Thursday, 2 May 2013

Kagum dengan penulis muda

Salam. Novel yang aku order dari Kaki Novel dah sampai! Yeay! Terpaksa tunggu lama sikit sebab stok lambat sampai kat pihak diorang. 'Status Hati : Dia Milikku', novel baru keluaran KN.



Sebelum baca novel, aku akan bukak part belakang untuk tengok siapa penulis dia. Nanti akan keluarla ayat seperti, "Ooo..dia ni..". Penulis untuk novel ni menggunakan nama pena Ayumi Syafiqah. Baca je kat belakang, rupanya baru 20 tahun! Muda lagi! Merupakan student ijazah tahun pertama di UiTM Puncak Perdana.

Actually, aku sangat kagum dengan penulis muda ni. Terutamanya yang muda-muda dari aku. Dulu aku pernah baca novel, penulis dia baru 18 tahun. Tapi cerita yang diolah tu best! Bukan aku je yang puji, ibu aku pun cakap benda yang sama. Serius aku sangat kagum.

Ibu ayah ada bagi galakan untuk aku menulis novel. Nak tulis novel bukan senang. Nak siapkan satu novel memakan masa. Plot cerita harus digarap dengan sebaiknya. Sesungguhnya, memang aku tak bersedia and aku rasa masih belum mampu.

Aku memang minat baca novel dan disebabkan tu la ibu pernah cakap, "Yong, cubalah ko tulis novel". Penulis novel ni sangat kreatif. Dia guna imaginasi sendiri untuk menghasilkan satu cerita yang menarik bagi bacaan pembaca. Bukan mudah untuk menghasilkan satu cerita yang dapat menarik  minat pembaca.

Makin hari makin ramai penulis. Cerita yang dihasilkan pun best-best sampai ada yang diadaptasi. Aku paling suka sebab banyak cerita yang boleh dibaca! Hee..

Papepun my favourite novelis tetap Kak Suri Ryana..:)

6 comments:

jeBateja said...

hensem nya penulis kesayangan ko....ahakz.....

^^eKaTiKaH^^ said...

sama;ah kite. sebelum mula baca ke mesti tengok siapa penulis dye. hee.. jarang2 ade penulis semuda itu :D

Lya Colours said...

dik, akak beli novel yang dari tahun lepas tak baca2 huwaaa. takde mood nak membaca tapi mood membeli ada la huhu

Nana Liena said...

perangai saya pulak bau2 dulu buku, lepas tu belek2 yg kat belakang..kadang2 rajin tu saya baca bab akhir dulu pastu baru baca yg awal..huhu..

Ainy Vee said...

banyak kan penulis muda skrg ni! follow kita ya. kita dah follow kamu :)

~cik atin~ said...

dlu penah jugak berangan nak jadi penulis novel. tapi tak tercapai ag. tak taw la bilenye.. ha3

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman