Thursday, 11 August 2011

Si gastrik berpuasa

Salam. Kejap je dah hari ke-11 kita berpuasa kan?

Hari ni aku nak bercerita pasal kisah perutku yang tak reti memahami kesakitan dan keperitan tuannya. Tahun lepas lepas waktu ke klinik check, aku hanya disuspek gastrik. Diberi ubat dan berbulan jugak aku bergantung pada ubat tu. Tak boleh lambat makan sikit walaupun 5 minit! Asal perut dah bagi signal je kena terus makan!

Awal tahun hari tu aku ingatkan dah ok. Ubat dah habis and aku dah tak nak bergantung padanya lagi. Then, perut ni ok je. Sebelum puasa aku ada ganti puasa. Dan dari situ aku kesan perut ni buat masalah lagi. Lepas je berbuka, perut sakit menarik-narik urat sangat-sangat sampaila aku muntah. Terpaksa suruh ayah beli 'pil chi kit teck aun'. Ibu tak bagi aku bergantung pada pil cina
tu. Tak elok. Emm...

Dan bila masuknya bulan puasa, aku dapat kesan perut ni sakit setiap kali lepas berbuka. Dalam sakit tu aku jalan jugak ke Guardian beli ubat. Dan aku amik 2 tablet setiap kali makan. Tapi sampai bila aku harus bergantung padanya kan? Tak kan la sampai habis puasa ni?

Ubat yang aku beli kat Guardian

Dulu aku selalu dengar orang kata gastrik bukan alasan untuk tak berpuasa. Memang boleh berpuasa. Tapi jadi macam aku la. Berhadapan dan menahan kesakitan setiap hari. Kadang-kadang perut ni sakit sampai ke sahur..

Kawan-kawan, ada tips tak untuk orang gastrik macam aku ni?

Monday, 8 August 2011

Aku dan Mereka

Salam. Entry malam ni berkisar tentang 'persahabatan'. Cewah!

Sedia maklum aku sekarang dah jadi wanita bekerjaya..*sila muntah*. Busy memanjang dan hari ni setelah sekian lama dapat berehat sepenuhnya kat rumah.

Aku kerja kat mall, ground floor. So, banyak kedai-kedai lain kat ground floor tu selain dari kedai aku. So, dengan ramah mesranya aku telah berkenalan dengan mereka semua. Haha. Setiap kedai kawan aku and kami sekarang ngam! Seronoknya kawan bertambah-tambah! Walaupun aku hanya kerja sementara tapi 'friends forever' kan??

Yang penting sekepala. Bila boring, jalan-jalan la ke kedai diorang and same goes to them. Tak pernah kedekut kalau ada makanan or etc. Pendek kata aku seronok dapat kawan-kawan yang best! Jom aku kongsi pic diorang yang ada dalam lappy ni..^^


Depan kiri : Kak Wani (kedai silver)
Depan kanan : Kak Sya (kedai silver)
Belakang : Kak Julie
*tuan tanah tak perlu diperkenalkan..:p*


 Kami di kedai silver. Cermin cantik and besar. Tu yang masing-masing amik peluang!

Ni Kak Julie dah letak nama. Along ni budak butik. Kak Julie kedai kasut and cik mai kedai kecantikan & facial.

Pic curi aku and Kak Julie. Try cincin kat kedai silver. Saje melawa. Bukan nak beli pun!:DD


Yang hujung belah kanan tu Syiera. Dia budak kedai silver gak. Muda lagi. Baru 17.


Kami keterujaan tengok rumah kartun yang cantik tu. Apa lagi, amik handphone and snap!! Waktu ni semua orang sibuk keluar nak berbuka puasa. Mall sunyi. Hehe


Pic tak da motif antara aku dan Syiera

Tuesday, 2 August 2011

Tercapai hasratku

Salam. Masih belum terlambat nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kat you all. Alhamdulillah, dah 2 hari kita berpuasa kan. Aku cuma buka puasa dalam kereta je tadi coz menghantar adik ke Melaka. 

Tercapai hasrat? Hasrat apa pulak ni?

Pagi tadi aku ke Wisma Negeri, Negeri Sembilan atas sedikit urusan penting. Aku ke Pejabat Menteri Besar. Minggu lepas pun aku ke sana. Aku ada cakap kat ayah..

"Ayah..kan best kalau dapat jumpa  YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan.."

Sebagai rakyat NS, aku suka dengan pemerintahan di bawah beliau. Urusan pentadbiran bertambah tersusun dan banyak perubahan dah dilakukan. Tapi, waktu tu (minggu lepas) memang tak da rezeki la.

 Hari ni aku ke sana lagi, berseorangan di tinggalkan ayahku yang ada urusan lain. Aku naik sendiri ke Pejabat Menteri Besar. On the way aku turun, aku selisih dengan Dato'! Dia angkat tangan senyum and aku tegur. Sekadar berbahasa sebagai seorang rakyat. Hehe. Sesungguhnya, beliau mesra orangnya.

Me and my pas pelawat
(p/s : aku rasa aku dah bertambah tembam la..-.-)

Alhamdulillah, tercapai jugak hasratku. Bukan senang nak masuk Wisma Negeri tu kalau tak da urusan penting.
 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman