Friday, 18 March 2011

Menyentuh hati

Salam. Apa yang menyentuh hati ni? Aku tengah sedih-sedih ke? Tak la. Aku ok je. Malam ni aku kena study lagi la. Esok ada test. 9 pagi. 2 hari berturut-turut test. Penat otak macam ni. T_T.

Berbalik pada tajuk di atas, korang pernah menangis tak pun bergenang air mata bila menonton filem atau drama? Jangan nak tipu aku kata tak pernah. Baik mengaku cepat! Hehe

Aku tak tau la nak describe aku ni jenis terlalu sensitif atau tak. Bukan semua cerita aku bergenang air mata tau. Cerita-cerita tertentu je. sebab ada orang kata aku ni jenis tak da perasaan. Ish, suka hati je. Sure cerita tu macam superb je kan sampai buat aku tersentuh. Nak buat cerita yang orang boleh menangis masti payah. Pasti seluruh tenaga produksi bekerja keras untuk menghasilkan yang terbaik.

Meh aku kongsikan antara beberapa cerita yang buat aku tersentuh.




Mula-mula cerita melayu. Aku pilih LAGENDA BUDAK SETAN. Memang cerita ni sangat best. Walaupun aku masih belum berpeluang mendapatkan novelnyer. Part yang buat aku tersentuh adalah sewaktu Ayu (Lisa Surihani) dipukul dengan teruk oleh Azmi (Que Haidar) dan Azmi telah membakar buku @ majalah hasik kerja Kasyah (Farid Kamil) yang diberi pada Ayu. Lagi satu, part last sekali waktu Kasyah ke kubur Ayu bersama dengan anak dia. Oh, touching!




Ni cerita Jepun pulak. TSUNAMI AT HAEUNDAE. Aku pergi menonton dekat Mines je dengan teman serumah waktu tu. Memang sangat-sangat nak tengok cerita ni. Diilhamkan daripada kisah tsunami yang melanda hebat Acheh sehingga tempiasnya pada Thailand dan Malaysia pada tahun 2004. Paling tersentuh bila suami dan isteri mengorbankan nyawa demi anak mereka dah lelaki penyelamat tsunami tu mengorbankan diri dia sendiri supaya dipukul ombak semata-mata untuk menyelamatkan orang lain padahal ada wanita yang terlalu menyintai dia merayu jangan pergi. T_T



Ni cerita Korea. Of course la yang terbaru aku masukkan dalam lappy. MY GIRL. Oh, tak boleh ditipu lagi yang aku dah jatuh hati dengan Seol Gong Chan atau nama sebenarnya Lee Dong Wook. Cerita Korea memang mempunyai kelainan dari yang lain. Kisah cinta Korea tak perlu ditunjukkan secara luarannya macam barat contohnya. Korea banyak bermain dengan emosi. Aku paling tersentuh part Ju Yu Rin (Lee Da Hae) terpaksa meninggalkan Seol Gong Chan. Memang dia menangis gila-gila waktu tu. Bukan tu je, part Yu Rin berkeras hati tak nak terima dan meninggalkan Gong Chan pun sedih. Tapi rasanya kalau aku tulis satu-satu tak cukup nanti. Apa yang boleh aku cakap, cerita ni memang banyak part yang korang akan tersentuh. Tapi tak kurang jugak yang kelakar sampai boleh keluarkan air mata! =_=

Nak kata banyak cerita yang aku tersentuh, tak jugak. Sebab kadang-kadang family pun sependapat mengatakan aku tengok cerita tak da perasaan. 

Jom..kongsikan apa cerita yang buat korang tersentuh???

2 comments:

Citarasa Rinduan said...

selamat malam dik

kak ayu kalau tersentuh filem hindustan,.
atau korea...wah!!!!!!!!
sure kak menangis like budak kecil.....

jgn tak caya yer

mysara said...

wah..ye ke kak...
mmg..klu dh tersentuh ni...hehe

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman