Monday, 24 September 2012

Together to Gunung Ledang

Salam. Sabtu baru-baru ni serius ohsem! Kami keluar dari rumah jam 8 pagi untuk berkumpul dengan kawan-kawan yang lain di Masjid Gemereh. 5 kereta kesemuanya. Masing-masing bawak bahagian makanan coz hari sebelumnya kami dah dipecahkan mengikut tugas masing-masing. Macam-macam ada. Mee sampai 3 jenis! Puding, nugget and hotdog, sandwich, keropok and buah.

Perjalanan ke Gunung Ledang hanyalah sekitar 40 minit ke satu jam. 5 kereta berkonvoi yang terdiri daripada 24 orang my classmates. Actually, ada 4 lagi yang tak dapat turut serta.

Kami sampai di Gunung Ledang hampir jam 10 pagi. Parking kereta berderet 5. Lagipun tak ramai lagi. Parking hanya dikenakan RM 2. Bayaran masuk bagi dewasa pula cuma RM 1. Di luar tu ada dijual makanan, baju, pelampung. Boleh la beli pelampung kasi meriah! Haha

Bergambar sebelum mandi. See..masing-masing bawak barang kan..

Apabila semua makanan dikumpulkan

Bila masing-masing dah nampak air and dah masuk dalam air yang sejuk tu... memang susah la nak suruh keluar. Walaupun tak reti berenang, berendam pun ok jugak. Haha. Aku dan 6 orang kawan yang lain naik ke bahagian atas sikit. Disebabkan nak mandi kat bahagian yang syok and bebas dari kaum lelaki, kami sanggup mendaki tangga yang sedikit curam. Mengah mak cik!

Siap berpegangan tangan lagi. Muka still harus cover coz bergambar..:p

Keceriaan kami diteruskan lagi bila dah jumpa port punyer baik. Ia dapat digambarkan apabila anda melihat gambar-gambar di bawah ini..


Nama pun Gunung Ledang. Haruslah buat gaya ala-ala puteri..:p


Actually planning we all ni memang last minute. Khamis entah macam mana idea tiba-tiba datang dari one of my classmate, Jumaat kumpul duit, Sabtu terus pergi! Selalunya memang macam ni. Planning last minute baru syok and menjadi.

Sem akhir ni macam-macam jugak yang we all planning. Tapi kekangan masa tu yang payah sikit. Awal-awal ni ok la tak berapa busy lagi. Tengok la sikit masa lagi. Satu hape pun tak dapat nak buat bila kerja dah menimbun.

Kami kemas barang apa sume selepas Zuhor. Itupun panggil lagi mana yang still tengah syok berendam. Kemas barang and tikar sume sebelum turun semula ke bawah untuk tukar baju. 

Overall, sangat seronok beramai-ramai satu team buat trip macam ni. Kalau kat Segamat ni, Air Terjun Gunung Ledang ni la tempat yang boleh dikunjungi. Feeling picnic gitu! InsyALLAH next time kita buat trip lagi ek kawan-kawan. You all serious ohhseemmm bangat!

4 comments:

Cik Zaniff said...

waa..lma xmndi air tejun nih..syokkk je tgk..hueee

shafiqabdshukor said...

best2... 4 tahun belajar kat UTM dua kali g sana... sekali tido kat sana.. sewa kabin...
pagi2 lepas solat subuh terus terjun.. sejuk~~~ kenangan~~

Atiqah Wadiah said...

waaaa..byknye puteri gunung ledang :P

TEKAteKI said...

untungla dpt pergi..

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman