Monday, 28 April 2014

Jumpa Fatin Liyana di PBAKL 2014!

Salam. Lama tak update blog. Kekangan masa. Hee. Sabtu baru ni aku sempat ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014 kat PWTC. Memang setiap tahun, PBAKL merupakan acara wajib aku. Mesti pergi! Kalau tak rasa macam something kurang. 

Aku pergi dengan adik and 2 orang kawan yang sanggup and gigih datang dari Melaka. Parking kereta kat Terminal Bersepadu Selatan (TBS) then naik train terus ke Putra. Rasa agak kekok sebab dah lama tak naik train. 

Aku assume Sabtu minggu pertama event ni tak la ramai orang. Tapi ternyata salah tanggapan tu. Ramai and agak sesak! Dah macam ala-ala hari terakhir pulak padahal ada lagi seminggu. 

Start dengan carik booth Kaki Novel then ke Karangkraf. Round dulu dari ground floor sampai ke tingkat atas untuk survey and the second round baru time membeli. Memang serius rambang mata. Macam-macam buku! Pilihan aku semestinya novel dan aku tak suka novel yang terlalu sarat dengan emosi. Aku suka yang ringan, relax, santai dan sewaktu dengannya.

Bila aku masuk je Karangkraf untuk kali kedua, tetiba aku dengar dari microphone ada sesi bersama famous blogger. Terfikir jugak sape ek. Bila dia umum je Fatin Liyana, mulala rasa excited. OMG! FL! Seriously dari awal blogging, FL memang idola nombor satu. Aku sangat suka baca blog dia. Sangat tertarik dengan cara penulisan dia.

Kalau free tu, aku bukak blog FL. Pendek kata semua entry dalam blog FL tu aku dah baca. Sesi bersama FL selama satu jam tu, macam-macam cerita berkaitan FL. Antara salah satu aku tertarik, FL cuma akan tulis blog time dia happy sebab dia nak pembaca rasa gembira bila baca blog dia. Nice kan? Sanggup aku tunggu dari mula sampai habis slot dia semata-mata nak jumpa FL.



FL sangat cantik and lembut. Dia sangat mesra layan semua yang nak bergambar. Lepas je jumpa FL, aku teruskan sesi memborong buku. Terus ke booth Kaki Novel. Memang aku dah aim 3 novel dari booth ni. Sampai je terus grab. Tak payah nak tengok itu ini. Promosi harga murah. Panjang beratur uolls menuggu giliran. 

Overall, sangat rasa puas dapat ke PBAKL. Dah la dapat jumpa FL. Hek hek. Selain tu, aku jugak dapat jumpa Soo Win Cci. Artis Cina favourite aku. Kenapa? Sebab aku sangat suka kesungguhan dia untuk berjaya. Dia sangat bekerja keras and dalam masa yang sama tengah amik PhD. So ambitious. Dia sangat cantik and of course, tinggi!


Pada sesapa yang belum pergi lagi, aku sangat suggest and mengalu-alukan korang untuk pergi. Memang best! Last day Ahad minggu ni, 4 April. Hurru up! Banyak promotion menanti korang!

9 comments:

Nur Madihah said...

wah, untungnya dapat jumpa FL. Jeles ni. Mesti banyak borong kan?

Teena Tna said...

Waahh. Fatin Liyana!

Fazleyatul Aini said...

weekend hari tu ke big bad wolf mitc. pack people like seriously ! grab buku masak banyak2 mihihi

Yumida Huda said...

wah beznye. dpt jumpe FL n soo winci. bergambar lak tu...jeles i tau..hihi

Ein Farah said...

wahhh...bestnya dpat jumpe kak FL :)

Afifah Nabila said...

jealous lahh. dapat borong buku pula tu. hee :D

Eimma Esmail said...

bestnya dapat pegi pbakl :)

Farah Diana said...

tahun ni x sempat nak pegi pesta buku ni.. frust! huhu..

http://qaseh-delima.blogspot.com

anis scha said...

Wah jumpa FL!

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman