Sunday, 29 January 2012

Majalah popular bagi blogger

Salam. Entry ni khas untuk kaum wanita. Kalau sebut dunia blogging, majalah apa yang paling popular? Ramai yang sukakannya. Dara.com. Of course semua tau kan?

Aku tak terkecuali. Pantang nampak ada tersusun kat mana-mana kedai tu, mula lah tangan ni gatal nak mencapainyer. Bukan lah mahal sangat, RM5 and saiznya kecik comel tu buat anda senang bawak kemana-mana.

Antara blogger yang pernah menghiasi cover page Dara.com..


Irene Nadia Marcello

Edisi Julai 2010. Kalau sebut nama Irene Nadia Marcello, siapa tak kenal kan? Blogger famous. Pengikutnya puluhan ribu. Irene ni muda 2 tahun dari aku dan sudah pun menjadi tunangan orang. Muka yang cantik and comel membuatkan Irene turut menjadi model sambilan. Sure you all follow blog dia kan? Aku pun suka baca apa yang Irene update. Bak kata Irene, "Blog ibarat diari harian". Yeah, itulah blog kadang-kadang disebalik si blogger selitkan sebarang informasi untuk readers.


Edisi Mac 2011. Kak Lynda ni cantik orangnyer. Masih merupakan student Landscape Architecture di UiTM Shah Alam. Juga merupakan seorang model sambilan. Kadang-kadang aku rasa sekali imbas muka dia ada macam Fatin Liyana *pendapat aku je kot*.

Ini baru dua je aku senaraikan untuk cover page. Yang isi dalamnya, ramai jugak para blogger. Tengok muka sekali pun dah kenal. Antaranya, Nisa Kay and Fatin Liyana. Jadi tak hairanlah Dara.com ni popular dalam kalangan blogger wanita.


Kenapa ia menjadi pilihan? Inputnya sangat bagus especially untuk gadis bertudung.


1) Fesyen terkini
Fesyen terkini tak kisahla sama ada baju, tudung, aksesori or etc. Diprovide juga produk dari mana, kat mana nak dapatkan, semuanya up to date dan cantik-cantik. Yang buat aku paling tak tahan, fesyen-fesyen tudung yang awesome especially dari D'Haja and Pearl  Haya.


2) Tips penjagaan kecantikan
Kecantikan yang merangkumi muka mahupun seluruh anggota badan. Segala tips diberikan dan para pembaca berpeluang untuk mengemukakan soalan masing-masing. Biasala, setiap orang lain masalahnya. Mostly tentang penjagaan muka coz muka ni asset penting. Tak kurang jugak tips makeup turut ada. Kadang-kadang dari sini la aku mengetahui bermacam-macam benda. Apa masalah kulit muka, cara penjagaan and yang penting kita kena rajin ikut. InsyALLAH, awesome la kulit korang! Hehe


3) Gaya tudung
Of course ramai yang tersangatlah suka part ni. Tudung lilit sana lilit sini. Walaupun ada kaum lelaki kata macam sesak, peduli apa..=_=. Aku tetap nak kata cantik. Berpuluh-puluh gaya yang boleh you all cuba. Adik perempuan aku, tak payah cakap, lagi expert dari kakaknyer!


4) Diari Islam
Kat sini diselitkan amalan, doa dan soal jawab agama. Sebagai muslim, banyak benda yang kita kena tau. Ilmu tu kena cari. Setiap edisi akan ada ilmu baru untuk kita. Ini menjadikan majalah Dara.com bertambah berinformasi untuk golongan gadis remaja.


5) Diari kampus *option*
Yang keempat ni pilihan aku sendiri. Kenapa aku pilih diari kampus? Coz kat sini kita akan tau tentang kehidupan student lain. Berlainan course and unik tau untuk mengetahui apa yang they all hadapai. Asyik hidup sendiri je, nak tau gak camne life student lain *bukan menyibuk..hehe*.


Ni cuma pendapat aku. Kalau tak setuju, pergi main jauh-jauh!:p


Nota kaki : Aku turut suka baca majalah lain such as Remaja, In Trend and Eh..

4 comments:

Citarasa Rinduan said...

k.ayu masa belum nikah.. majalah ini mmg kak ayu collet.
skrang majalah harmoni jerlah..
hehehe..

littledolphin said...

saya tak baca sangat majalah ni.baca tu baca tapi pinjam kawan punya je la.hihi xD

pernah juga la belek dara ni.memang banyak info pasal gaya tudung. ;)

Cik Yatt said...

mjlah dara..pinjam je.heheh..yg beli mjlh remaja..

hafizudin said...

tenang.
nanti gua buat majalah baru.

majalah janda.

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman