Friday, 18 May 2012

Family Day IBSA 2012

Salam. 13 Mei yang lepas, telah berlangsung dengan jayanya Family Day untuk Islamic Banking Student Associations (IBSA) bagi semester ni. Untuk kali ni, aku dipertanggungjawabkan sebagai ajk permainan yang bertindak mengurus segala program permainan pada hari tersebut.

Actually seminggu sebelum Family Day memang aku sibuk. Terdapat 4 permainan yang dipertandingkan iaitu futsal, bola jaring, bola tampar dan rounders. Turut diselitkan, mini game. Aku merupakan ajk permainan bersama 4 lagi yang lain. Baju dipakai mengikut part dan aku selaku part 4 memakai baju warna biru. Of course part 4 paling ramai hari tu. Hehe.


Perasmian disempurnakan oleh orang kuat IBSA yang juga merupakan lecturer aku En Ariff dengan memukul bola sebagai simboliknya. Emcee untuk hari tersebut juga merupakan my classmate, Izam and Silah.

Program pagi kami dimulakan dengan aktiviti senamrobik dari Fizi, my classmate. Thank you so much kerana sudi membantu! Beberapa lagu dan gaya senaman yang mencuit hati. Memang sempoi. Senaman dah jadi tarian! Walau apa pun, tetap berpeluh.



Kemudian, permainan bermula dengan acara bola jaring dan futsal yang berjalan serentak. Masing-masing bergerak ke gelanggang masing-masing dan pagi ni aku bertindak menguruskan bola jaring. Permainan kalah mati. Perlawanan yang asalnya bertujuan just for fun menjadi semakin serius bila semangat untuk menang mula berkobar-kobar. Dapat tengok dari rentak permainan mereka yang mula berubah. Futsal dan bola jaring dipertandingkan mengikut kelas.


Selesai je kedua-dua acara ni, aku terus ke gelanggang bola tampar di mana di sini berlangsungnya perlawanan dan ia mengikut part. Acara berlangsung dengan lancar dengan dibantu oleh ajk dan exco yang lain. Selesai acara bola tampar, semua pelajar dijamu makan tengah hari dalam keadaan panas terik tu.


Aku dan kawan-kawan amik port baik punyer tepi padang. Sempat melepaskan penat sekejap. Selesai je, terus bersiap untuk mini game. Mini game seperti running man di mana setiap kumpulan terdiri dari 5 orang. Yang paling depan dikehendaki melukis gambar melalui perkataan yang diberi. Pass kepada ahli 2, 3 and 4 yang dikehendaki turut melukis sebelum ahli yang last sekali meneka apakah gambar tersebut. Setiap yang join dapat gift comel yang dibungkus aku sendiri dan yang kalah harus didenda mencari gula dalam tepung. Sangat meriah okeh!



Acara last merupakan rounders. Rounders serius memang aku tak dapat tengok sampai habis coz mengejar bus 3.30 petang. Dah awal-awal beli tiket. Almaklumlah...birthday girl nak balik kampung. Hehe. Sempat jugak menonton separuh permainan. 


Seriously, overall, Family Day IBSA sangat best walaupun aku terpaksa berjemur sampai terbakar, pedih dan mengelupas kulit muka, aku rasa enjoy menguruskan game-game yang ada. Penat tapi berbaloi bila kita dapat contribute something untuk coursemate kita.

Thanks pada semua yang terlibat terutamanya ajk permainan Mas, Din, Wan and Pian. Tanpa korang, lagi berserabut la nak buat semua benda ni sorang-sorang. InsyALLAH hope Family Day akan datang lebih meriah!=_=

No comments:

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman