Friday, 16 March 2012

Sihir Islam dan Sihir Barat

Salam. Sihir dari segi Islam dan dari segi Barat. Kita tengok dari skop Islam dulu.

Sebagai umat Islam, kita dilarang sekeras-kerasnya terlibat dengan sihir. Haram okeh! Jangan sesekali terlibat. Sihir ni kita mintak pertolongan syaitan untuk buat apa yang kita nak. Aku pernah menonton rancangan Wanita Hari Ini (WHI) menceritakan tentang seorang gadis yang meninggal dunia kerana disihir. Kejamnyer penyihir tersebut.

Sihir menyebabkan kita menyekutukan Allah swt. Neraka tempatnya. Sihir dari segi Islam adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya. Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Dari skop Barat, sihir yang dimaksudkan amat berlainan dengan kita. Ambil contoh paling mudah, filem Harry Potter. Dari filem ni kita dapat tengok, sihir mereka berkaitan dengan magic. Tak involve dengan mana-mana syaitan and its more to just a magic.


Kalau pertolongan syaitan dari skop Barat, cukup lah sekadar menonton filem The Devil Inside. Tu dah cukup buat anda faham. Seorang Paderi dalam filem itu turut berkata, "Duduk dalam Gereja saya ingat boleh selalu dekat dengan Tuhan, tapi syaitan yang saya selalu nampak". Dari situ kita dah boleh bandingkan betapa suci dan benarnya agama Islam.

Barat menonjolkan sihir tu magic pada kita. Kita yang tengok pun rasa seronok. Ye tak? Cuba jujur dengan aku apa perasaan korang bila menonton filem Harry Potter? You want to know more more and more. Tapi kalau korang bukan penggemar filem ni, sorry... Sure you all tak boleh jawab soalan I ni. Hehe..

8 comments:

Akim Iqbal said...

Tak minat. Hehehe. Sebab dah habis dah..

Lya Colours said...

ok saya langsunggggggggggg tak pernah tgk harry potter.hahaha

AmyZana said...

yeah ~ i love harry potter ! ^^ anyway, rase mcm nk tgk crite The Devil Inside

Citarasa Rinduan said...

kak suka tau layan filem yang ada unsur2 magic.. heheheheh.. macam budak2 kan?

nazirah said...

kte pun tak layan harry potter laa. jujur ni heee

Teenager Housemaid said...

erkk..kita suka cite harry potter ..=_='

CikPuan Azizah said...

jijah suka tengok harry potter..tapi just tgk semata2..tak bermaksud percaya sihir..hehe

Zie Madini said...

Tak minat harry potter, so tak taw nk answer.. hehehe

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman