Monday, 18 February 2013

Minum susu!

Salam. Aku bukanlah pencinta susu atau pembenci susu yang tegar. Hanya so-so. Mungkin hasil campuran ayah gemarkan susu dan ibu pulak sebaliknya. So aku kacukan. Phuii..

Kecik dulu time sekolah ayah suka buatkan susu untuk breakfast sebelum pergi sekolah. Wajib minum dan habiskan walaupun tekak aku ni meronta-ronta nak keluarkan. Serius loya mak aiii..

Zaman sekolah rendah sampaila menengah, aku selalu kena simpul mengkarung. Dia macam sakit sendi yang tiba-tiba and rasa yang sangat menarik-narik sampai tak dapat nak bergerak. Selalu sangat aku terjaga tengah malam menahan sakit and biasanya aku kena dekat betis.

Sampai satu ketika time diploma aku sedar yang aku ni mungkin kurang susu sebab aku jarang amik susu. Itupun setelah disedarkan oleh ibu sebab aku selalu mengadu sakit tu. Untuk susu fresh or putih semata-mata tu memang aku tak suka. So, aku decide untuk amik minuman macam milo, neslo, horlicks, air cokelat dan seantero dengannya. As long as ada elemen susu walaupun susu pekat manis. 

Alhamdulillah..serangan simpul mengkarung dah makin berkurang. And now dah lama aku tak kena sakit tu. Badan aku pun dah tak da la lemah sangat macam dulu. Tak da la sikit-sikit nak sakit, demam and sekarang i'm tough. Haha..


Tengok, comel kan? Walaupun minuman ni untuk 1-6 tahun, tapi aku tetap beli disebabkan aku memang suka pada benda-benda yang comel. Dan sewajib dan seharusnya la cokelat. Aku ni suka minuman cokelat tak pun caffeine.

Marilah kita meminum susu beramai-ramai. Badan akan menjadi lebih sihat, kuat dan bertenaga!:)

2 comments:

jeBateja said...

Uikk..itu namanya simpul mekarung...kawe selalu kena...ingatkan pasal sejuk...tido tak selimut....kena minum susu erk...den tak de masalah dgn susu....tapi wife den tak leh....mahu nya muntah dia...kalau minum susu...pelik....ahakz

Unknown said...

ooooo cramp otot awk panggil simpul merangkung eh? new word! :D

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman