Monday, 31 December 2012

Hanya kerana durian

Salam. Siapa suka durian? Dalam banyak-banyak buahan tempatan, durian je yang aku suka. Yang lain sume tak berapa sampai tak tersentuh pun. Musim durian menjelma lagi! Dan disebabkan family aku duk kampung sekali dengan nenek, kebun sebelah je. Pokok durian? Bukak tingkap terus boleh nampak. Tak ke heaven tu?


Biasanya makan macam tu je tak pun makan dengan pulut. Sometimes ibu buat bubur cicah guna roti. Sedap woo.. Tapi durian crepe yang sibok popular benor sekarang tu yang aku tak rasa lagi? Sedap ke ek? Habis ramai yang update pasal durian crepe. Dalam tv pun tunjuk resepi durian crepe. Hebat hebat..


Teringat zaman form 5 dulu, kelas aku bukan ramai pun, 22 orang je. Sape je yang nak amik sains tulen. Ada 4 orang chinese lelaki. Musim durian diorang memang buat part time. So selalu pagi-pagi dalam kelas before pergi perhimpunan, belah durian dulu. Dengan buah yang berduri tu they all bawak tau! Serius satu kelas kerumun makan. Cikgu pun sampai ada yang bising suruh bawak untuk diorang.

Segamat tempat aku study sekarang memang terkenal dengan durian. Orang kata durian Segamat sedap. Tak tau pulak. Setahun setengah aku belajar kat sana sekali pun walau sebesar kuman tak pernah rasa durian Segamat. Even orang niaga durian tu area taman aku pun ada. Entah pape kan. Orang luar sanggup datang Segamat semata-mata durian tau..

Nota kaki : Kedua-dua gambar adalah ihsan google..^^

Imbasan 2012

Salam. Dah masuk hari terakhir bagi tahun 2012. 31 Disember 2012. Keadaan aku kali ni sama jugak macam 31 Disember 2011. Why? Sebab study week. Waa.. Tapi dulu study week sem 3, now sem 5. Up sikit. Haha.

Dah setahun berlalu, aku nak highlight lima (5) perkara penting yang berlaku dalam diari aku tahun ni..



Tahun ni, tiga sepupu aku bertunang yakni kesemuanya dari belah ibu dan dua orang kawan rapat. Memang pakat they all jadikan 2012 tahun bertunang beramai-ramai. Kelima-lima pasangan ni akan melangsungkan perkahwinan tahun depan. Pokai mak cik! Kena beli hadiah macam ni. Ada yang aku  dilantik secara tak rasminya sebagai pengapit. Auuww! Kalah pengantin nanti! Paling awal Januari and last November. Dah makan setahun tu!


Orang lain bertunang, orang lain yang sibuk amik gambar. Over tau!

Family day Islamic Banking Student Association (IBSA) sama hari dengan my birthday and mothers' day iaitu 13 Mei 2012, Ahad. Aku dilantik sebagai AJK permainan bagi menguruskan semua game yang dipertandingkan. Disebalik sibok kehulur-hilir dan berpanas terik, hati tetap riang ria. Call pulak free, lagi menyenangkan urusan. One of my classmate siap wish through speaker lagi dari meja emcee. Serius terharu and malu-malu kucing.


With part of my calssmate kat court bola jaring

Seumur hidup aku memang tak pernah berniaga. First time aku merasa pengalaman bergelar usahawan muda ketika Entrepreneurship Day (E-Day) 11 Jun. Ni memang benda wajib yang we all kena buat under faculty requirement. Dua minggu sebelum event our group selalu buat discussion untuk jual produk apa, supplier dari mana, pecah tugas masing-masing. Kami memilih business buah-buahan. Menjual buah potong dan air. Seharian! Dari 8 pagi hingga hampir 12 malam. First time aku menjual, buat marketing, terjerit sana-sini, promosi sana-sini sampai habis segala sifat keayuan and alhamdulillah berbaloi. Bayangkan untuk business buah macam ni kutipan we all mencecah RM 1000! Just for one day. Penat memang penat tapi pengalaman yang sangat berharga.


My housemate=my classmate=my group

Tahun ni jugak aku terlibat dengan program peringkat kebangsaan, Women In Social Enterprise (WISE). Hujung April aku ke Pasir Gudang untuk program perasmian selama 3 hari 2 malam. Terdapat juga IPTA lain such as UPSI, UIA, UKM and UPM. Perasmian oleh Dato' Seri Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi yang juga merupakan ahli Parlimen Pasir Gudang.



Program ni tak terhenti di situ. Lanjutannya, 19 Julai-10 Ogos aku and our UiTM Segamat team ke Pasir Gudang sekali lagi dan kami dipecahkan pada mak angkat masing-masing yang merupakan sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). 3 minggu sorang-sorang kena sesuaikan diri. We all harus mengkaji dan menyiapkan report untuk disubmit pada kementerian. Program ni adalah kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan AIM. Kami UiTM mewakili negeri Johor. Program ni melibatkan semua negeri dan pelajar IPTA. Macam-macam dugaan and alhamdulillah aku mampu bertahan dan menjalankan tugas selama 3 minggu.


Buka puasa mak and anak angkat

Ni sekadar ringkasan, imbasan apa yang paling penting dan lain dari tahun sebelumnya bagi aku. 

Lastly, Selamat Tahun Baru uoolls!


Saturday, 29 December 2012

Ada apa dengan Korea?

Salam. Sejak drama korea menjengah tanah air ni yakni aku nak UPSR, aku telah mula jatuh cinta. Bermula dengan Winter Sonata, Autumn In My Heart, Hotelier and bla bla bla. 

Minat aku ter-stop sekejap bila dah jarang follow. Sehinggalah aku mula follow drama My Girl time diploma and sampai ke hari ni, ada je yang aku tengah follow. Dah menunggu senarai dalam lappy. 

Drama yang aku tengah follow. Big. Dah sampai episod akhir!

Dulu aku minat drama je. Ye la, drama korea ni lain sikit. Tak sama macam drama dari negara lain. Jalan cerita, pengolahan, penghayatan semua berbeza. Feel tu pendek kata memang masuk. Kalau dah follow tu, confirm akan follow sampai habis. Drama korea tak merepek macam sinetron indon yang beratus-ratus tu. Cukup sekadar belas episod or setakat 20++.

Sekarang ni aku dah mula meminati kpop. Sekarang la.. Dulu bukan main lagi aku mengutuk kawan aku. "Apela yang ko minat sangat dengan kpop ni??". Dan disebabkan kata-kata celaan aku tu, asal ada lagu baru tak kisah la dari group mana-mana, for sure dia akan bluetooth ke handphone aku walaupun aku tak nak. Bila dah hari-hari macam tu, daripada hati aku tak nak, terus cair. Terus mula meminati kpop. Tapi tak da sefanatik kawan aku tu. Aku ni kira tahap biasa-biasa lagi.

Group paling feveret of course Super Junior and Girls Generation. Eh, yang lain pun suka jugak. Big Bang, Wondergirls, CN Blue, 2PM. Ada yang kata sebab diorang ni cantik-cantik and hensem-hensem bagai. Ala..macam aku tak tau tu semua plastik. Apa kisah kan. Artis hollywood tu pun ada yang plastik tak pun cucuk sana sini. Mana ada ori. Malaysia pun ada yang cucuk. Oooppss!

Diorang ni jugak selau dipilih sebagai pelaris produk di korea

Minat aku mula berkembang ke show dia pulak. Aku yakin ramai yang giler dengan Running Man. Kan? Kalau dah start tengok tu, memang susah nak stop. Takkan buat kerja lain punya. 24 jam pun sanggup. Tak kisah la final exam ke tak, Running Man tetap tengok!

Running Man? Tapi ada penyeri Women, Ace Ji Hyo

Bahasa korea jugak menjadi antara bahasa yang ingin dipelajari terutamanya bagi kaum muda-mudi. Ada yang sanggup belajar sendiri berpandukan internet tak pun yang amik kelas bahasa korea. Kat facebook, they all tak tulis FIGHTING sebaliknya HWAIGHTING. Tu pun anasir korea.

Negara korea antara tempat yang popular untuk dilawati. Kawan aku ada ajak pergi tahun depan dengan budget empat angka. Wah..bunyi best kan. Tapi banyak yang aku nak kena selesaikan tahun depan. Mungkin 2014, insyALLAH.

Makanan lagi satu hal. You all peminat korea tau ramen kan? Ala..magie. Kat Giant Segamat tu ada macam-macam ramen yang dijual. Aku pun pernah beli kimchi ramen. Kawan-kawan aku pun dah ramai yang rasa. Kalau teringin, try la. Sedap.. Lain dari yang lain.

Aku selalu berinteraksi dengan my feveret novelis yang sekarang ni menetap di korea. Dia selalu post gambar-gambar dekat sana terutamanya musim winter ni. Cantik! Baru-baru ni pic kat Nami Island. Nak pergi!! Hatiku cukup meronta-ronta! Waa...

Top betul apa sahaja yang berkaitan dengan korea kan? Tapi ada jugak orang yang menyampah dengan peminat korea ni. Ehh??

Friday, 28 December 2012

Study week terakhir

Salam. Amboi..seronok bebenor online. Lupa diri yang tengah study week. Sempat jugak tengok cerita korea! Nasib tak bukak running man. Kalau tak lagi haru. Sampai esok depan lappy pun tak pe.

Sem ni merupakan sem akhir aku bergelar pelajar secara sepenuh masa. Yeay! Degree dah nak habis. Ni kira sopan lagi aku setakat online and tengok cerita korea. Dulu siap berjimba lagi tengok wayang + karaoke. Kalau namanya duduk rumah, susah nak belajar. Banyak sangat godaan nafsu. Kat rumah sewa barulah betul-betul study, itupun disebabkan kawan-kawan aku yang kusyuk terhempas-memulas. Tak kan la aku nak tidoorr je...

6 subjek sem akhir..

Research Methods
Strategic Management
Islamic Capital Market
Takaful
Islamic Financial Legal Framework
Islamic Legal Maxims (Qawaid Fiqhiyyah)


Ni la suasana meja belajar di rumah time study week. Ni sopan lagi, tersusun. Belum tengok yang macam tongkang pecah..

Kawan aku yang tiga orang tu semua dah balik rumah sewa semalam. Bila diorang text..

Mai bila balik?

Tahun depan mai balik..

Ala..nanti aku balik. Aku dah syok benor duduk rumah makan minum bertanggung and dah tersedia ada. Tak payah nak keluar duit and puas memikir nak makan apa sampai naik muak asyik benda yang sama je.

Satu hal yang masih menyesakkan kepala otak, aku still tak dapat tempat praktikal. Common la..dah hujung bulan ni. Diorang tau tak diorang rugi tak dapat student dedikasi macam aku. Hee.. Ramai lagi kawan-kawan aku tak dapat. Sob sob..:(

Wednesday, 19 December 2012

Hanya kerana Legal Framework

Salam. Yeaahh.. Cik mai baru sampai rumah. Rasa kelegaan yang sungguh berganda-ganda after habis test Legal Framework (LF) petang tadi. Actually nama penuh subjek ni, Islamic Financial Legal Framework.

Semua subjek sem ni memang berat. All 4 credit hours! Semua okeh dan tak da terkecuali. LF adalah subject berkaitan law dalam Islamic banking and finance transaction. Sungguh la persis seorang bakal lawyer yang kusyuk menghadap akta. Ceh, serius hampeh!

Sejak turun-temurun aku memang sangat anti dengan law. Allergic dengan subjek yang berkaitan law. Diploma dulu pun pernah study Business Law. Disebabkan dah pernah ada pengalaman la aku naik menyampah. Tapi dah namanya belajar and wajib diamik, so aku amik la walaupun hati merota-ronta nehi nehi nehi!!

Test yang kedua hari ni melibatkan topic court jurisdiction, takaful and e-banking. Disebabkan group aku yang present court jurisdiction hari tu, jadi permintaan, panggilan dan inbox facebook sentiasa meronta-ronta untuk dijawab. Serius hiperbola punyer statement. Few cases yang we need to know what the fact, issue and court held. Yang jadi tukang ajarnya my group member. 

Kawan-kawan yang sama-sama berjuang dari mula sampai la nak ke penghabisan ijazah

Dari petang semalam study beramai-ramai dalam kelas, sampai ada yang datang rumah lagi untuk study cases. Tu belum masuk sms and inbox yang kena balas. 

Finally masa untuk memuntahkan segala yang ada tiba bila kertas test 2 LF depan mata jam 4.30 petang tadi. Sungguh la tangan aku penat and lenguh-lenguh menulis. Dakwat pen pun sampai habis. Nampak sangat kusyuk menulis. Padahal.....dakwat memang dah nak habis pun..

Habis test ke mall, One Segamat. Masuk cuci mata ke kedai buku Popular. Wahh... I like tengok banyak banyak banyak banyak buku ni! Padahal tak da satu pun yang aku beli. Gaya je lebih.. Then pergi main game. Dua game aku tibai. Seronok bergelak-ketawa sampai rasa tak puas. Rasa nak nak nak dan nak lagi main. Pokai mak cik! 

Tak cukup dengan tu, kami makan McDonald pulak. Teringat ayam goreng yang pedas. Waaahhh.. Serius gemuk I macam ni! Dan dan...balik dari McD terus pergi Giant timbang berat. Then one thing that surprise me yang berat I tak naik pun. Serius suka dan suka. Boleh makan banyak-banyak lagi!

Tengok, baru habis satu test pun dah macam ni. Kalau hari-hari macam ni mau lingkup. Tak pe...hari ni je kan.. Coz LF ni men-stress kan.. Harap-harap dapat skor..InsyALLAH...

Sunday, 16 December 2012

Pre-Graduation Night (PGN)

Salam. Kalau 11 hb dinner IBSA, then 12 hb untuk PGN. Wah.... I dah nak grad la. Suke suke suke!! Dinner yang hanya bertempat di Dewan Sri Temenggung khas untuk meraikan student akhir. 

Disebabkan petang tu kelas aku habis 6 petang, memang aku lambat sikit. Sempat cuci mata ke Popular *baru bukak kat Segamat* and makan as alas perut. Lastly, majlis yang sepatutnya start dalam pukul 8, aku sampai 9.30! Hah! Ambik kau! Masuk-masuk menganga cari sit. Habis satu dewan semua pandang. Ala..apa ada hal. Setakat pandang je kan.. Lastly, kami ditempatkan kat meja urusetia. Lagi selesa tau kat bahagian depan. Hee..

Masuk-masuk je dah penghujung ucapan then tak lama kemudian makan. Fuhh lega perut cik mai. Sambil makan tu diselit persembahan tarian, nyanyian dan  cabutan bertuah. Banyak nombor yang bertuah and hadiah antaranya hamper, barangan elektrik and hadiah utama PGN sem ni adalah blackberry curve. Memang tak rezeki and tak bertuah sungguh aku. Aku mana pernah luck untuk cabutan bertuah ni. Faham sangat dah. But congratz to kawan-kawan kelas yang bertuah dan gigih mengambil hadiah.

Turut disampaikan anugerah pelajar terbaik mengikut course dan juga keseluruhan. Paling membanggakan, pelajar terbaik perempuan Islamic Banking adalah dari kelas aku. My classmate! Dia jugak turut dianugerahkan pelajar terbaik keseluruhan dengan GPA 4.0 and CGPA 3.91. Congratz! 

Me and Ayu.. See, kat belakang kosong. Nampak sangat antara meja yang depan. Dekat dengan hadiah cabutan bertuah.

Lucky day for Ayu. Tak sia-sia we all datang.

Ni masing-masing yang bertuah. Yang pakai baju kuning tu la best student with CGPA 3.91.

My classmate yang datang. Tak ramai sangat but happening!

Mengambil kesempatan bergambar dengan sijil penghargaan best student.

Her-hero kami.. Sentiasa 6 ketul..

Thursday, 13 December 2012

Ihtiram 2012

Salam. Selasa 11 Disember baru-baru ni, aku ada dinner for my course Islamic Banking (ISB). Ala..setakat kat Dewan Sri Peria dalam UiTM tu je. Dengan tak tau tema apa, aku pakai redah je. Sampai-sampai je, mak aiii.....ramainya meletop-letop! Tema Arabic Night! Sumpah aku tak tau. Bila lecturer cakap ek.. Nampak sangat tengah berangan time tu.

Kalau dari luar dewan aku dah tengok pak arab and mak arab, kat dalam lagilah. Aku dah rasa macam dekat negara padang pasir. Semua orang cun-melecun uooollss... I ni je yang selekeh. Serius terasa kerdilnya diri.

Student ISB tak da la ramai sangat. Kalau dikumpulkan dari part 1 sampai 5 tu, rasanya hampir 300 orang je kot. Yang datang for sure la bukan 100%. Memandangkan ni sem akhir dan sebagai seorang kakak senior yang bertanggungjawab, aku haruslah menonjolkan sifat yang baik dengan meng-attend majlis seperti ini. Makan free ooiii. Sedap pulak tu...

Alhamdulillah..rezeki untuk cik mai dean list..:)

Our hero part 5..enjoy with their performance.. Habis macam-macam lagu dirojaknya

My classmate yang gigih menghadirkan diri

Bersama mereka yang cantik, comel dan jelita

6 jejaka dalam kelas aku..ciput je kan? Nampak sangat dimonopoli kaum Hawa

Gadis ayu.. Aku la yang paling selekeh dengan tema pun tak tau.. Haiishh!

Inilah dinner Islamic Banking Student Association (IBSA) terakhir aku dapat join. Next sem praktikal. Praktikal oh praktikal. Buat kembang perut aku je coz masih belum dapat panggilan lagi..

Wednesday, 5 December 2012

Celebrate birthday our 'Ustazah'

Salam. Wah..kelas petang we all hari ni happening. Actually Isnin hari tu our ustazah yang mengajar Islamic Financial Legal Framework punya birthday. We all ni memang tak tau. Disebabkan dia tersebut, kami tau la.

So, hari ni we all dah plan dari semalam untuk buat surprise birthday. Kelas kami pukul 4 but dianjakkan ke pukul 2. Kawan aku dah prepare beli kek dari Secret Recipe. Duit dikumpul dari satu kelas menyatakan persetujuan.

Semua dah ada dalam kelas and get ready, tinggal tunggu ustazah je masuk. Tutup lampu and ustazah masuk je terus berdiri and nyanyi sambil tepuk tangan, "Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan Ustazah..Allah selamatkan kamu.."

Memang nampak ustazah terkejut bila tolak je pintu. Malu dia sampai tutup muka kat meja time we all nyanyi. Serius meriah!

Nama pun kek Secret Recipe, perut masing-masing dah ready menunggu untuk diisi. Lepas sesi ustazah memotong kek, bergambar segala bagai, barulah kek diagihkan. Semua dapat merasa. Ustazah pulak suruh belikan air untuk satu kelas. Dah we all tak terfikir pulak provide air..

Actually, hari ni jugak giliran group aku presentation. Disebabkan dah celebrate birthday ustazah, present jugak but separuh dulu. Another rest continue next class.

Gambar sekitar surprise birthday tadi..




Ni la kawan-kawan semester akhir saya! Lagi 2 minggu je kita dapat jumpa ramai-ramai macam ni..T.T So, bila buat something yang macam ni, sure akan jadi one of the moment nanti..

Saturday, 1 December 2012

Burger Bakar kini di Segamat

Salam. Rabu baru-baru after penat dengan seminar Starategic Management dari 8 pagi sampailah 6 petang menadah telinga, malamnya we all pergi makan burger! Seramai 12 orang yang gigih join.

Actually idea ni datang dari Kak Mira, my classmate yang on the spot cadangkan. Pernah jugak dengar before this pasal burger bakar. Yang kat dalam tv kat KL tu memang tau. Burger yang boleh pilih berat, ada macam-macam saiz and dagingnya dibuat sendiri. Orang kata memang sedap.

So bila ada pulak burger bakar kat Segamat, teringin jugak nak rasa. Sama ke rupanya or lain sikit. Jadi bergeraklah kami malamnya ke Bandar Putra, Segamat Baru iaitu di Restoran Aqila. Tak jauh dari traffic light.

Aku order buger ayam biasa. Memang standard aku kalau burger prefer ayam. Ada macam-macam jenis. Macam kita order burger biasa jugak. Harga kat sini serendah RM 6.90. Kalau yang biasa macam aku order tadi RM 6.90 je. Ada burger yang single and double. Order je ikut apa yang korang nak. Harga berbeza mengikut jenis apa yang korang order.

Uniknya, burger ni dibuat dengan cara bakar. Ayam and daging tu pun dibakar mengikut adunan sendiri. Jadi rasa tu memang lain dari biasa. Nama pun burger bakar kan...of course la dibakar.


Burger kat sini tak da saiz besar macam kat KL tu. Cuma kat sini dia tinggi sebab isi ayam and dagingnya. Nampak tu ada lidi dicucuk. Ayam and daging tu dibuat sendiri. Bukan macam kita beli burger kat tepi jalan tu. Ayamnya terasa macam ayam percik. Tambah membangkit selera bila diletak sos black pepper. 

Pada yang duduk di area Segamat, boleh la ke sini kalau teringin nak rasa. Sedap and serius tak rugi. Classmate aku yang lain pun dah ke sana untuk merasa keenakan burger bakar.
 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman