Monday, 27 October 2014

Inai halal homemade!

Salam. Dah berkurun lama aku tak pakai inai. Dulu kecik-kecik punya gigih amik daun tu kat pokok. Lepas tu tumbuk sampai lumat. Dengar orang kata nak lagi pekat masukkan nasi sikit or arang. Tu sume pernah cuba. 

Tapi makin besar makin malas nak menumbuk segala bagai ni. Tak kuasa nak bazir tenaga. Dulu kuku asyik ada saki-baki kaler inai je sampai rasa teringin nak tengok kuku ni fully putih. Bila dah start putih, bertahun-tahun tak pakai.

Sorang adik aku memang rajin pakai inai. Sekarang ni senang. Kat mana-mana je ada inai segera tu. Just picit letak kat kuku je. Warna merah and hitam. Waktu tu aku masih tak da perasaan nak pakai sampaila adik aku yang lagi sorang tunjuk dekat instagram inai yang paling latest. Dah macam kaler quitick!

Dia pakai aku rasa mcam cantik tapi sebab dia pakai kaler merah aku rasa biasa je. Aku suruh dia carik instagram lain yang ada jual macam-mcam kaler. Finally aku jumpa dengan Nana Shoppe!


Macam-macam kaler ada. Dari pelbagai jenis merah and pink, peach and oren. Harga pulak sangat-sangat murah. Boleh bayangkan tak satu bekas tu cuma RM8! Dah la memang boleh pakai untuk berkali-kali!

Dengan sifat terujanya, aku order sekali tiga kaler. Soft pink, oren and peach. Baru RM24 + RM6 untuk postage. Penghantaran setiap hari Selasa and Jumaat. Jumaat pagi aku order, Isnin dah sampai kat bank. Teruja aku siap tunjuk kat akak-akak bank and promote.


Asalnya sorang akak ni suruh aku pakai kat satu or dua jari je sebab dia nak tengok kaler macam mana. Dari satu dua, baik aku pakai 10 terus! Aku pakai semua jari sendiri ye tanpa bantuan sesape. Sebab inai ni sangat senang untuk dipakai. Tekstur dia buat senang terletak and cepat kering. Amik cotton buds and terus pakai. Tak perlu bancuh.


Hasilnya memang memuaskan hati aku. Aku pakai kaler oren, gambar atas ni. Kakak office pun kata cantik. Siap ada yang nak order lagi.

Walaupun ada macam-macam kaler, tapi ni inai halal ye. Boleh terus bawak solat. Memang bila dah pakai kat kuku tu korang boleh nampak tekstur asal dari inai dia. 


Apa lagi, teringin nak kaler kat kuku tu? Tapi nak senang and macam-macam kaler? Terus terjah Nana Shoppe untuk buat pilihan and place order!

1 comment:

lynndamya said...

Salam, wah serius?? sy suka pakai quitic warna hitam tapi boleh pakai masa period je..tp klw beli inai ni, mmg pakai selalu pun xpe, sbb halal kan..bagus2..tq share, ade reseki bolehlah sy beli..hehe

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman