Sunday, 3 June 2012

Ke KMNS

Salam. Isnin yang lepas, 28 Mei, salah seorang adik perempuan aku iaitu Shera telah selamat mendaftar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS). Dalam family, dia ni 'Kak Ngah'. Satu permulaan fasa baru setelah 11 tahun mengharungi alam persekolahan.

Adik aku memilih jurusan sains di KMNS. Actually, ni bukanlah kali pertama dia berpisah dari family. Dia dah masuk asrama di MRSM sejak Tingkatan 1 lagi. So, aku tak da terasa sangat. Lagipun, handphone kan ada. Boleh still keep in touch.

Batch yang mendaftar pada hari tersebut lebih kurang seramai 2000 orang. Dan kesemua mereka ini adalah untuk program 1 tahun. Sangat sesak okeh! Tak tau macam mana nak cakap jammed nyer jalan, tension and peningnya kepala. 

Pendaftaran pulak dibahagikan mengikut negeri. Memandangkan kami sendiri tuan rumah iaitu orang Negeri Sembilan, pendaftaran pada pukul 2 petang. Hostel kediaman pelajar di dalam kawasan kampus je tapi disebabkan adik aku dapat blok C, sangatlah jauh ke belakang. Tingkat 4 lagi!

Overall, dalam hampir 6 petang, settle semuanya. We all siap makan lagi kat kafe berhampiran hostel. Satu je pesanan untuk my adik, study betul-betul. Strive for the success!


No comments:

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman