Sunday, 6 May 2012

Seminar Avail Beauty Sdn Bhd

Salam. Semalam bersamaan 5 Mei aku dan satu rombongan bas dari UiTM Segamat bertolak dari kampus 9.40 pagi ke Klana Resort, Seremban. Tujuan kami ke sana adalah untuk menghadiri seminar keusahawanan. Memandangkan sem ni ada amik subject Entrepreneurship, so banyak la program berbentuk keusahawanan yang dijalankan.

Program bermula pada jam 2 petang. Sebelum tu, sempat jugak kitorang bergambar dekat swimming pool sini. Oh, cantik! Rasa nak terjun swimming je guna pelampung coz aku tak reti berenang. Hee~


Masuk je ke Ballroom 3, wah..ramai yang dah memenuhi sit. Kami student UiTM ni terpaksa duduk berpecah. Program dimulakan dengan pengacara yang sungguh bertenaga memberikan susana yang ceria pada petang tu. Kemudian talk tentang kesihatan dari seorang doktor yang turut merupakan ahli Avail Beauty.

Seterusnya, talk dari Super Crown Manager (SCM), En Azman Bin Bidin tentang company Avail Beauty. Actually Avail Beauty adalah sebuah company MLM yang telah beroperasi lebih kurang 8 tahun. Menjalankan perniagaan tentang produk kesihatan. Penyampaian En Azman ni sangat menarik dan serius cakap langsung tak mengantuk!


Dahulunya, company ni bukanlah MLM. Walaupun ia kini dikenali sebagai MLM dan memang sejak azalinya aku tak suka MLM, tapi Avail Beauty ni berlainan sikit. Aku tertarik coz mereka tak mengutamakan keuntungan, down line or etc semata-mata, mereka lebih mengutamakan pada penjualan produk. Untuk menjadi ahli pun cuma perlu bayar RM100 untuk dapat barang then automatik menjadi ahli.

Penjualan produk utama yang dijalankan oleh Avail Beauty adalah produk tuala wanita herba. Ha..barangan wanita okeh! Tapi jangan tak tahu ramai kaum lelaki yang join. Student UiTM yang conduct kitorang and bawak kitorang ke program ni juga adalah seorang student lelaki yang dah setahun setengah join business ni. 


Tuala wanita herba sangat bagus bagi kaum wanita yang mengalami masalah wanita. Bagi yang lain pulak, elok jugak pakai coz ianya boleh mencegah kanser cervix yang merupakan antara penyakit pembunuh utama kaum wanita. Ada sorang rakan sekelas aku yang mengalami masalah wanita and menggunakan produk ni. Alhamdulillah kini masalah dia berkurangan dan beransur pulih.

Dan buat pengetahuan kaum wanita di luar sana, tuala wanita yang kita gunakan sekarang yang melambak jual di luar sana adalah asalnya dari kertas yang terpakai. Emm..aku pernah baca pasal benda ni yang ditunjukkan lecturer dulu.

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang Avail Beauty, bolehla klik SINI

Agak-agak, kalau aku jual produk ni, korang nak beli tak? Aku just nak tengok market macam mana..

3 comments:

nurhaniszamshah said...

pernah dengar orang cakap bagus, tapi tak pernah try lagi :3

TINA ROSLI said...

Assalamualaikum

seronok dapat pergi tempat best macam ni. pernah jugak dengar tapi belum mencuba. awak boleh la try jual. boleh buat income.

Anonymous said...

tak perlu test market my fren..trus mengorak langkah mulakn perniagaan if awk dh nmpk potensi perniagaan ni..bak kata en.azman,mulakan BUDAYA BELAJAR SAMBIL BERNIAGA..jika BUDAYA BEKERJA SAMBIL BELAJAR boleh diterapkn,mengapa tidak belajar sambil berniaga..?yang penting anda ingin belajar utk menjalankn perniagaan ni..if Fahmi boleh,mengapa anda wanita tidak..?gudluck..!!

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman