Saturday, 13 October 2012

Jom ke Hot & Roll!

Salam. Semenjak One Segamat bukak, hari-hari we all serumah akan ke sana. Mall tu dah macam kedai runcit. Kadang-kadang belinya satu benda je. Tapi nak jugak ke situ. Macam tempat lain tak da. That's why classmates dah anggap we all ni duta One Segamat. Haha

Kalau semester lepas dalam seminggu tu entah berapa kali asyik beli Big Apple je. Tu pengganti makan malam. Bila tengok Big Apple je rasa membuak-buak nak beli. Tolak je pintu mall tu dah boleh terasa aromanya.

Naik sem akhir ni, Hot & Roll pulak bukak. Aku ni memang suka makan Hot & Roll since belajar kat Bangi lagi. Kalau kat Bangi dulu, aku dapatkan kat Mines, Seri Kembangan. Even sekarang ni kat Seremban before balik Segamat pun itu yang aku beli.


Yang menjadi pilihan aku Chapati Chicken Rendang. Sedap wooo.. Sekarang ni pilahan dah merata-rata. Habis macam-macam aku tukar-tukar. Paratha Black Pepper Beef pun sedap. Anda dapat rasa daging slicenya and sos black pepper di dalam paratha tu. Crunchy Peanut yang dicampur dengan taburan coklat pun sangat membangkitkan selera. Kalau sampai je kat tangan aku, sambil jalan tu pun sempat mengunyah masuk mulut. Sungguh gelojoh!

Harganya sangat reasonable and affordable. Bermula serendah RM 3.90 sehingga RM 5.90. See..murah kan? Biasanya aku makan benda-benda macam ni menggantikan makan malam. Tak bernafsu kadang-kadang nak makan mee goreng, nasi goreng or what so ever..

Rasanya akak kat kiosk tu pun dah naik kenal tengok muka we all berempat. Yang belinya kadang-kadang sorang je, tapi berempat jugak datang! We all kan sehati sejiwa! Sentiasa berempat. Haha


5 comments:

Aesya Zealous said...

xlama lg jadi duta la korang..hahaha

Waney Zainuddin said...

Mkn mlm mkn ni je? Klu akak.. Kene gak mkn nasi. Hehe

Zie Madini said...

ui...sedapnyaaaaaaaaaaa

mS.eiRa MZ said...

sedapppp~ sy ada entry bru..jom sggah! :D

Nureisyah Solehah said...

Hot n roll Seremban kt mane ek .. Nk g cari kt seremban tp xtau kt mane ... Teringan sgt..

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman