Sunday, 29 April 2012

Bertemu Suri Ryana di PBAKL 2012

Salam. 27 hb, first day Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), aku dah sampai ke PWTC bersama adik dan 2 orang kawan dari Melaka. PBAKL merupakan acara wajib aku setiap tahun semenjak 2009.

Aku merupakan peminat novel dan kalau zaman sekolah dulu aku setia bersama Alaf 21, kini kesetiaanku telah beralih arah ke terbitan Kaki Novel (KN). Banyak novel terbitan KN yang aku telah beli di bookstore mahupun online. Penulis dia? Banyak jugak yang aku dah tau. Kebanyakan mereka penulis baru dan setia bersama terbitan KN.

Aku mula membaca novel ketika berusia 14 tahun dan tak pernah ada penulis yang betul-betul favourite. Just baca mana-mana novel yang tertarik je. Sehinggalah tahun lepas di PBAKL 2011 aku membeli novel M.A.I.D, aku kenal penulis Suri Ryana. Aku follow facebook and blog dia malahan ada beberapa kali berinteraksi dengan beliau. Sangat mesra orangnya. Aku pernah bagitau Kak Suri yang aku nak datang 27 hb. Alhamdulillah..termakbul hasrat tu..


Disebabkan Kak Suri ada dan teringin untuk berjumpa beliau, aku ke PBAKL 27 hb. Waktu aku berada di gerai KN belum ramai lagi dan aku rasa sangat seronok dapat berjumpa beliau secara face to face. Part paling best bila Kak Suri ingat when aku mention nama facebook, 'Mysara Ab Rahman' and dia siap cakap, "Awak yang kata nak datang hari ni kan?". Oh great! Thanks Kak Suri kerana mengingatinya. Sempat borak sikit. Kak Suri ni kecik molek and sangat cantik orangnya. Dia kini menetap di Korea kerana mengikut suaminya yang bertugas di sana.

PBAKL kali ni, Suri Ryana baru mengeluarkan novelnya yang kedua selepas M.A.I.D iaitu Isteri Separuh Masa (ISM) dan aku sedang tekun membacanya. Suri Ryana juga kini sedang menulis novel ketiganya iaitu Playboy Itu Suami Aku (PISA).

Meh baca sinopsis ISM. Sure ramai yang tertarik nak baca..


Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.

Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.

Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?

Selapas bertemu Suri Ryana, aku, adik and member round seluruh gerai yang ada sepanjang PBAKL kali ni. Difahamkan sebanyak 789 gerai dan antara tempat yang wajib dikunjungi, Karangkraf. Banyak buku, novel dan majalah yang ada dengan harga yang berpatutan.


Pada anda yang masih belum ke PBAKL 2012, cepat-cepatlah berkunjung ke sana. Banyak pilihan sampai rambang mata especially pada si pencinta buku. PBAKL 2012 berlangsung dari 27 April - 6 Mei..

6 comments:

Nana said...

saya jarang baca novel..sbb rasa panjang sgtla..hehe..btw,seumur hidup saya,saya penah abiskan baca 1 novel je..tu pn pasal mmg best sgt2..

sarah mohamad said...

So jelessss dapat jumpa dgn suri ryana! Huhuhuhu

Lya Colours said...

saya dah khatam novel ISM ni
best !!

✖cik.Zaza Zakaria✖ said...

ok
jeles ta dapat pg PBAKL
:'(
HAHAHA

Ziera Ieyah said...

wah best la leh jmpe & tgkap gmbo ngn penulis novel kan. hehe zira pun minat baca novel jugak...

Anonymous said...

Waiting for next novel playboy tu suami aku ......hehehe......

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman