Saturday, 3 December 2011

Hidayah untuk mereka

Salam. Alhamdulillah, bila orang nak buat kebaikan, kita kena la menyokong. Ye tak?

Hidayah tu milik Allah swt. Bersyukurlah apabila anda dikurniakan olehNya. Hari ni aku nak bercakap tentang segelintir artis kita yang baru berhijrah mengenakan tudung.

Memang la akan ada orang cakap, tawaran akan menurun la, dah tak laku la, tapi rezeki Allah swt tu dimana-mana. Kalau tawaran diorang menurun, apa hikmahnya? Allah swt tu tak nak mereka terjerumus ke lembah kemaksiatan.

Aku nak highlight 3 orang artis kat sini. Diana Amir, Siti Nordiana and Irma Hasmie.


Aku pernah terbaca artikel yang Diana dapat petunjuk dari mimpinya. 3 kali dia bermimpi tentang Hari Kiamat. Kawan-kawan, seumur hidup aku setakat ni, aku pernah mimpi hari nak berlakunya kiamat. Waktu tu matahari dah berada dalam arah terbalik. Ya Allah..


Pernah satu ketika Siti Nordiana ni menggemparkan media dengan imej yang terlalu seksi bagi pelancaran album barunya. Tapi kini, alhamdulillah. Moga-moga ianya berterusan. Dia pun kini bekerja di salah sebuah IPTS di Selangor.


Irma Hasmie, semua sedia maklum ex-gf Nabil. Nabil pun dah kahwin sekarang. Irma? Relax sis..Someone for you had been made. Cepat and lambat je. Irma pun boleh tahan seksi dulu. Tapi kini, dia menjaga auratnya. Irma pernah kata berlakon tak menyukarkan dia untuk solat walaupun dia terpaksa pakai-buang make up. Ni la contoh.

Mungkin ada yang akan mencemuh they all itu la, ini la. But at least, mereka sedang mencuba ke arah kebaikan. Take positive.

Pernah dulu, sorang member free hair cakap straight kat aku..
"Sorry la, aku bukan nak kata apa. Tapi yang banyak buat hal sume budak bertudung"

Hei, jangan disebabkan lalat seekor, tercemar air sirap! Sabar je la. 

Takkan sume benda nak tuding jari kat orang bertudung je? Haiisshhh!

5 comments:

nik rosmawati said...

sekurangnya2 yang bertudung tu dah tunaikan kewajipan dia tuk menutup aurat.yang semua kita tahu kalau tak tutup aurat tu berdosa :)

mysara said...

yup..thanx for comment..:)

zOeY zAu YaH said...

alhamdulilah..smoga ramai lg yg akn berhijrah juga.

Teenager Housemaid said...

Alhamdulillah..suka tengok wanita2 yg dah mula nak pakai tudung...;)

sea_lavender said...

benar kte harus la terus m'yokong insan yg berubah ke jalan Allah..hidayah Allah memberi kekuatan kte dalam hidup ~

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman