Monday, 30 January 2012

Pakai 'heels' kurang dari 2 inci

Salam. Siapa yang suka heels? Oh, sangat cantik. Awesome! I likeeee! Tak tertahan nafsu tengok bersusun kat mall tu tak pun kat online.


Biasa yang kita tau heels ni tak elok untuk tulang belakang. Especially yang terlampau tinggi. Ada sampai 7-8 inci. Oh, aku tak dapat bayangkan kalau aku yang memakainya.

Artis kita yang gila dengan heels of course my favourite Neelofa sehinggakan dia membuka business Neelofa Heels. Lofa juga kini mengorak satu langkah ke hadapan apabila turut mula mereka kasut. Buktinya kasut untuk majlis perkahwinan penyanyi Ezlyn. Lofa ni memang gila dengan heels. Bayangkan dia pernah bagitau, ke pasar malam pun dia pakai heels! Dah la yang dia pakai semua tinggi-tinggi punyer.


Pakai heels ni memang sakit kaki dan ianya effect pada kesihatan anda. But, aku baru dapat info baru dari nutritionist, Kevin Zahri yang pemakaian heels yang tidak melebihi 2 inci membantu untuk mengecikkan peha. Wow!

Info yang baru ni sangat membantu bagi anda yang ingin mendapatkan bentuk badan yang cantik. Begitu juga dengan aku yang sedang berusaha untuk menguruskan badan tapi tak tau tahun bila berjaya. Boleh praktis lepas ni.

Standard la nak exercise, malas. Main badminton boleh la. Nak jogging? Uuii! Kasut tertinggal kat Segamat! *alasan semata-mata*.

So, apa lagi. Nak kecikkan peha, jom la kita ber-heels. Tapi jangan yang tinggi maut tu ye. Tu bukan nak mengecikkan peha, mematikan peha ada la..=_=


Sila tinggalkan link bagi yang baru

Salam. Wah..dunia blogging makin popular sekarang. Artis pun dah ramai join. Yang muda belia lagi tak payah cakap. Aku pulak kalau on facebook, sure / wajib / of course akan klik Sahabat Blogger.


Bagi aku yang dah 2 tahun lebih blogging ni, aku sangat suka blogwalking. Aku suka tengok blog and update korang. Dan menjadi satu kewajipan bagi aku untuk follow blog yang follow aku? Sebab apa?

Coz aku nak kenal my followers. Aku bukan jenis suka syok sendiri je. Orang je datang jenguk. So, aku nak jugak follow they all. Lagipun, dapat la terjalinnya relationship. Hehe. Sebab waktu mula-mula blogging dulu, minat aku untuk tambah kenalan. But now, blogging is my passion. Berkongsi apa sahaja.

So..entry ni ditaip untuk mereka yang baru follow or singgah blog ni..

SILA TINGGALKAN LINK ANDA
(ruangan comment)

dan tuan tanah akan check blog semula pada hari Rabu, 1 Februari 2012

Sunday, 29 January 2012

Majalah popular bagi blogger

Salam. Entry ni khas untuk kaum wanita. Kalau sebut dunia blogging, majalah apa yang paling popular? Ramai yang sukakannya. Dara.com. Of course semua tau kan?

Aku tak terkecuali. Pantang nampak ada tersusun kat mana-mana kedai tu, mula lah tangan ni gatal nak mencapainyer. Bukan lah mahal sangat, RM5 and saiznya kecik comel tu buat anda senang bawak kemana-mana.

Antara blogger yang pernah menghiasi cover page Dara.com..


Irene Nadia Marcello

Edisi Julai 2010. Kalau sebut nama Irene Nadia Marcello, siapa tak kenal kan? Blogger famous. Pengikutnya puluhan ribu. Irene ni muda 2 tahun dari aku dan sudah pun menjadi tunangan orang. Muka yang cantik and comel membuatkan Irene turut menjadi model sambilan. Sure you all follow blog dia kan? Aku pun suka baca apa yang Irene update. Bak kata Irene, "Blog ibarat diari harian". Yeah, itulah blog kadang-kadang disebalik si blogger selitkan sebarang informasi untuk readers.


Edisi Mac 2011. Kak Lynda ni cantik orangnyer. Masih merupakan student Landscape Architecture di UiTM Shah Alam. Juga merupakan seorang model sambilan. Kadang-kadang aku rasa sekali imbas muka dia ada macam Fatin Liyana *pendapat aku je kot*.

Ini baru dua je aku senaraikan untuk cover page. Yang isi dalamnya, ramai jugak para blogger. Tengok muka sekali pun dah kenal. Antaranya, Nisa Kay and Fatin Liyana. Jadi tak hairanlah Dara.com ni popular dalam kalangan blogger wanita.


Kenapa ia menjadi pilihan? Inputnya sangat bagus especially untuk gadis bertudung.


1) Fesyen terkini
Fesyen terkini tak kisahla sama ada baju, tudung, aksesori or etc. Diprovide juga produk dari mana, kat mana nak dapatkan, semuanya up to date dan cantik-cantik. Yang buat aku paling tak tahan, fesyen-fesyen tudung yang awesome especially dari D'Haja and Pearl  Haya.


2) Tips penjagaan kecantikan
Kecantikan yang merangkumi muka mahupun seluruh anggota badan. Segala tips diberikan dan para pembaca berpeluang untuk mengemukakan soalan masing-masing. Biasala, setiap orang lain masalahnya. Mostly tentang penjagaan muka coz muka ni asset penting. Tak kurang jugak tips makeup turut ada. Kadang-kadang dari sini la aku mengetahui bermacam-macam benda. Apa masalah kulit muka, cara penjagaan and yang penting kita kena rajin ikut. InsyALLAH, awesome la kulit korang! Hehe


3) Gaya tudung
Of course ramai yang tersangatlah suka part ni. Tudung lilit sana lilit sini. Walaupun ada kaum lelaki kata macam sesak, peduli apa..=_=. Aku tetap nak kata cantik. Berpuluh-puluh gaya yang boleh you all cuba. Adik perempuan aku, tak payah cakap, lagi expert dari kakaknyer!


4) Diari Islam
Kat sini diselitkan amalan, doa dan soal jawab agama. Sebagai muslim, banyak benda yang kita kena tau. Ilmu tu kena cari. Setiap edisi akan ada ilmu baru untuk kita. Ini menjadikan majalah Dara.com bertambah berinformasi untuk golongan gadis remaja.


5) Diari kampus *option*
Yang keempat ni pilihan aku sendiri. Kenapa aku pilih diari kampus? Coz kat sini kita akan tau tentang kehidupan student lain. Berlainan course and unik tau untuk mengetahui apa yang they all hadapai. Asyik hidup sendiri je, nak tau gak camne life student lain *bukan menyibuk..hehe*.


Ni cuma pendapat aku. Kalau tak setuju, pergi main jauh-jauh!:p


Nota kaki : Aku turut suka baca majalah lain such as Remaja, In Trend and Eh..

Friday, 27 January 2012

Penulis & pembaca novel tak semestinya jiwang

Salam. Terpanjang pulak tajuk. Aku nak betulkan sikit pemikiran sesetengah orang di sekeliling kita.

Nampak je kita pegang novel, mulalah cakap, "Eh, jiwang jugak ko ni". Sama jugak pada yang menulis novel, mesti akan ada yang cakap, "Jiwang la dia ni".

Tak semestinya penulis or pembaca novel tu jiwang okeh. Penulis..bukan semua orang dianugerahkan bakat untuk menjadi seorang penulis. Mereka hasilkan cerita berdasarkan situasi yang sesuai dan pastinya relevan dengan masyarakat kita. Ayat jiwang-jiwang tu sekadar selingan menyedapkan cerita. Adat la menulis novel..


Baru-baru ni ibu aku ada terjumpa dengan seorang penulis yang menggunakan terbitan Kaki Novel dan kebetulan merupakan orang kampung ayah aku. Katanya, "Dalam novel je ayat jiwang tu. Kat luar saya biasa je". Nak menyedapkan cerita, tambahla perasa. Nanti ada yang kata hero and heroin kayu pulak. 

But, janganlah sampai ada novel yang jiwang tahap melampau. Depan ke belakang, belakang ke depan, ayat semua nak romantis. Aku pun boleh muntah!

Same goes to pembaca novel. Pernah aku kena but aku balas balik, "Hello..tak semestinyer aku jiwang okeh!". Cuba cerita, you all yang baca novel jenis jiwang ke orangnyer? 

Sejujurnya, aku memang suka membaca. Tak kisah la novel Melayu or English. Cinta, persahabatan, thriller as long as best! Baca novel umpama kita dalam buku/cerita tu. Rasa puas bila dapat membaca and novel bukanlah hanya bersandarkan pada cerita semata-mata.

Cuba bukak novel tu, you all akan jumpa macam-macam ilmu yang diselitkan oleh penulis. Sama ada berkaitan tempat, sejarah, sains, agama, macam-macam ada. 

So conclusion nyer, jangan sesuka hati judge. Nilai betul-betul dulu.

Trend sinetron

Salam. Siapa yang minat sinetron? Isnin-Khamis ada je slot sinetron kat TV3 tu. Sejujurnya aku bukanlah pengikut setia sinetron. Kenapa?

1) Episod yang sangat panjang
Pernah ke tengok sinetron yang pendek episodnya? Mostly panjang. Beratus! Tak larat nak follow. Macam cerita Putri Yang Ditukar, sampai 600 lebih. 3 tahun baru habis! Tua aku menunggu.

2) Konflik tak berapa jelas
Kenapa aku cakap macam ni? Biasanya dalam setiap cerita pasti akan ada konflik utama yang diutarakan. Sinetron kalau episod awal-awal tu ye, konfliknyer jelas. Lepas tu, bila dah berpuluh-puluh episod, tiba-tiba itu la ini la. Entah macam mana boleh timbul.

Selalu berlaku yang kaya jadi miskin, miskin jadi kaya. Orang itu mati la. Tiba-tiba sebenarnya dia tak mati. Kematian dipalsukan. Buat geram aku je. 

3) Idea cerita bagus tapi..
Mostly sinetron ni idea cerita tu best. Tapi bila dah pertengahan cerita tu dah bersimpang-siur. Kejap macam tu, kejap macam ni. Kalau yang jahat tu betul-betul jahat. Kalau yang baik tu, terlebih naif pulak. Emm..maybe masyarakat kat sana memang macam tu kot.

4) Terlalu cepat
Pernah tak you all tertinggal sehari, esoknyer dah lain? Sehari cukup la. Dalam satu hari, macam-macam berlaku. Terlalu cepat! Cuba tengok cerita kita tak pun Korea, setiap situasi atau isu yang ada pasti digarap dengan sebaik-baiknya.

But, ada jugak yang aku follow. Bukanlah full setiap episod coz kadang-kadang ada episod yang aku menyampah, aku tutup tv! Antara sinetron yang aku follow dulu Andaiku Tahu, Kahwin Muda and Cinta Kirana.


Korang pengfollow tegar sinetron ke?

Wednesday, 25 January 2012

AJL 26 & Kontroversi

Salam. Aku dah tempah tiket and date awal-awal 9 malam 29hb nanti. Apa je yang mendatang walaupun bunyi satu sms masuk, sumpah aku tak layan.

Wah..seriously aku tak sabar nak tengok. Dengan bertemakan air and iklannya yang unik lagi, TV3 memang kreatif. Thumbs up!



Banyak lagu yang best kali ni. 12 lagu and tak tau la sape yang bakal menang. Pilihan aku of course lah Yuna. Eh, lagu Beribu Sesalan pun best. Jap jap, Kisah Hati. Eh, mana satu neh? Kita tunggu je la..-,-

Kalau AIM-18 baru-baru ni ada kontroversi tentang penarikan balik trofi Lagu Terbaik dari Yuna, apakah yang akan berlaku kali ni? Ada effect tak? Dah la lagu Penakut and Sedetik Lebih tu turut tersenarai.

Macam mana pulak bila kontroversi yang bakal timbul tentang keputusan yang bakal diumumkan? Kalau tahun lepas lagu Ana Raffali, Tolong Ingatkan Aku jadi kontroversi, bakal juara tahun ni pulak macam mana? But seriously, aku pun memang tak suka dengan lagu juara tahun lepas. Hehe..

So, here senarai lagu yang dipertandingkan Ahad ni. Apa pilihan you all?

1) KALAU BERPACARAN - Ana Raffali, Suhaimi Meor Hassan, Ultimate

2) KARMA - Faizal Tahir

3) PENAKUT - Yuna

4) SEDETIK LEBIH - Jaclyn Victor

5) AWAN NANO - Hafiz AF7

6) CINTA MUKA BUKU - Najwa Latif

7) WANITA SELURUH DUNIA - Projek Pistol

8) BERIBU SESALAN - Shila Amzah, Jaclyn Victor, Ning Baizura

9) KEKANDA ADINDA - Monoloque dan Atilia

10) SUNGAI LUI - Aizat

11) KISAH HATI - Alyah

12) GADIS SEMASA - Yuna

Tuesday, 24 January 2012

Berhati-hati memilih produk

Salam. Hari ni aku nak cerita pasal produk penjagaan muka. Pastinya setiap wanita ada produk penjagaan muka masing-masing. Pembersih, skrub, penyegar, pelembap, krim kecantikan and krim malam. Atau macam-macam tambahan lagi seperti serum, gel pencuci, masker or etc.

Apa jenama yang you all pakai? Tak kisah la sama ada mahal or murah, as long as sesuai dengan kulit. 

Buat masa sekarang, dah hampir 3 bulan aku menggunakan produk Safi Balqis Perfect 10 selepas 2 tahun setengah menggunakan Garnier. Pemilihan atas saranan member blogger dalam satu entry tak lama dulu dan alhamdulillah, ia bersesuaian dengan kulit aku.


Tahu tak yang dalam pemilihan produk, korang harus sangat berhati-hati? Pernah dengar tak produk yang mempunyai bahan kimia berlebihan? Aku bukan nak takutkan korang tapi ni berdasarkan pengalaman yang orang lain ceritakan waktu aku bekerja sambilan tak lama dulu.

Paling selamat aku sarankan, belilah produk anda di tempat-tempat seperti Watson, Guardian or mana-mana pusat membeli-belah besar. Jangan sebarangan beli dekat kedai-kedai kecik kat kaki lima tu. Banyak produk tiruan yang kita tak tau.

One more, jenama seperti RZac, Tia Amelia, Sri Mawar, Natasya and so on selalu terdapat yang tiruan. Ada yang complain tak elok la, kulit bertambah teruk, tak da kesan la. So, you all kena berhati-hati untuk memilih produk-produk ni coz ianya hanya dijual di kedai-kedai yang tertentu sahaja.

Kena selalu alert dengan sebarang produk baru yang dikeluarkan mengikut jenama yang anda guna kerana terdapat kes yang kimianya berlebihan tapi mereka masih belum distopkan pengeluaran. So, berhati-hati.

Kawan sebilik aku time diploma dulu pernah kena dengan produk Tia Amelia. Dia beli hari ni and pakai esoknya muka jadi merah macam kena bakar. Bila we all pergi untuk check bagi pihak dia, si tukang jual kata produk tu dah expired. Eh, boleh pulak dia jual? Tau pulak dah expired. Sah nak untung je.

So korang, sama-sama lah kita berhati-hati ek. Expired date kena check before beli. Tengok jugak apa yang sesuai and tak dengan kulit korang. Tempat beli pun memainkan peranan untuk langkah keselamatan. Jangan tengok orang pakai cantik, kita pun mulalah tamak nak jugak. Last-last, entah apa-apa jadinya.

Friday, 20 January 2012

19/1..KPTM Bangi & MARA

Salam. Ya Allah. Penatnya semalam. Sakit kaki aku berjalan. Seawal 9 pagi aku dah keluar rumah.

Ke KTM Kajang and turun UKM untuk join kawan-kawan yang lain ke kolej lama kami time diploma dulu. Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Bangi. Wah...semenjak aku tinggalkan, makin cantik pulak. Semua nampak macam bertambah tersusun and facility pun dah bertambah berbanding dulu. Kebetulan pulak semalam they all ada Pilihan Raya Kampus. 

Kami di hadapan library KPTM
Meet dari kiri : Sol, Oya, Aisya, Ina, Me and Lia
Hanya Sol and Ina je yang sama tempat degree dengan aku..

Temankan my friends yang still belum amik sijil they all. Sempat jugak jumpa lecturer yang pernah mengajar kami. Dalam 1.30 kami gerak. Tak boleh lambat, nak ke KL pulak.

Ke KPTM naik kereta but untuk ke KL, KTM. Tak boleh bawak kereta. Entah pukul berapa sampai nanti. Disebabkan semalam hari Khamis, tak da ramai sangat orang. Boleh la jugak duduk melelapkan mata kejap. Nak ke Majlis Amanah Rakyat (MARA) and turun stesen Bank Negara, banyak masa untuk mata berehat.

Dah la sampai je stesen Bank Negara nak kena jalan kaki and melalui entah berapa banyak tangga untuk ke MARA tu. Penat..penat. 

Alhamdulillah, urusan kami tak mengambil masa yang lama kat MARA. Actually semalam aku urusankan lapor diri tamat tajaan MARA and pengurangan bayaran. Kalau you all guna pinjaman MARA, you all tak perlu bayar full. Bayar nanti berdasarkan CGPA last. Makin bagus, makin sikit la kena bayar. Bagus kan? But aku dah tak boleh continue MARA untuk degree coz aku amik IPTA. Sob..sob..

Before balik, singgah SOGO yang sangatlah dekat je untuk solat and beli makanan sikit. 

With Sol and Ina..Diploma sama-sama and now degree di tempat yang sama
Housemate ku..:)

Kami balik dalam 4.30 petang, ramailah sikit berbanding waktu pergi tadi but bukan sesak kat train. Aku duduk dah terpisah dengan kawan-kawan yang lain and kami turun berlainan stesen.

Overall, aku sangat penat and sakit kaki berjalan but seronok dapat jumpa kawan-kawan especially Oya, Aisya and Lia yang dah tak sama kampus time degree. Its like reunion. Haha. Mana tak nya, dengan ke KPTM lagi. Mengimbau kenangan time kami belajar dulu.

Wednesday, 18 January 2012

Simpul Mengkarung..Tahukah anda?

Salam. Aku pernah menghidap kekejangan kaki di waktu malam dari zaman sekolah dulu. Lama dah. Selalu terjaga tengah malam disebabkan masalah ni dan baca paper semalam baru la aku tau nama sakit yang aku hadapi..Simpul Mengkarung

Pelik kan nama tu? Bayangkan bertahun lamanya  or lebih kurang 10 tahun dah aku tak pernah tau pun penyakit ni walaupun aku yang menghidapinya.

Sumber : Google
Sakit kekejangan yang menyerang di bahagian betis

Simpul mengkarung sebenarnya sakit kekejangan otot dan ia akan pulih selepas dilakukan sedikit urutan. Sangat sakit weh! Tak mampu nak tidur! Aku akan guling-guling atas katil sendirian. Mana larat nak kejutkan orang tengah malam. Nak luruskan kaki pun tak mampu.

Kekejangan otot ni berlaku di bahagian betis dan ia umpama urat anda ditarik-tarik. Yang pernah menghadapinya je tau. Biasanya kalau kena aku akan amik masa beberapa minit untuk ok balik. 

Menurut daripada apa yang aku baca semalam, sakit ni biasanya berlaku pada wanita hamil. Eh, celah mana pulak aku hamil. Agaknya aku ni kes jarang-jarang berlaku coz aku dah menghadapi sakit ni sejak awal belasan lagi.

Pencegahan :
1) Lebihkan meminum air dan cecair lain seperti air isotonik.

2) Memakan makanan yang tinggi karbohidrat sepeti nasi dan roti *aku ni terlebih karbohidrat dah rasanyer..:p*. Mengekalkan pengambilan kalsium, potassium, magnesium dan zink.

3) Makan makanan kaya dengan kalsium.

4) Elakkan minum minuman bergas

Dan antara tips yang diberi, lakukan sedikit senaman meregang sebelum tidur. 

Buat masa sekarang, aku dah kurang terkena benda ni. Aku tak pernah pun tau pasal penyakit ni before this. Aku just menghadapinya je. Waktu tu aku just assume yang maybe aku ni kurang minum susu. 

Memang aku jarang amik susu. Dan disebabkan masalah ni, aku mula cari minuman bersusu seperti milo, neslo and horlicks. Aku akan cuba amik setiap hari walaupun biasalah kadang-kadang ter-skip.

Dan alhamdulillah semenjak tu, aku dah jarang kena. Harap sakit ni tak datang lagi menganggu tidur. 

Menurut paper semalam, sakit ni boleh jadi lebih serius dan insyALLAH setakat ni aku rasa ok. Hope tak da apa and langkah pencegahan tu kena la follow la.

Kalau you all pun ada menghidap benda yang sama macam aku, jangan lupa follow langkah pencegahan tu ek. Penting untuk kita bersama..:)

Perempuan harus memiliki aset

Salam. Entry ni khas untuk kaum yang sama dengan aku. Entry ditaip berdasarkan apa yang sedang dialami salah seorang orang yang rapat dengan aku sekarang.

Bila baru kahwin, semuanya indah. Tak semestinya keindahan tu akan terus berkekalan. Kita tak tahu apa masalah yang akan tiba kemudian. Apa dugaan yang datang.

Isu cerai antara yang popular sekarang. Jangan ingat sekarang bahagia, benda macam ni tak boleh berlaku. Memang kita akan cuba yang terbaik, tapi...

Oleh itu, aku nak highlight pelajaran sangat penting bagi kaum perempuan. Kata orang dulu-dulu, "Perempuan ni buat apa belajar tinggi-tinggi, nanti kat dapur jugak tempatnya". Ayat ni dah tak relevan okeh!

Macam mana kalau ditinggalkan suami dan tak mempunyai apa pun??

Kaum perempuan harus memiliki..

1) Kerjaya
Perempuan sekarang harus mempunyai kerjaya tetap. Kerjaya sendiri. Of course bila mempunyai kelulusan pekerjaan akan lebih baik. InsyALLAH. Kerjaya ni untuk masa depan sendiri jugak. Orang Melayu ni tak da apa yang lebih penting melainkan pelajaran. Pelajaran je dapat menjamin kehidupan yang lebih baik. 


2) Rumah
Mungkin ada yang ingat ini tak penting. Back up asset. Ada sorang kawan aku pernah cakap yang dia tak kan kahwin selagi tak mempunyai rumah sendiri. Kalau di Negeri Sembilan dan kami mengamalkan Adat Perpatih, perempuan akan dapat tanah. Dan itu merupakan asset yang sangat berharga. Yang bekerjaya semestinya rumah antara asset impian mereka.


3) Kereta
Lebih penting untuk memudahkan pergerakan anda. Segala urusan dapat dilakukan sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Sekarang ni budak-budak muda kecik je dah bawak kereta besar. Awesome!



Nota kaki : Entry ni untuk peringatan kita bersama. Kita tak tau apa dugaan yang akan berlaku pada masa akan datang. So, dari sekarang kena bersedia..:)

Tuesday, 17 January 2012

Baucer RM200

Salam. Ramai yang dah dapat baucer kan? Sah laku sampai 31 Mac 2012. Ada banyak masa lagi. 4 keping and setiap keping RM50. Bunyi macam banyak kan?

Siapa yang dah guna? Aku belum tebus lagi. Actually aku tak tau nak tebus apa. Still berfikir. Aku ada baca tentang senarai kedai buku yang boleh tebus and of couse yang menarik hati tentunya MPH Bookstore. Selalunya aku ke MPH Mid Valley.


MPH ni ada banyak buku. Lengkap! Cakap je jenis apa nak. Semua ada. Tambahan pulak suasananya agak santai. Pelanggan bebas memilih. Sejak kecik aku diajar dengan buku dan aku memang suka ke kedai buku! Kalau aku dah masuk, memang tak sah kalau tak beli.

Aku ada terfikir tebus kat kampus bila masuk sem baru nanti. But, buku bukan sume beli kat bookstore kampus. Mostly dari lecturer yang amik buku dari UiTM Shah Alam. Tak kan nak bagi lecturer baucer RM50 tu? Ye tak? Lepas tu satu buku tak sampai pun RM50. Kan rug. iMelainkan aku perlu simpan baucer tu untuk buku yang mahal yang dijual di bookstore kampus.

Novel. Bukan aku tak nak beli. Aku memang giler novel. But berbaloi ke kalau aku beli novel je? Kalau satu tu tak pe la. Lagipun aku cadang nak cari English novel. Baca untuk isi masa lapang disamping menguatkan penggunaan bahasa.

Dalam kepala otak aku ni nak tebus untuk A4, kertas kajang, alat tulis, tafsir Al-Quran*coz aku amik Islamic Banking* and kamus Banking and Finance. Banyak lagi baki tu..

Emmm..you all mesti ada yang dah tebus kan? Bagi idea sikit...

Monday, 16 January 2012

Jomlah cuba 'Kaki Novel'

Salam. Kat Malaysia ada macam-macam penerbit. Kebanyakan novel yang diangkat menjadi cerita adalah dari terbitan Alaf 21. Banyak lagi penerbit lain seperti Buku Prima, Jemari Seni, PTS and yang menarik hati aku sekarang Kaki Novel.

Aku start baca novel umur 14 tahun. Waktu tu mak cik aku bagi satu plastik novel dia. Satu plastik penuh okeh! Memang aku suka membaca dan bermula dengan novel pertama Gerimis di Hati karya Sharifah Abu Salem, terbitan Alaf 21, aku terus jatuh cinta dengan dunia novel.

Berbalik pada Kaki Novel (KN), aku mula kenal dengan KN ni waktu semester akhir diploma. My classmate yang suka beli novel dari terbitan KN and kami bertukar-tukar novel. Aku pulak asyik Alaf 21 je waktu tu. Bermula dengan sekali baca, terus tertarik! Novel KN kedua yang aku baca pun best!

Novel terbitan KN sangat tidak membosankan anda. Bahasa yang digunakan kebanyakannya sangat slumber and aku pun memang tak suka novel jiwang-jiwang terlalu karat ni. Geli-geleman! Selama ni beli novel Alaf 21 pun aku tapis betul-betul mana yang patut beli.

Setakat ni aku dah ada beberapa koleksi novel terbitan KN. And semuanya antara koleksi kesayangan. So, here aku nak kongsi 3 novel yang korang patut baca!


M.A.I.D novel pertama pilihan aku. Mengisahkan Noorul yang terdesak mencari pekerjaan sehingga sanggup bekerja sebagai pembantu rumah kepada Harris. Disebabkan sikap Harris yang tersangatlah cerewet, Noorul menggelarnya Mr F a.k.a Mr Fussy. Harris seorang engineer and Noorul hanya bekerja di rumahnya dari pagi sampai petang. Disebakan satu fitnah, mereka terpaksa berkahwin. Apa kesudahannya? Macam mana cara Noorul nak berbaik dengan si cerewet tu? Jangan lupa baca!


Doktor Cinta mengisahkan Mazliana Haji Nordin yang sangat gila-gila orangnya menyamar menjadi tunang kepada Tengku Iskandar a.k.a bos besar *gelaran yang diberikannya*, iaitu bos kepada rakan baiknya, Syamin. Bila dah terperangkap dan sentiasa dengan sikap slumbernya, tambahan pulak Tengku Iskandar sudah mempunyai teman wanita, akhirnya kedua-dua insan ini jatuh cinta. Macam mana Mazliana nak berterus-terang dengan semua terutama pada keluarga Tengku Iskandar tentang penipuannya dan apakah yang terjadi?


566 Hari Mencari Cinta. Latest yang aku beli. Mengisahkan Firdayu Fahrin, seorang pereka fesyen yang berjaya dan mempunyai syarikatnya sendiri. Mempunyai seorang pembantu peribadi iaitu Kid yang sangat skema. Firdayu seorang wanita yang sangat jelita dan langsung tak pernah serius dalam bercinta. Ramai lelaki telah dikecewakannya dan disebabkan itu dia digelar poison ivy. Dia terperangkap dalam perjanjian yang melibatkan harta dengan neneknya iaitu harus mencari cinta dalam tempoh 566 hari. Berjayakan Firdayu? Dan siapa pula pilihannya?

So to you all, jomlah try Kaki Novel. Banyak lagi yang best-best. Kalau pergi kedai buku, memang aku cari ruang yang menempatkan novel-novel KN. Apa lagi, jomlah try!

16 Januari..Duit syiling baru

Salam. 16 Januari. Hari ni duit syiling baru diedarkan. Pada sesiapa yang teramat suka especially pengumpul tu boleh la menukarkannya di bank-bank berdekatan. But, bersabarlah menunggu ianya tiba di tangan anda.


Semalam dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O ada dijemput pihak dari Bank Negara Malaysia (BNM). Duit syiling baru ni lebih kecil and ringan berbanding dengan yang sedia ada. 

Perbandingan antara duit syiling baru dengan yang sedia ada

Tahukah anda duit syiling ditukar setiap 20 tahun sekali? Manakala duit kertas dalam beberapa belas tahun sekali. Ini kerana duit syiling lebih tahan lama berbanding duit kertas. Dan duit kertas menjadi tidak sah jika anda conteng di atasnya.

Pada yang masih confius tentang bagaimana dengan duit syiling yang sedia ada sekarang, jangan risau kerana ia masih sah laku. Selagi BNM tak keluarkan apa-apa notis, its still available.

Dunia pelajar

Salam. Bila la nak kerja kan? Pegang duit sendiri dan terlepas dari bebanan sekarang. Sabar cik mai sabar.. Tinggal setahun setengah lagi je.


Bila jadi student ni..

1) Duit
Means sumber kewangan mesti dari parents tak pun PTPTN, MARA and etc. Bila duduk jauh dari family biasala, kena managa sendiri. Tak cukup baru mintak parents masukkan. Itupun kena budget. Belum masanya untuk bekerja sepenuh masa and merasa duit hasil titik peluh sendiri.

2) Exam
Exam antara benda yang paling memenatkan. Bila tiba time exam, confirm tak cukup tidur punyer. Mulalah mencari kafein waktu ni. Mengunyah kacang tengah malam. Tidur pun sampai note sebelah kepala. Terjaga malam je baca note. Nak keluar makan waktu ni pun rasa membazir masa je. Sanggup makan biskut je malam-malam semata-mata tak nak keluar.

3) Buku dan kertas
Kedua-dua benda ni dah sangat sinonim. Tak boleh dipisahkan. Bilik aku kat rumah sewa tu tak payah cakap la. Meja study aku selalu bersepah. Penuh. Kadang-kadang aku tak tau nak letak mana benda-benda ni. Aku sampai beli satu almari kecik. Kalau aku study lagi tak payah cakap. Bersepah! Kertas pun sampai ditiup kipas! 

4) Presentation
Oh yes. Benda ni memang tak boleh elak. Pusing mana sekalipun. Dalam satu sem, tak terkira banyaknyer presentation yang kena buat. Dahla kena siapkan hard copy sekali. Bayangkan betapa berserabut kepala otak waktu tu. Nak kejar itu ini. Presentation pulak siap dengan sesi Question & Answer. Harus bersiap sedia.

5) Bebas
Diakui bila duduk jauh dari parents memang bebas sikit. But itu bukan alasan untuk buat sesuka hati. Ada jugak yang mula berubah bila dah jauh dari parents. Nak-nak kalau study kat kawasan bandar besar. Tapi kita kena berbalik pada asalnya. Siapa diri kita, dari mana asal, apa tujuan. Semua tu kena nilai.

Kesimpulan, aku tak sabar nak kerja. Boleh shopping selalu. Hoho.

Sunday, 15 January 2012

Surat khabar wajib di hujung minggu

Salam hujung minggu. 15 Januari. Dah 5 hari aku kat rumah. Hujung minggu banyak cerita best dan tentunya pagi aku dimulakan dengan rancangan Nasi Lemak Kopi O. Kejap lagi Jalan-jalan Cari Makan, Melodi, Nona and so on. Penat nak taip..:p

Hari Ahad newspaper sangat wajib bagi my family! Memang hari-hari lain pun akan beli paper but hari Ahad tak boleh tidak. Mesti kena ada! Dah jadi macam satu acara wajib. Amik giliran lagi kadang-kadang nak baca.

Newspaper yang jadi pilihan bagi my father, Mingguan. Katanya banyak cerita and issue nya padat. Kalau aku pulak Berita Minggu. Tak kisah la kat Segamat or waktu kat Bangi dulu, aku akan dapatkan jugak Berita Minggu ni. 

Gambar sekadar hiasan

Aku paling suka artikel yang diketengahkan dalam bmdua. Pernah dari artikel tu aku dapat idea untuk presentation dalam kelas tak lama dulu. Antara topik yang menarik pernah diutarakan, Rahsia Kalendar, Gempa Bumi, Kiamat 2012, Kecelaruan Identiti and Emas untuk Makanan. Lagi satu, cerita hiburan pun banyak. Hehe.

Kadang-kadang bila kat rumah, aku akan beli 2 paper sekaligus! Mingguan and Berita Minggu. Lagi syok!

Pada aku, paper hujung minggu ni menggabungkan cerita keseluruhan untuk satu minggu tu. Kalau you all perasan, hujung minggu akan diulas balik apa cerita yang hot berlaku dalam minggu tersebut. Hal semasa, ekonomi, hiburan, luar negara semua boleh tengok.

Ini tak bermaksud aku baca 2 paper ni je. Kalau hari-hari lain aku selalu cari Berita Harian or Metro. Aku akan cari NSTP bila diperlukan je..:p

Ayah aku selalu kata Berita Harian bagus bagi student untuk isu semasa, Kadang-kadang aku beli Metro coz ia banyak memaparkan isu setempat but mostly aku akan cari Berita Harian. Banyak kejadian yang berlaku dalam masyarakat and kita kena amik tau.

Kesimpulannya, newspaper sangat wajib bagi aku satu family di hujung minggu. Rasa sangat kosong bila tak beli. Baca newspaper ni bagus untuk anda semua. Luaskan pemikiran and kita kena alert dengan apa yang sedang berlaku.

Nota kaki : Aku online sambil baca paper. Aku dah kebas paper awal-awal dari yang lain. Hee..

Banking dan Journalism

Salam. Yup, aku adalah student banking dari diploma dulu. Diploma in Banking and degree Islamic Banking. Full with banking.

Tau tak di sudut hati *ayat nak over je!* aku berminat dalam journalism. Jauh tak beza banking dan journalism? Macam kiri ke kanan ke?

Minat journalism ni muncul mengacau sudut hati waktu aku berusia 16 tahun. Tambahan pulak waktu tu dapat peluang jadi Ketua Editor Majalah Sekolah. Rumit memang rumit, cabarannya lagi, tapi puas.

Waktu nak continue study, aku ada suggestkan course komunikasi kat ibu ayah tapi they all lebih suruh aku amik banking, memandangkan itu memang cita-cita asal. Tapi minat terhadap dunia penyiaran and journalism tak pernah padam. Tak kisah la sama ada medium penulisan or wartawan penyiaran. Dua-dua best!


Menulis blog mula-mula untuk suka-suka je. Tapi dah lama aku mula sedar yang its more to my passion. Bila sesuatu entry tu dihasilkan, ianya memberi kepuasan pada diri.

Pernah jugak aku suarakan and dalam minda ni bermain-main yang why not aku try bidang ni after graduate? Yes, I'm from banking but why not try something new? Maybe it will take time to learn but its not a big problem.

So, banking aku suka, journalism pun aku suka. Dua-dua suka! 

Thursday, 12 January 2012

Artis juga Blogger

Salam. Nampaknya dunia penulisan blog makin popular. Artis-artis kita pun dah start join. 

Blog ni tempat yang bebas menulis dan meluahkan pendapat. Pada aku, blogging lagi friendly. Haha. Meh, kita terjah siapa artis yang dah join the club.


Siapa yang tak kenal dengan artis yang cantik ni. Siti Saleha, adik pada Sam Bunkface. Aku baru tau bila on facebook. Rasanya Saleha baru lagi tulis blog and dia keep updating. Blog antara medium untuk merapatkan diri dengan peminat. Saleha ni berlakon pun best like Nora Elena. Dia tak bersandarkan pada paras rupa semata-mata. Nak ke blog Saleha, klik SINI

Pengantin baru dan memegang watak utama dalam drama bersiri Juvana, Zahiril Adzim. Juga merupakan penulis bagi buku, Bogel Menuju Tuhan. Ramai jugak followers blog dia ni. Of course la, artis kan. Best baca update dari Zahiril ni. Gaya bahasa dia lain. Tak cayer, pergi try baca. Klik SINI

Kamal Adli, buah hati Intan Ladyana ni antara artis yang mula-mula aku follow since Kamal baru buat blog lagi. Aku still diploma waktu tu lagipun dulu Kamal ni tinggal kat Seksyen 3 Bangi tu je. Sekarang dah pindah kot. But tak pernah la aku terserempak dengan dia. Dengan Zul Huzaimy ada la kat Warta, Bangi. Kalau baca blog Kamal, dia close dengan fans. Siap buat contest lagi. Nak join? Klik SINI

Tuesday, 10 January 2012

Jangan salah pilih jurusan

Salam. Bulan 3 nanti akan ada batch degree yang baru masuk. And 2 bulan lepas batch diploma baru masuk. Ada je yang akan masuk dan tamat setiap sem. Setiap course jumlah pelajarnya tak sama and dapat dilihat which course yang paling menjadi pilihan.



Kalau kata kat UiTM Segamat untuk degree dalam fakulti business, Finance menjadi pilihan. Paling sikit student course Marketing.

You all rasa you all dah pilih course yang betul ke? Adakah itu pilihan utama or sekadar tangkap muat? Tak kisah la peringkat diploma or degree. Buat adik-adik, you all have to take note!

Aku nak kongsi satu cerita kisah benar tentang one of my friend zaman diploma dulu. Amik course Diploma in Transport under UiTM programme. Sem 1 and 2, result dia bawah 2.00. Sem 3 pointer naik pada 2.44. But CGPA dia untuk tiga sem tu bawah 2.00 and dia dibuang kolej. Latest one, aku dengar dia amik Diploma Kejuruteraan Mekanikal kat Politeknik and ada di antara sem yang dia dekan! Bayangkan betapa jauh beza pointernya dibandingkan dengan course yang dulu.

Dari sekolah menengah form 4 dah boleh tentukan aliran. Yang habis diploma, banyak course yang boleh dipilih. But, jangan tangkap muat.

There are several guidelines for adik-adik yang tengah confius nak pilih course apa and still can't make decision.

First, minat. Setiap apa yang kita buat mesti kena ada minat. Kalau tak, susahla. Tentukan minat dulu. Dari form 4 dah boleh pilih aliran. Jangan jadi aku yang minat Banking dari umur 11 tahun but suddenly amik Sains Tulen. Sangat tak kena. Banyak aliran. Sains Tulen, Sains Fizikal, Perdagangan and others.

Second, kemampuan diri. Jangan over confident pulak. Rasa tak mampu jangan bawak. Percaya pada diri sendiri. Paling penting, jangan ikut kawan. Tengok kemampuan you all dalam bidang mana. Tak semestinya yang you all minat, you all mampu bawa kan? Like one of my neighbour baru-baru ni dah dibuang dari pengajian coz result yang teruk. Padahal course tu memang minat dia. 

Third, pasaran kerja. Jangan pakai ikut suka, amik. Isilah kekosongan yang diperlukan dalam pelbagai sector dan bukannya menambah lambakan graduan yang ada. Apa guna kalau ada internet tapi tak boleh search. Tak pun, baca newspaper pun kita boleh tahu condition sekarang.

Fourth, Program Jom Masuk U. Setiap tahun ada program ni or yang seumpama dengannya. Rajin-rajinkan lah pergi. Banyak IPT yang mengambil bahagian. Kat situ, tanya je apa yang you all nak tau. Pahmplet akan diberi untuk you all lagi faham.

Finally, bincang dengan ibu ayah. Parents tahu apa yang terbaik untuk kita. Sometimes, they all lebih tahu kecenderungan kita. Restu they all penting untuk kejayaan masa depan.

Annyway, you are the one who manage your future. Jangan buat tindakan yang salah coz kelak akan merugikan diri sendiri.

Good luck!:)

Monday, 9 January 2012

Pelajar & Politik

Salam. Dah masuk 9hb. Apa yang hot dengan tarikh ni? Gerakan 901 kan? Banyak la jalan kat KL tu tutup hari ni. Kesian pada mereka yang menggunakan lalu-lintas.

According to artikel yang aku baca dalam Berita Minggu yang bertajuk. 'Apa patut dicari pelajar IPT', ini yang membuatkan terhasilnya entry yang ditaip seawal pagi.

Macam-macam yang kita dengar student IPT sertai demonstrasi itu la, ini la. Apa faedahnya? Apa sebenarnya yang they all nak tunjuk? Apa yang they all dapat? Ish..memalukan betul la. Terpelajar tapi...

Seorang penceramah yang datang ke UiTM pernah bercerita tentang seorang mahasiswa UIA yang mengikuti perhimpunan haram tak lama dulu. Siswa tersebut merupakan pelajar tahun akhir jurusan Undang-undang. Dan disebabkan perkara tersebut, dia telah dibuang universiti. Kan dah rugi tu. Hancur harapan mak bapak.

Matlamat anda ke IPT untuk mengejar masa depan yang cerah. So, jangan sia-siakan. Jangan involve dengan benda yang tak berkaitan. Konon involve dalam demonstrasi to show kebebasan. Apa tu?

Kalau rasa nak involve sangat dengan politik, habiskan belajar tu dulu. Aku ada sorang kawan yang nak sangat-sangat involve dalam salah satu parti pembangkang. Of course dia tak boleh dengar apa-apa yang kurang enak tentang parti dia. 

Disebabkan sekarang dia sedang mengambil ijazah di salah sebuah IPTA, dia tangguhkan niat tu dulu and bercadang nak involve dengan serius after tamat pengajian kelak. Emm..awal-awal dia dah cakap dengan aku, 'Aku tak kan dapat kerja kat kerajaan'.

Pic ni ada kaitan ke? Tengah seronok mengoogle, aku suka pulak pic ni. Seronok seh menjulur *betul ke word ni?* kat rumput tengah-tengah tu. Eh, tak panas ke? Agak-agak kat Malaysia ada tak tempat yang boleh study sambil menjulur cam ni?

Sunday, 8 January 2012

Recap Sem 3

Salam hujung minggu you all! Tuan tanah tinggal lagi 2 paper je, Isnin and Selasa then balik! 

Tak sangka cepat masa berlalu. Dah nak habis sem 3. Sem 3 adalah semester pertama aku di peringkat degree ni. So, entry kali ni aku nak recap apa yang berlaku sepanjang this sem.

1) Don't you know that cik mai tak pernah berjauhan dengan family? Wa....jauh seh Johor tu nak dibandingkan dengan Bangi tempat study diploma dulu. Mula-mula nak datang sini hati berdolak-dalik. But, fikir future je and alhamdulillah sekarang dah selesa kat sini.


Ni antara pic terawal yang diambil kat Segamat. Dalam masjid di UiTM. Oh! Spec tu auta semata-mata okeh. Saje menggatal nak pakai! *member punyer*. Hehe

2) Alhamdulillah, aku dapat kawan-kawan yang best degree ni. Ada yang sama dari zaman diploma and tak kurang jugak yang baru kenal kat sini. Yang tak best adalah jadual kelas yang full. Huhu. Walaupun kat Segamat ni tak da banyak tempat nak hangout, but adalah we all lepak kat dataran or pergi karoks, yang penting together! One more, Segamat ni banyak tempat makan!






3) Pada 28-30 October yang lepas, aku sempat mengikuti Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) under Islamic Banking Student Association (IBSA) di Kg Ara Panjang, Kuala Kangsar, Perak. Satu pengalaman baru bertemu dengan penduduk di sana and keluarga angkat. Penat memang penat sepanjang perjalanan and program tapi puas. Dapat jugak kenal orang Perak.



4) Tak kurang jugak program Community Service and Seminar. Dua program ni untuk melengkapkan salah satu subjek yang kami amik. Comminity Service di masjid Kg Tasek Alai dan seminar bersama Ustaz Zahazan di UiTM.



Cepat masa berlalu and lusa dah start balik kampung. 2 bulan aku kat rumah jadi bibik sepenuh masa. Hope dapat lulus dengan cemerlang untuk sume subjek sem ni and next sem, part 4! Oh, saya dah besar rupenyer! Xoxo.
 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman