Monday, 5 February 2018

Wedding : Preparation

Salam. Based on previous entry, aku akan ceritakan kali ni dari segi preparation kami. Selepas berbincang and untuk memudahkan semua pihak, kami decide untuk buat 3 hari and dalam minggu yang sama. Orang kata sekali penat ­čśů. Jumaat nikah, Sabtu bersanding and Ahad bertandang.

Nikah
Kami memilih luar dari kebiasaan which is not white colour. Lagipun in the future kalau nak pakai lagi pun tak da masalah. Baju untuk lelaki, beli kain dari Jakel and tempah. Baru size tu sedang cantik. Untuk perempuan pulak, aku terus beli baju kurung moden siap. Tak perlu susah-susah pikir nak carik kain and tempah. Aku tak suka design yang terlalu sarat. Maka, baju dengan batu-batu yang di bahagian badan and tangan ni yang menjadi pilihan. 



Hantaran, 9 berbalas 7. Dulang hantaran ni dah save sebab aku sewa. Barang-barang hantaran pulak memang kami berdua carik sama-sama. Dari Sogo KL, semua mall area Seremban and sampailah ke Melaka Premium Outlet (MPO) kami mencarik. Antara barang, kasut, handbag, perfume, set tali pinggang and tambahan yang lain, coklat, buah and kek. Boleh rujuk gambar.




Untuk make up nikah, kakak sepupu aku yang semenangnya berbakat and buat part time MUA yang make up kan. Aku request make up yang simple tak sarat sebab untuk nikah. Tak nak berat macam sanding.

Bersanding
Untuk rumah aku, aku ambik full pakej. Maksudnya dari katering, pelamin, make up, baju pengantin, PA system, kompang, photographer, semua memang aku tak perlu pening. 1 dalam semua. Thanks to one of my customer dekat bank yang kenalkan aku dengan my wedding planner, Kak Jue.









Disebabkan takut makanan tak cukup, family aku tetap standby masak nasi lebih and 1 jenis lauk. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.



Ada benda-benda kecik yang perlu penambahan. Antaranya kad kahwin. Kad kahwin ni kami survey melalui satu expo pengantin. Ambik flyers and kemudian baru ke kedai untuk tengok banyak contoh lain and decide. Kami tempah terus untuk 2 belah pihak. Dapat free 10 penanda arah and 2 banting.


Bertandang
Ni majlis belah lelaki. So memang semuanya diuruskan oleh husband and family dia. Tak guna katering malah rewang, masak ramai-ramai. Masakan kampung sampaikan kawan office aku pun ada yang datang sini semata-mata nak makan masakan kampung.

Dari segi pelamin and hiasan bilik, kakak-kakak ipar and biras-biras sana kreatif. Diorang yang buat and decorate sendiri. 






Untuk make up and baju pengantin, kami tak ambik dengan wedding planner macam belah aku. Sebelah sini semua kakak ipar yang uruskan. Berapa kali jugak kami mecuba baju dari butik sampaila ke rumah owner tu sendiri baru la jumpa yang betul-betul menepati citarasa.

Make up kat sini pun aku sangat puji. MUA yang makeupkan aku on that day tak kakan masa yang lama sangat and simple je cara make up dia. Tak sarat sangat sampai macam-macam diletaknyankat muka ni. Tapi hasilnya sangat cantik and make up tahan lama!




Overall aku boleh conclude, yes, kahwin memang banyak pakai duit. Lepas kahwin, lagila kan. Kami ambik masa setahun sebelum untuk tempah and prepare semua one by one. So tak terasa untuk invest one lump sum.

Bajet memang kene ada. Apa yang patut, apa yang tak. Mana boleh cut, kita cut. Jangan membazir. Majlis berapa hari je. Aku memang prepare 1 buku and dalam tu semua list barang-barang and cost ada. Rajin-rajinkan diri jugak survey online and perginexpo pengantin so korang dapat bandingkan mana pakej and harga yang terbaik. 

1 comment:

Ana Fatihah said...

Fuuu, mesti tak tido malam sebelum majlis tu kan. Banyak betul nak kena prepare. Hehe dengan nervous nak nikah lagi. :P

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman