Saturday 19 March 2011

Bertemankan cahaya lappy

Salam. Awal aku update. Jam lappy menunjukkan 6.19 pagi. Aku dah bangun seawal 5.30 pagi tadi. Actually pagi ni aku ada exam. Test investment. Petang semalam test selling. Aku mengaku yang aku terlalu penat dan mengantuk malam tadi. Otak ni dah tak mampu nak menerima. Mana tak nya, petang tu dah perah otak untuk menjawab entah berapa banyak silan esei. Aku tidur awal dan bangun awal pagi ni. Ada lagi beberapa benda yang harus aku telaah.

Aku on lappy untuk mengilangkan boring. Lampu bilik aku tak pasang pun coz rumate aku tidur. Kang takut mengganggu diorang pulak. Jadi aku hanya on lappy dan bertemankan cahaya lappy tu la aku baca note dan hafal formula. Sakit mata? Dah terpaksa kan. Tapi ok je aku rasa setakat ni. Cuma serabut sikit la waktu menaip entry ni. Buku dan kertas kiri kanan.

Contoh macam gambar di bawah. Ok la kot. Cahaya lappy ni kuat dan terang. Tu yang kalau mengadap lappy lama-lama boleh sakit kepala dan mata.


Bila dalam keadaan macam ni, baru aku dapat bayangkan macam mana orang dulu-dulu belajar bertemankan lampu pelita je. Ada jugak yang berjaya. Kita yang sekarang dah senang pun ada yang tak nak belajar kan? Kesusahan tu bukan alasan untuk tak berjaya. Yang penting usaha dan pemikiran harusla positif. 

Test hari ni adalah test 2 yang menyumbang 10 % untuk carry mark. Banyak kan? Test 1 hari tu alhamdulillah dapat skor A. So, kali ni nak maintain la. Tak nak la jatuh. =_=

You all..wish me luck..:)

No comments:

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman