Saturday, 28 April 2012

WISE @ Pasir Gudang PART I

Salam. 20-22 April yang lepas, aku berpeluang menyertai Program Woman In Social Enterprise (WISE) di Pasir Gudang, Johor. Actually program ni adalah kerjasama antara antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Jumaat 20 April
Bertolak dari UiTM pada pukul 2.50 petang dan sampai di Pasir Gudang jam 7.20 petang. Perjalanan yang memenatkan dan dipenuhi dengan tidur. Kami ditempatkan di Smart Home. Hostel yang sangat cantik seperti apartment. Satu rumah 9 orang, 3 bilik. Kebetulan my classmate 9 orang yang join program ni. So, tak susah mencari member serumah..:)

3 pic di bawah menceritakan keadaan rumah kami yang sangat selesa..





Memandangkan waktu pun dah malam, kami diberi rehat secukupnya dan tiada aktiviti untuk malam ni. Wah..best giler! Apa lagi kepala 9 orang mulalah bertanduk. Sepantas kilat planning nak keluar untuk beli coolblog! Favourite favourite! Memandangkan di tempat orang, kami call penyelia program dari UiTM dulu. Mana boleh buat sesuka hati kan..

Keluar lintas jalan semata-mata tujuan utama nak beli coolblog. Sempat jugak singgah kat pasaraya yang ada kat situ beli keropok. Rupanya bukan setakat kami je yang keluar, ada lagi student yang keluar. Semua berpusu ke coolblog.


Aktiviti malam kami tak terhenti di situ bila sampai rumah je sorang member ajak main kad Uno. Memang aku K.O. Tak pernah main benda ni. Tapi seronok jugak bile diajar. Main sambil menyunyah. Memang meja kat rumah tu bersepah. 9 orang punyer perangai..



Sabtu 21 April
Pagi-pagi lagi semua dah bersiap dengan cepat. Almaklumlah..perut dah lapar. 7 pagi start sarapan and kamilah kumpulan student pertama yang sampai. Actually selain student UiTM yang menginap di Smart Home, terdapat juga student dari UPM, UPSI, UIA dan UKM. Sebelum keluar rumah, sempat bergambar..


Hari ni kami ke Politeknik Ibrahim Sultan yang hanya 5-10 minit dari Smart Home. Program Perasmian WISE disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin. Saat paling manis of course bila dapat bergambar bersama Dato'..:)

Kami dapat mak angkat iaitu mereka dalam kalangan ahli AIM yang mempunyai business masing-masing. Kenapa perlu ada mak angkat? Akan diceritakan secara detail dalam entry yang seterusnya okeh..



Malamnya, majlis dinner di Tanjung Puteri Golf Resort. Semua IPT yang terbabit dijemput, warga AIM dan juga tetamu-tetamu kehormat. Suasana malam yang sangat cantik ditambah dengan makanan yang disediakan cukup menyelerakan.

Aku turut buat performance berdasarkan group mak angkat yang telah diagih petang tadi. Persembahan tarian endang yang tak sampai sejam sempat berlatih. Haiisshh! Tak tahu la macam mana bersepahnya atas pentas dengan bunga-bunga tarian.



Terdapat jugak acara cabutan bertuah tapi sungguhla kami tak bertuah. Walaupun ada banyak nombor yang dikumpulkan untuk satu meja, tak da satu pun yang mengena. Ish!


Majlis habis hampir 11 malam. Sangat penat dan mengatuk. Dah la siang tadi seharian dekat politeknik. Before naik bas walaupun dalam kepenatan, sempat jugak snap..



To be continued...

Nota kaki : Entry seterusnya aku akan terangkan secara detail tentang WISE serta hari terakhir di Pasir Gudang..

4 comments:

NOOR FATIN said...

hostel cantiknya!! hehehe selesa betol! bestnya ;)

Bubble_Haze said...

I'm UiTM student too!! Greeting from Sarawak..:)

Papa-NtiQ said...

saya baru jer upload pics masa makan kat Tg Puteri Golf Resort di blog www.blogmakanbest.blogspot.com
Senang2 tu jenguk la yer blog saya topik 100% makan, makan dan makan takde topik lain :))
Owhhh..jangan lupa follow yer TQ TQ TQ

Zombiefied said...

Thank you kerana gembira dengan suasana di Smarthome. Saya harap anda dan rakan-rakan akan datang kembali di Pasir Gudang. :)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman