Tuesday, 1 January 2013

2013-Azam bertambah??

Salam. Entry pertama 2013! Tahun baru benda pertama yang aku buat, balik Segamat! Waaa...hati meronta-ronta menarik-narik dan katil memanggil-manggil supaya terus stay di rumah. Tapi ape kan daya, final exam..

Dengan beg yang banyak dan berat disebabkan bawak buku dan segala bagai kertas, penuh tangan and kiri kanan bahu. Punya gigih aku bawak banyak buku balik kampung nak baca. Ada ke aku baca? Non-ado.. Seciput je aku selak.

Hari ni jugak kepala berselirat. Aku still tak dapat jawapan tempat praktikal. Bayangkan kat terminal bus tadi, aku memberanikan diri on lappy dalam keramaian orang tu! Dibuatnya aku disamun, naye je. Semuanya sebab sibok carik alamat tempat praktikal baru. Ada beberapa tempat aku dah survey. Harap semuanya berjalan lancar.

Azam baru? Emm..sape je yang tanya pasal azam baru aku? Sorang je yang tanya. Baru nak masuk je tahun baru, En Sayang dah tanya. Aku rasa 2013 ni, azam aku lain sikit, bertambah. Biasanya azam aku sama je sampai aku pun naik boring. Azam-azam sebelum ni, "Nak belajar dengan lebih bersungguh-sungguh". Ado ko? Bunyi tipikal je kan.

2013 lain sikit... 



1) Nak tamatkan degree dengan result yang cemerlang. InsyALLAH..

2) Nak prepare diri untuk industri. Memandangkan tahun ni aku akan tamat belajar, aku kena lah mem-prepare-kan diri untuk cabaran dunia pekerjaan.

3) Start saving kahwin. 23 tu dah tua uoolls untuk saving. Semenjak dah ada En Sayang baru terfikir nak saving. Kalau tak, berjimba je..^^

4) Menjadi yang lebih baik *tipikal kan*. 'Baik' tu macam-macam, dari segala skop. Tak perlu disenaraikan, nanti korang pun boring.

Hah..biasa azam aku satu atau dua benda je. Tahun ni sampai empat! Yang nombor 2 and 3 tu lain sikit..

I know uoolls pun ada azam masing-masing tak pun guna azam tahun sebelum yang tak tertunai lagi. Pape pun, sama-sama kita berusaha ke arah apa yang di azam. Moga-moga tercapai. InsyALLAH..

Ok..I got to go. Aku kena study ni. Minggu ni dah start paper. Eh, apa azam korang? Meh la kita sharing...=_=

10 comments:

Nadya Bubble said...

Moga segalanya dapat dicapai, insyaallah :)

Sementara masa masih ada ! TOPUP RM100 UNTUK ANDA !
http://nadyabubble.blogspot.com/2012/12/contest-top-referer-get-rm100-topup.html

Hazrina Halim said...

gOod luck exam...hehe..kite serupe...XD

Sabrie Mustafa Hamizan said...

Goodluck dengan azam baru..^_^

Kenapa Pilih Farmasi Bukan Doktor?

Anna Boleyn said...

Happy new year! N gud luck on ur coming exam! :D

Puan Azeera Ali said...

bila nak cerita pasal encik sayang?hehe

Zue Cancer said...

hohoh thanks komen,azam dia pun banyak jugak =)

Cik Mun said...

harap semua azam tercapai..
mun xde lagi azam baru..

✿....rossa alina....✿ said...

ohh study kat UiTM Segamat ekk.. camnelah keadaan kat sane sekarang eh.. da lame tinggal.. rindunye.. :')

btw, semoga azam tahun 2013 tercapai k.. :)

Eina Sakinah said...

gudluck yee sis :)

::CIK LYNN:: said...

sama la kita grad thun ni :)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman