Monday, 8 July 2013

Graduan Aspire 2013

Salam. Dah 2 minggu habis praktikal dan sehingga kini aku masih gigih berusaha mencari pekerjaan. Banyak dah permohonan through online tapi tu tak bermakna aku goyang kaki sekarang. Segala peluang yang ada kene grab!

Baru-baru ni aku ke Graduan Aspire 2013 di KL Convention Centre. Berlangsung selama 2 hari, 12 tengah hari hingga 6 petang. Banyak syarikat yang terlibat. Ayah yang hantar tapi just drop je. Aku la yang sensorang gigih berjalan ke sana. Independent kan? Aku dah biasa sensorang ni. Hehe..


Sabtu 6 July dalam pukul 1 tengah hari aku dah sampai sana. 5000 yang terawal dapat goodies bag. Memang sebelum nak masuk tu kene daftar dulu so aku antara 5000 yang terawal! Lepas hantar borang pendaftaran, lekat nama kat baju/tudung then baru boleh masuk.


Resume memang awal-awal aku dah prepare. Fotostat banyak-banyak! Macam-macam company ada sampai rambang mata. Dell, Media Prima, Petronas, Shell, Maybank and so on. Aku for sure ke semua institusi perbankan untuk drop resume.

Sebelum tu, tanya position yang available and segala yang berkaitan. Dari diploma hingga degree amik banking, aku memang minat banking. So kalau boleh aku nak masuk ke institusi perbankan. Boleh apply apa yang aku belajar selama ni.

Penat memang penat dengan kene bersesak segala bagai tapi puas. InsyALLAH kalau rezeki tak ke mana.

2 comments:

lynndamya said...

Salam, bagus lah ! sy belum berkesempatan je nk join2 event mcm ni , sbb kdg2 jauh kat Kl, hehe..
apepun, all the best :D
Salam Ramadhan :)

Yumida Huda said...

moga dipermudahkan segala urusan sis dlm mencari keje
selamat berpuasa di esok hari..

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman