Thursday, 15 December 2011

Sejenak bersama Dr Hj Zahazan & Imam Muda Hassan

Salam. Aku updatekan jadi satu entry. 

Pada 9hb bersamaan jumaat minggu lepas, kami student yang amik subject Personal Development and Ethics wajib menghadiri seminar. Projek selepas community service di DK 1. Semua student part 3 menghadirkan diri and disebabkan ramai, so, berlintas langsung terus dari DK 2. Wakil kerajaan area Segamat pun ada yang datang.

Yang untungnya berada di DK 1, anda dapat melihat penceramah secara live. Hek hek. Ustaz Zahazan juga antara salah sorang ustaz favourite my mum. Aku pun selalu tengok Ustaz ni kat TV3. Tajuk ceramah hari tu.."Siapa Aku di Sisi-Nya?"




Apa yang dapat aku conclude kan, ceramah ni berkaitan dengan kehidupan manusia. Harus ada kesimbangan dunia dan akhirat. Hidup harus mengejar akhirat kerana kemudian dunia yang akan mengejar kita. Jangan terlalu mengejar keduniaan. Turut dikongsi kisah-kisah agama zaman dulu untuk dijadikan iktibar.

Overall, ceramah dari Ustaz Zahazan sangat best. Penyampaian beliau akan buat anda terhibur and mesej yang disampaikan jelas. 


Then 11hb, Ahad, 8.30-11.30 malam kat masjid kampus ada program ceramah dari Juara Imam Muda Musim ke-2, Imam Muda Hassan. Maaf tak amik gambar waktu tu. 


Tertarik hati macam nak pergi, so join la. Ceramah berkisar, "Di Sebalik Tahajjud Cinta". Tahu drama Tahajjud Cinta? Mestilah kan..yang ramai-ramai pelakon popular tu..

Aku tak berani nak tulis macam-macam kat sini. Tak pasal-pasal nanti. Aku tak follow citer ni. Pernah tengok sikit Episod 1 and the rest tengok iklan je. Perkembangan citer, tau dari adik aku. Ustaz Hassan terangkan yang positif and negatifnya. 

Aku rasa korang pun tau kan apa yang tak sepatutnya dalam citer tu. Memang citer luarannya nampak Islamik tapi berlandaskan pada jalan yang betul ke? Mungkin bak kata Ustaz Hassan, skrip tu perlu diteliti betul-betul terlebih dahulu.  

Apa yang dihighlight dalam ceramah malam tu tentang hubungan antara lelaki dan perempuan. Apa yang halal dan haram.

Buat readers, kalau ada masa, jom la kita sama-sama ke majlis ilmu. Dapat tambah pengetahuan and boleh dikongsi bersama..:)

6 comments:

eiyzniey said...

Di sebalik tahajut cinta..
Waahhh..best nyeeeee

mysara said...

yup..tmbahan plak ngn penyampaian ustaz hassan yg penuh ngn joke..;)

nur atiqah wahida said...

mai makin bulat nampak..hehehhe..

akuzle ayu said...

ustaz zahazan mmg besh. sempoi n berhikmah. bole buat klaka gaks. ahkak pon minat beliau.

mysara said...

atieyq : aah la...aku dh nek 4kg duk segamat ni..waduh2....

mysara said...

ayu : best kn...tak boring langsung...;)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman