Sunday, 28 July 2013

Selepas dapat lesen

Salam. Aku pernah post sebelum ni yang aku dah lulus test JPJ! Dah amik pun lesen P semalam.

Dah 1 minggu 3 hari aku dapat lesen barulah aku memandu balik hari ni. Tu pun ikut ayah untuk temankan adik yang nak belajar drive. Before this aku pernah belajar dengan ayah. Tapi tu kat kawasan lapang yang tak banyak kereta. Kat kawasan perumahan yang masih dalam pembinaan. So, tak da la susah mana.

Hari ni aku drive ditemani ayah kat sebelah sendiri kat jalan besar biasa. Baru seminggu lebih tak drive dah rasa kekok sikit. Macam mana kalau berminggu-minggu? Ayah kat sebelah aku tengok dah tak senang duduk. Risau bebenor. Ye la, kang tak pasal-pasal terlanggar kereta bertentangan ke, nak-nak pulak kat selekoh maut.


Kalau kancil kat tempat belajar tu senang sikit, kecik je. Kereta ayah ni tak. Puas la aku tengok betul-betul jangan termasuk line sebelah. Sesiput sedut nyer tak payah cakap. Sampai ada orang belakang pun terstuck. Boleh pulak dia ikut je aku yang lembap. Ye, aku mengaku. First time bawak lepas dapat lesen ni memang siput sedut. Terlalu berhati-hati.

Kat tempat belajar dulu mesti pakai kasut tutup, elok je berdisiplin. Dah lulus ni kaki ayam je. Haha. Lagi senang aku nak agak tekan segala benda clutch, brek and minyak tu.

Seriously, aku tak nak la bawak manual ni. Leceh! Nak-nak kalau termati enjin. Lagi haru. Aku nak kereta auto. Bila tengok adik sepupu bawak kereta auto, sedap je. Aku kena berusaha nak kerja ni coz nanti boleh keluar kereta. I tak nak la bawak manual uoollss..

4 comments:

Anis Zahidi said...

HEHE :D ada jugak bwak ke jalan besar , anis lagi la langsung xbwak lg ke jlan besar , akak2 smua dah bsing ckp lsen nak buat pekasam ke ? hee

ejulz said...

tahniah2.. berhati2 di jalan raya.. :)


Bantuan anda diperlukan.. plizz "Bantuan anda diperlukan.."

Liza Licha said...

bawak slow2 ye :)

Azney Shamsuddin said...

hehe akak nie da setahun dapat lesen tapi xbawak lagi :(

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman