Salam. Pernah dengar ada lagu dulu..
Mencintaimu 8 hari seminggu
Untuk 25 jam sehari
Kalau lah dalam satu hari ada 25 jam... Kalaulah dalam seminggu ada 8 hari... Kalaulah... Berapa banyak kalau daa...
Aku akan amik hari ke 8 dan jam ke 25 sebagai masa rehat! Masa yang tak boleh sesiapa ganggu!
24 jam sehari cukup ke pada korang? Sekarang ni masa cepat sangat berlalu. Datang dan pergi bagai angin lalu. Since praktikal, aku rasa masa tu terlalu cepat!
Dari Isnin-Jumaat and Sabtu sekali dalam sebulan masa aku fix di office. 8.30 pagi hingga 5.30 petang and Sabtu half day. Department akaun cuma awal and hujung bulan busy sikit. Satu pengalaman bila dapat rasa sendiri macam mana environment bekerja. Different when you study.
At least sekali dalam sebulan aku akan ke Johor untuk urusan thesis. Though sebenarnya bila praktikal and dalam masa yang sama kena siapkan thesis. Dengan menggunakan primary research dan memerlukan 150 sample, memang aku rasa haru! Penat bila sampai umah pukul 6-7, lepas tu nak mengadap thesis. Bukannya boleh buat asal siap je.
PRU13 merupakan kali pertama aku mengundi. Cukup umur cukup umur! Aku jugak terlibat sebagai petugas IT untuk memastikan segalanya berjalan lancar time hari mengundi nanti. Bahagian IT untuk pantau pengundi menjalankan tanggungjawab mereka.
Rehearsal @ DRY RUN PRU13
Lagi sebulan nak PRU13 aku dah busy. Meeting sana-sini. Pernah satu ketika aku tertidur time YB berucap. Haha. Tidur aku pun penting kan?
One more, aku sedang amik satu kursus. Kursus apa? I will tell you all later okeh. Disebabkan benda ni jugak la aku terkejar-kejar. Kena fikir betul-betul mana yang patut didahulukan.
Serius cakap since hujung bulan 3 sampailah sekarang, belum ada satu hari pun yang aku duduk diam kat rumah. Adik aku kata, "Kak ngah yang tengok kak yong pun penat".
Disebabkan tu aku memerlukan handy planner. Aku akan susun jadual aku baik-baik. Apa patut aku buat and benda tu dapat mengingatkan aku yang pelupa ni dengan benda-benda penting.
24 jam memang tak cukup bagi aku sebab tu orang cakap kita kena bijak mengurus masa sebab tu la masa yang secukupnya yang diberi Pencipta. Barulah sekarang aku menghargai masa. Sob sob..
2 comments:
bagus. selamat menjalan tugas semasa mengundi nanti yea
bes t juga libatkan diri..ambil pengalaman.. ^^ apa2 pun masa mmg kena pandai uruskan
Post a Comment