Tuesday, 13 May 2014

13 May again and I'm 24!

Salam. Alhamdulillah, aku masih boleh menaip lagi untuk 13 Mei tahun ni. Sekarang pun makin jarang update and blogwalking. InsyALLAH ada masa aku blogwalking ye.

Setiap tahun aku selalu pastikan apa perubahan aku bila 13 Mei. Contoh tahun ni aku buat apa, kat mana. Tahun lepas macam mana, and 13 Mei tahun depan pulak aku kat mana. Kayu pengukur aku bukan tahun baru macam sesetengah orang, tapi hari lahir aku.


13 Mei 2012, aku kat UiTM Segamat lagi dengan kawan-kawan. My housemate siap buat surprise birthday kat MacDonald. Walaupun siangnya aku balik kampung tapi malam aku dah sampai Segamat. So waktu tu aku masih degree student.

13 Mei 2013, aku tengah praktikal kat manufacturing company. Aku tak pernah datang lamabat and apa yang malangnya on my birthday, aku lambat setengah jam! Tu semua sebab bas yang entah mana-mana and ayah pulak tak dapat hantar hari tu.

13 Mei 2014, alhamdulillah aku sekarang dah bekerja. Dah 8 bulan berada di CIMB and had got confirmation letter. Sangat bersyukur sekarang sebab aku dah pun ada degree, pekerjaan and kereta sendiri. Bukan mudah untuk berada tahap sekarang and banyak lagi benda yang aku nak explore.

Nampak tak dari situ aku tau apa perkembangan. Dari student, praktikal and now dah bekerja. Agaknya 13 Mei tahun depan apa pulak ye? 

3 comments:

Ezy Loy said...

mungkin 13 mei taon dpn ade family sndiri..
mane tau kan..
=)

Budak Kampung said...

cnfrm la kwin bertmbh2 rezeki itu

Khamsi Abdullah said...

Selamat menyambut hari lahir..baarokallohufik!

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman