Sunday 13 July 2014

Hantar adik @ CFS, UIA

Salam. 8 Jun yang lepas bersamaan Ahad aku, ibu ayah hantar adik ke Centre of Foundation Studies, UIA kat Petaling Jaya. Tak jauh pun dari rumah. Rasa macam belum sempat puas duduk dalam kereta. Bukan aku yang drive sebab malas. Haha

Kalau tahun lepas kami jauh berjalan sampai ke Penang daftar si Angah ke USM, kali bi dekat je menghantar Alang. Tak kisah la kan yang penting budak tu belajar. Kalau tak mau aku piat telinga dia.

Anggaran yang daftar untuk sesi kemasukan kali ni dalam 3000 orang menurut kata adik aku. Tempat pendaftaran lelaki dan perempuan dipisahkan where beza dewan. Bagus la nama pun institusi Islamic kan. Apa yang bagusnya pendaftaran tak mengambil masa yang lama pun walaupun student kene amik no giliran. Sistem sangat efisien. Belum sempat aku lepas lelah duduk tepi kipas bawah kanopi dah siap. 

Apa yang paling aku menyampah bila nak kene hantar barang dia ke tingkat 4. Adik-adik aku ni, tak kisah la masuk Uni ke, asrama ke, sume nak tingkat atas sekali. Apa tak da tingkat lain yang korang nak amik? Bikin aku semput je..

Ada satu benda yang berlaku kat aku hari tu. Angkat barang sampai tingkat 4 dalam cuaca yang panas macam tu, then aku pitam. Nyaris lagi sikit nak tumbang. Pandangan sume dah gelap. Cepat-cepat aku duduk kat tangga bersandar. Disebabkan hal ni jugak aku MC hari Isnin and disahkan doktor migrain.

Petang lepas settle beli barang dia yang tak cukup and makan, barula balik. Serius penat and tak larat dah. Macam ni la jadi kakak. Segala hal adik aku kene uruskan.  



3 comments:

Lieya Von Jay said...

kakak mithali :)

Ain Atika Zailani said...

hahaa.. biasalah jadi kakak banyak tangungjawabnya...

anak papa said...

tahniah buat si adik.. can consider as mu junior lah tp iolls kat uia gombak.. hihi

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman