Thursday, 28 April 2016

Last day at BSN

Salam. Lepas hampir 10 bulan, akhirnya 6 April merupakan hari terakhir aku kat Bank Simpanan Nasional (BSN). Aku start dengan BSN 15 Jun 2015 which is waktu tu aku tak da gap langsung dengan kerja before, CIMB Bank. Aku berhenti CIMB Jumaat then start BSN, Isnin.

10 bulan kat sini dengan training seminggu kat Bangi, then masuk Cawangan Utama Negeri sebulan, lepas tu baru aku ke branch biasa. Tapi disebabkan branch aku tengah renovate waktu tu, aku ikut colleague ke branch lain. Pertengahan bulan 9 baru aku masuk branch sendiri. 18/9/2015.

Sepanjang 10 bulan kat sini, aku melalui fasa BSN yang sebelum and rebranding. Aku ikut training and talk yang lain tentang rebranding. Dari warna biru ke teal. Perubahan branch memang rasa sebab aku duduk business branch. 

Aku sangat suka bonding antara colleague dekat BSN ni. Kami satu department memang agak rapat. Beza umur pun macam tak jauh sangat. Keluar sama-sama tu memang biasa la. Tu belum termasuk department lain. Ni antara benda yang aku puji. Benda ni jugak yang aku akan rindu nanti.



Kalau CIMB tempat mula-mula aku bertapak, BSN mengajar aku untuk jadi lebih matang. Tapi 2 tahun setengah belum cukup. Terlalu sikit pengalaman aku ada kalau nak dibandingkan dengan orang lain. 

Lepas ni ke mana? Nanti aku kongsikan dengan korang. Tak berani nak cakap lebih walaupun dah dapat offer. Tunggu lepas first day baru aku kongsi semua. Anyway, thanks coz sudi membaca!

No comments:

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman