Tuesday, 30 July 2013

Kad raya pertama 2013

Salam. Sedih betul bunyi tajuk aku kan? Orang lain dah berdozen dapat kad rayer aku baru satu pun nak kecoh. Entah pape betul.

Semenjak setahun dua ni aku dah jarang guna kad rayer. Biasa la dunia dah makin maju. Semua hantar secara digital je. Kad rayer makin dilupakan. Zaman sekolah sampai diploma dulu aku memang peminat tegar kad rayer. Setiap tahun mesti ada yang aku kirim tapi sekarang ni semua dah berubah. Tahap kemalasan terlalu berganda. InsyALLAH tahun depan mana tau aku rajin nak send kat rayer balik.

Actually aku suka kad rayer sebab boleh disimpan. Kad rayer dari zaman sekolah masih elok aku simpan. Satu pun tak dibuang. Best kalau baca balik nak-nak zaman nak membesar dulu. Entah pape je masing-masing merepek. Hee..

Tadi dapat surat. Semenjak sebulan menganggur ni, aku memang jarang dapat surat. Biasanya surat-surat bil je. Tadi ada pulak surat nama aku. Excited la jugak sebab bukan bil and keras. Bukak rupanya kad rayer dari Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Mohammad bin Haji Hassan. Wah..first time dapat kad rayer dari MB. Kat dalam tu siap ada jemputan untuk rumah terbuka beliau Hari Rayer ke-3 nanti.




Ada jugak beberapa kawan-kawan yang dapat. Itupun aku tengok bila diorang post kat facebook. InsyALLAH kalau ada masa boleh la pergi. Bukan jauh mana pun. Boleh la memenuhkan perut!

6 comments:

miza yusof said...

Bestnya. Miza plak satu kad raya pun tak dapat. Sadis betoi :D

Wak Gelas™ said...

wak pon x dpt kad raya lagikks.,ihIKks

Azila Latiff said...

eh eh.. saya pun ada dapat kad raya ni juga.. baru je sampai tadi.. hehe.. jumpa dekat sana nanti ye.. insyaAllah.. :)

NoRfArAhiN said...

uuu..makan free tuh. baik pergi. hehe

Che Rosliza Che Mat said...

akak pun dapat jugak kad raya tapi belum buat entry lagi...

Mieya Atiera said...

wAHHHH... BESTNYA..

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman