Tuesday, 30 April 2013

Nota & strawberry cheese tart

Salam. Semalam aku MC. Sakit perut yang keteramatan. Yela, time kenduri syok makan sekali hamik kau, sakit perut sampai memaksa untuk MC. Padahal dalam hati kemain happy dapat bergolek-golek kat rumah.

Kat office aku ada sorang kakak ni jual cookies, tart and etc, Kak Aida. Aku selalu beli chocolate cookies dari dia. Cuma RM5 tapi memang puas makan kat office. Aku ni memang pantang bab-bab mengunyah. Tak kisah la kat rumah ke, office ke, dalam kelas ke.. Asal ada yang sedap mesti bedal je. Nak-nak kalau time boring, lagi sibuk nak mengunyah.

Minggu lepas aku ada order strawberry cheese tart for the first time. Aku tertarik bila sorang Cina kat department aku order. Wah..sedap jugak. Then, minggu lepas aku try order.

Jumaat aku cuti and semalam Isnin aku MC. Dua kali akak tu buat aku tak datang. Kesian Kak Aida. Sorry sangat-sangat menyusahkan but semalam dah disimpan dalam peti ais kat pantry. Itupun lepas Kak Izan kat department aku call tanya macam mana nak simpan tart tu.

Hari ni aku pergi kerja then bukak peti ais ada plastik berbungkus. Siap ada nota lagi. How cute.. Hek hek. Tak sabar nak makan!

Nota yang tertulis...

# Hak Milik
-Mai-
Jangan ambil TANPA kebenaran

                                 29/4/13

Plastik pun kaler pink. Nota siap ada tarikh lagi. Maaf sebab aku just guna bb so tak berapa clear

See..cantik kan. Geram I tengok uoolls and lagi geram nak ngap! Hanya RM6 sahaja okeh!


8 comments:

Syazana Zainn said...

eh eh semua tu rm 6? murahnya!

nampak ada 7 ketul. seriously murah giler O__O

Lya Colours said...

saya suka blueberry cheese tart

Walyatalattaf Hamidi said...

Nyummi...

jeBateja said...

Omak aiiii...di malam yg syadu ini...kawe terasa lapaq plak...

fatin aziz said...

mmg geram pun..tapi sayang nak mkn pun ada sbb comel sgt2.. :P

Hanida Moss said...

nak jugak ! :p

Nana Liena said...

strawberry tart..hehe..sedapnya.. comel ja

Teena said...

Huhu..kalau i rase sayang jer nak makan kek tu..hihi

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman