalau ada jodoh sampaila nanti. Doakan ye. Bukan setakat kawan-kawan Uni, kawan-kawan blog pun aku jemput..:)
5 comments:
smoga pasangan bahagia hingga akhir hayat. :)
cantik kaler pelamin...
lawa kak pengantin nye~ XD
wah..cantik la kaler pelamin tu sis
moga bahagia hgg ke anak cucu
tunggu turn sis lg ni..hehe
done isi tabung Nuffnang kat sini...selamat menabung :)
kuning biru.. cantik..!!
Post a Comment