Saturday, 1 December 2012

Burger Bakar kini di Segamat

Salam. Rabu baru-baru after penat dengan seminar Starategic Management dari 8 pagi sampailah 6 petang menadah telinga, malamnya we all pergi makan burger! Seramai 12 orang yang gigih join.

Actually idea ni datang dari Kak Mira, my classmate yang on the spot cadangkan. Pernah jugak dengar before this pasal burger bakar. Yang kat dalam tv kat KL tu memang tau. Burger yang boleh pilih berat, ada macam-macam saiz and dagingnya dibuat sendiri. Orang kata memang sedap.

So bila ada pulak burger bakar kat Segamat, teringin jugak nak rasa. Sama ke rupanya or lain sikit. Jadi bergeraklah kami malamnya ke Bandar Putra, Segamat Baru iaitu di Restoran Aqila. Tak jauh dari traffic light.

Aku order buger ayam biasa. Memang standard aku kalau burger prefer ayam. Ada macam-macam jenis. Macam kita order burger biasa jugak. Harga kat sini serendah RM 6.90. Kalau yang biasa macam aku order tadi RM 6.90 je. Ada burger yang single and double. Order je ikut apa yang korang nak. Harga berbeza mengikut jenis apa yang korang order.

Uniknya, burger ni dibuat dengan cara bakar. Ayam and daging tu pun dibakar mengikut adunan sendiri. Jadi rasa tu memang lain dari biasa. Nama pun burger bakar kan...of course la dibakar.


Burger kat sini tak da saiz besar macam kat KL tu. Cuma kat sini dia tinggi sebab isi ayam and dagingnya. Nampak tu ada lidi dicucuk. Ayam and daging tu dibuat sendiri. Bukan macam kita beli burger kat tepi jalan tu. Ayamnya terasa macam ayam percik. Tambah membangkit selera bila diletak sos black pepper. 

Pada yang duduk di area Segamat, boleh la ke sini kalau teringin nak rasa. Sedap and serius tak rugi. Classmate aku yang lain pun dah ke sana untuk merasa keenakan burger bakar.

1 comment:

H A N said...

Salam,kunjungan p'tama saya kat sini ni,so,slm kenal :)

btw,burger bakar memang best,rasa betoi dia punya ayam or daging kan...memang pi mana2 pun org dok sebut2 burger bakar je...

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman