Thursday, 8 May 2014

Got my new phone!

Salam. Ehem-ehem, terus terbatuk-batuk kat sana. Update entry untuk menyatakan kegembiraan. Hee..

Dulu aku minat Blackberry. Then aku beli sebab aku jenis kalau dah nak tu, aku akan beli jugak. 5 bulan aku pakai, blackberry hilang. Hilang waktu dalam bas. Masa tu naif sangat. Kehulu-hilir naik bas. Lesen pun tak da lagi waktu tu. Hilang waktu aku terlelap sekejap dalam bas.

Then, aku tukar ke Samsung. Samsung sangat hot waktu tu. Macam-macam jenis keluar. Itu la ini la. Tapi aku beli Samsung Galaxy Grand je. Tak mampu nak pakai Note 2 waktu tu. Almaklumlah baru nak keje.

Tapi samsung snagat menyakitkan hati aku. Hang entah berapa ratosjutakali dalam satu hari. Time keje memang banyak call, mesej, whatsapp dari customer masuk. Guna samsung kadang-kadang customer call, bunyinya ada tapi tak keluar apa-apa. Tu belum lagi tekan-tekan sampai rasa nak hempuk handphone tu apa pun tak jalan. Memang selalu buat aku angin.

Finally, aku decide nak beli Iphone. Tanya kat officemate, memang bagus guna untuk keje. Lagipun aku tak nak la guna handphone yang asyik hang memanjang ni. Payah. Aku nak semua data boleh simpan, sennag urusan keje.  

Aku beli kat kedai yang selang satu dari bank aku keje je, Celcom Isnin baru ni, 5 Mei. Memang diorang pun regular customer CIMB Bank. Hari-hari aku jumpa bos diorang bank-in duit. Aku memang sangat suka and tertarik dengan Iphone 5s Gold. So tak payah nak fikir panjang aku terus kata nak yang tu.

Harga siap full set. Sim kad aku pun dipotong untuk kegunaan Iphone. Tak boleh guna sim besar. Sales staff kat sana siap tolong create kan Apple ID. So tak payah aku susah-susah lagi. Then, semua benda aku siap download. Nanti senang. Whatsapp, Instagram, Facebook, Waze, Financial Calculator, tu semua wajib!

Alhamdulillah, snagat puas hati. Dapat jugak handphone yang memang jadi idaman. Harga pun sekarang dah tak semahal masa dia baru keluar dulu..   

            
 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman