Friday, 16 December 2011

Pandangan manusia

Salam. Ada dua situasi aku nak kongsi kat sini. Kedua-duanya sebelum aku menjejakkan kaki ke Segamat.

1) Tentang Segamat
Sebelum datang sini, aku kerja sementara kat kedai kecantikan. Ada sorang customer bagitau tentang keadaan Segamat yang akan buat anda sangatlah tak mahu duduk sini. Keadaan yang digambarkan macam duduk betul-betul kat tengah zoo. Apa teruk sangat ke Segamat ni? Katanya kawan-kawan dia ramai yang menangis nak balik.

Memang la Segamat tak macam Bangi, tempat aku study diploma dulu. Tapi as long as apa yang patut tu ada. Kekurangan, biasala. Mana-mana tempat pun ada. Wayang, karoks, kedai makan pun banyak. So, mind set tu penting. Jangan mudah terpedaya dengan cakap-cakap orang lain.

Satu perkara aku selalu letak dalam diri, sayangi tempat anda belajar. Dengan cara itu, ia akan membangkitkan keselesaan anda. 

You all tau, duduk sini since bulan 9 hari tu dah menyebabkan aku naik 4 kg! Kata ibu, nampak sangat aku selesa and senang hati kat Segamat ni.


2) Course Islamic Banking (ISB)
Diakui yang my first choice Finance and kalau lagi boleh nak amik Journalism. Tapi my parents suruh amik ISB, katanya sesuai dengan market sekarang. So, waktu mohon degree dulu, aku letak ISB first choice and alhamdulillah aku ditakdirkan for taking this course.

Sape kata ISB tak best? Best what. Banyak ilmu baru yang anda akan belajar. Bukan guna semata-mata untuk exam or kerja but ilmu akhirat jugak. Banyak benda yang buat aku sedar. Pada adik-adik yang amik kos diploma in banking or yang berkenaan, boleh la jadikan ISB antara pilihan anda.

Sorang kawan rapat pernah cakap ngan aku, "Jadi ustazahlah pas ni..". How come? Asal ada perkataan Islamic je ustazah ek? Apa hidup seorang ustazah tu tak boleh berjaya ke? 

Aku pernah dengar ada orang yang memperlekehkan benda-benda macam ni. Ya Allah..berilah hidayah pada mereka. Bukak mata, minda tu sume. Yang bercakap macam tu kadang-kadang bukannya orang tak berpelajaran.

Rezeki ada di mana-mana. 


4 comments:

jeBateja said...

Sana makan sedap erk....ahakz....

Banyak ke kelebihan Islamic Banking ni?

Lya Colours said...

saya berlajar ISB masalahnya bila kerja masuk line developer, macam engineer plak. salah amik course apa. haha

oh i missssssssssssssssss burger segamat yang kat billion tu. super yum!!!

mysara said...

jebat : entah la..byase la, ada yg sedap, ada yang tak..tp banyak tempat makan...

kelebihan? yup, banyak..kadang2 kita ni amik mudah je sesuatu benda, padahal benda yang nampak macam simple tu penting...

mysara said...

kak lya : aik, dh lain plak? hehe

yup! burgernyer sgt sedap! skrg harga dh nek ckit....:p

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman