Tuesday, 28 February 2012

Roll on perfume yang semakin popular

Salam. Roll on perfume. Siapa yang sekurang-kurangnya ada satu dalam simpanan? Sila angkat kening anda.

Aku paling feveret roll on dari Avon. Saiznya lebih kurang sepanjang jari telunjuk aku and saiz yang kecik and ringan tu mudah dibawa ke mana-mana. Just campak je dalam beg. Hampir setiap bulan aku akan beli roll on yang baru dari Avon. Satu letak dalam beg kelas, satu handbag and yang lain dalam beg make up. 

Gambar sekadar hiasan penyedap mata

Memang aku ada perfume semburan lain tapi roll on ni perlu jugak. Aku akan pakai ikut mood. Mana bau yang aku nak untuk hari tu, itu yang aku rembat. 

Kalau dilihat, perfume jenis roll on ni makin popular sekarang. One Drop Perfumes contohnya, salah satu jenama yang sedang berkembang di pasaran. Aku pernah jugak beli One Drop Perfumes tapi biasalah mini saiznya tu kadang-kadang buat aku terlupa letak kat mana.

Ada jugak jenama lain yang aku tak berapa nak ingat. Dah banyak sangat and melambak kat pasaran sekarang. Even Silky Girl punya produk pun ada roll on. Pakai roll on sahaja pun dah cukup tanpa semburan. Letak kat area nadi, confirm bau semerbak and tahan lama.

Kenapa ia menjadi pilihan? 

Pada aku, saiznya yang ringan and mudah dibawa ke mana-mana serta mudah dipakai buat ramai yang tertarik tanpa mengira umur. Even orang Cina pun suka dengan One Drop Perfumes tau. Katanya, "Senang saya nak travel".

Harga yang sangat-sangat mampu milik. Harganya sangat berpatutan and jangan ingat saiznya kecik tu tak berbaloi untuk dipakai. Tahan lama okeh. Nampak je kecik tapi usianya panjang.

Boleh dijadikan penyelamat. Apa maksudnya ni? Pernah satu ketika, one of my friend lupa pakai perfume nak ke kelas. Dah lambat sangat nak ke kelas waktu tu. Dah sampai kampus baru ingat. Nasib baik ada roll on perfume yang sentiasa elok tertidur dalam beg aku. Kalau perfume semburan biasa tu, takkan aku nak bawak ke kelas pulak botol 50ml tu kan?

Aku tak tau la minat readers blog aku ni. Korang macam mana?

7 comments:

asfira aminuddin said...

aah kalo role perfume ni mmg mudah nak bawak kan. tapi to me, i minat perfume yg sembur biasa tuh. sbb i tak berkenan sgt calit menyalit. sembur satu badan haaa baru puas hati. hikhik.

cuba u try perfume paris hilton. serious wangi gila :)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

dikatakan pakai perfume ni naikkan konfiden ek? hmm zuan tak pakai perfume.. huhu only deodorant..

nurulnazihah said...

saya pakai perfume bila rajin je wk. huhu

Lya Colours said...

saya suka perfume paradise
bau dia wangi dan tahan lama
dah basuh baju pon still ada bau lagi
tapi jarang pakai gak.pemalas.hihi

si robot comel said...

kita pun suka pakai yg roll on,huhu

EYFAalias said...

kite pakai perfume yang rm5 lebih tu je. beli kat jusco. ahhaa

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

aha ms akak anak dara dulu ada gak roll on perfume avon nih..


tp since dh jadi surirumah ni kan dh jarang keluar akak just pakai yg sembur-sembur jer..tp tetiba jd teringin nk beli perfume roll on bila baca entri adik nih :)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman