Sunday, 25 December 2011

Banjir dan study week

Salam. Sekarang mood study week. 

Buat pengetahuan you all and seperti mana dalam berita, Segamat sekarang banjir. Mungkin belum teruk lagi but dah start. Aku balik Jumaat baru ni pun dalam keadaan baru lepas hujan lebat and ada beberapa rumah yang dah dinaiki air. Syukur aku masih selamat dan sempat balik kampung coz jalan belum ditutup.

Pic ni aku amik dari dalam kereta Jumaat hari tu, sebelum balik kampung. See! Air memang sangat-sangat dah naik kan? Kalau google 'Segamat', anda akan jumpa pic banjir je..

Menceritakan pengalaman seminggu sebelum study week ni, air sungai memang dah start naik. Ada jugak area yang dah melimpah. Nak ke UiTM ada lebih kurang 4 jambatan kena lalu setiap hari pergi-balik. So, ada certain area yang airnya dah melimpah.

Nak jemur baju, jangan harapla. Hujan je. Kalau tak hujan lebat pun, dia akan gerimis. So, aku terpaksa hantar dobi. Terpaksa okeh! Air sungai kat sini cepat naik. Bank-bank, Tabung Haji dah start letak guni kat luar for prevent air dari masuk.

Aku tak tau macam mana keadaan Segamat setakat entry ni ditaip. Actually area umah aku tu pun memang kawasan banjir. So, before balik hari tu, kami dah angkat barang penting ke tingkat atas. Rezeki rumah 2 tingkat. Bak kata my lecturer yang tinggal area situ gak, air selalu naik sampai pinggang.

Memang study week kali ni bersesuaian dengan keadaan Segamat yang sedang banjir. Actually aku agak excited tengok banjir coz tak pernah ada pengalaman.  But harapnya cepatlah surut coz aku start paper 4 January 2012. Tahun baru!

Lecturer dah pesan awal-awal, kena sentiasa ikuti perkembangan banjir coz takut exam ditunda. Tak sanggup la ditunda!! Waa...

Pada semua yang akan berhadapan dengan final exam, good luck!:)

3 comments:

nur atiqah wahida said...

good luck for final mai!
alaahhh,xnak la tunda :(

semoga banjir cepat surut!

amy syahirah said...

gud luck dear :)

Lya Colours said...

teringat time banjir dulu. saya duduk kat taman mida. balik dari cuti sem, tengok air naik, tapi x masuk dalam rumah la. setakat buku lali kot sebab nampak kesan air kat dinding luar rumah

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman