Tuesday, 27 May 2014

Review : KOSE

Salam. Muka aku ni entah kenapa dulu smooth tak da langsung jerawat, sekarang tetiba jerawat penuh. Sangat menyakitkan mata dan hati. kalau tengok gambar-gambar lama time study pun rasa jealous teramat, apesal muka dulu and sekarang berbeza.

Asalnya hujung bulan 1, aku try beli produk WonderGlow dari kenalan facebook. Tengok testimoni semua macam ok. Waktu tu aku pakai Olay tapi macam tak da perubahan sangat kat muka. Ada dua set and aku amik Silver, RM99.90.

Bulan pertama, kedua aku pakai muka memang ok. Nampak kulit cantik je. Tapi masuk bulan ketiga, muka aku mula dipenuhi jerawat. Bukan satu dua, tapi lebih dari 10 jerawat kat muka ni! Mula la rasa sedih yang teramat. Sume orang keliling termasuk officemate dah start tanya kenapa muka aku jadi macam ni. Sob sob..

Hasil dari suggestion one of my officemate, aku decide nak try produk KOSE. Produk penjagaan muka dari Jepun. Dengan umur aku yang 20-an, aku disuggestkan untuk try KOSE Infinity. Nak beli produk muka ni kena try tanya sume benda dulu dari promoter dia. Nak-nak dengan kulit aku yang berminyak and makin berjerawat ni.


Infinity ni bekas dia kaler pink and for sure my favourite! Bau dia pulak sangat wangi and teksturnya lembut. Ada dua jenis, yang I and II. I untuk kulit berminyak macam aku and II untuk mereka yang kulit kering.

KOSE Infinity terdiri dari Cleansing Wash, Lotion yang bertindak as toner and Serum as krim untuk siang and malam. Ada jugak Oil Cleansing Gel yang sangat sesuai digunakan untuk bersihkan muka lepas make up. 

Mula-mula guna risau jugak and harapan besar untuk muka ni cepat sembuh. Now, dah hampir sebulan aku guna KOSE, alhamdulillah jerawat kat muka ni dah makin surut and kecut. Tak sanggup dah tengok muka makin teruk. Hope dengan pemakaian KOSE yang berterusan dapat kembalikan balik kulit muka yang dulu.


Cuci muka mesti kena rajin walaupun balik malam dah penat. Lepas cuci je terus apply lotion and serum. Serum tu ada dua function, krim siang and malam. So sangat senang. Bekas dia pun besar boleh tahan dalam dua or tiga bulan. Apply kat muka tak melekit pun. So tak perlu risau kalau lepas tu nak sapu bedak and make up.

Dari segi harga, range setiap produk dari RM100 - RM200. Untuk pembersih muka RM104. Lotion RM177 and Serum RM177.

Mana yang kulit berminyak and masalah jerawat macam aku boleh try set I and insyALLAH boleh pulihkan balik muka korang.

2 comments:

Ein Farah said...

Uu, setau kite wonderglow antre salh satu kosmetik yg bnyak mercury. Itu slah stu sbab knape muka jd cm tu bila x ssuai. Kena hati2 bila beli. Huhu

Mcm best je tgok produk Kose tu. Tapi bila tngok harga, telan air liur je. Hihi. Kite guna alaisyah je. Kaler pink jgak. Hehe

Ummi Zarra said...

waaaa lepas ni makin cantik lah cik mysara kite kan.. heheheh remember me?

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman