Tuesday, 15 March 2011

Mengidam

Salam. Petang tadi rumate mintak aku temankan ke Warta. Nak beli barang katanya. Rumate yang lagi sorang balik kampung, ada hal. Perempuan kan, bila barangan penjagaan muka dah habis, kena la cepat-cepat beli. Aku yang tengah dok ralit buat kerja yang lecturer bagi *ralit ker???* terus bersiap. Yela, hari kat luar macam nak hujan. Aku siap bawak beg semata-mata nak isi payung. Senang nanti.

Pusing-pusing Warta cari toner dia, tak jumpa jenama yang dia cari tu. Last-last beli jenama yang lain la. Yang aku pulak dok pandang sana pandang sini, TERbeli tudung syria. Diulangi, TERbeli! Tangan tiba-tiba terasa gatal nak membeli pulak. Tu la kelemahan aku kalau keluar. Tak boleh tahan godaan langsung bila tengok tudung cantik-cantik!

Actually, sejak hari ahad, aku teringin nak makan spaghetti. Mengidam sangat rasenyer ha macam orang berbadan dua. Ngeh ngeh. Jadi, aku tak melepaskan peluang keemasan tu dengan singgah ke Pizza Hut. Aku dan rumate, Jojo order la apa yang tekak ni rasa nak makan. Memang sesedap rasa mengorder. Aku yang dah ada spaghetti ni, nak gak pizza lagi. Licin ok pinggan spaghetti aku. Tu memang tanda orang yang betul-betul mengidam. Finally, dapat jugak aku menyempurnakan hasrat hati tu. Ahakks!!


Now, aku rasa perut sudah penuh sangat! Habis la. Naik berkilo-kilo la hari ni. Dah la sejak 2 bulan lepas aku amalkan pengurangan ais. Dan sejak awal bulan 3, langsung belum amik ais. Hari ni je dah TERminum ais kat pizza. Pepsi kan. Sedap woo!! 

Lepas ni, kena control makan balik. Kalau tak nanti naik macam dipam-pam. Dah la tinggi tang tu jugak. Tak naik-naik!

6 comments:

al_hakim said...

ngidam spegetti..=P

mysara said...

sedap woo...hehe

sarah mohamad said...

best nya spagetti :)
hihi :)
actually, warta tu kat mana eh mai ?

ardinihumaira said...

uwaaaaaaaaaaaa dni pon ngidam gak

mysara said...

sarah : kt area bangi je...:)

mysara said...

dini : bley la cepat2 mndptkn spaghetti skrg..hehe

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman