Saturday, 5 February 2011

Tak rasa kekurangan pun..

Salam. Anda SINGLE atau IN A RELATIONSHIP? Entry ni khas untuk individu yang single sahaja..haha. Single tu satu kekurangan ke? Sila geleng ye adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang sekalian. 

Aku ni pun baru je setahun lebih single. Kali terakhir dalam relationship dulu pun masa umur 19. Muda sangat aaiihh!! Sekarang pun lagi muda! Baru 21. Tak perlu terburu-buru nak cari pasangan. Tunggu and relaks..ngee~~. Kalau anda seorang pelajar, perjalanan hidup anda masih jauh lagi. Banyak yang perlu dikejar. Bercinta itu tak salah asalkan anda mampu mengimbanginya. Kawan aku dekat kolej pun dah ada baby boy sekarang, ok je. Yang penting diri sendiri.

Ada yang frust tahap dewa la bila putus cinta, turun berat badan sampai 10kg la, membenci mereka yang berlainan jantina..jangan la macam gitu ok! Anggap setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Allah akan memberi kita orang yang salah sebelum kita bertemu dengan pasangan yang sebenarnya. 

Aku pernah rasa kekurangan ke? Tak da la. Malahan, aku rasa bahagia dengan life aku sekarang. Pernah jugak orang sindir-sindir aku. Mentang-mentang dia ada boyfriend. Ish, langsung aku tak kisah la. Kau nak bermesra-mesra depan mata aku pun aku tak terasa. Asalkan jangan buat aku meluat, dah la.

Ajal maut jodoh pertemuan di tangan ALLAH swt. Setiap individu diciptakan ada pasangannya. Insan yang baik untuk orang yang baik dan begitulah juga sebaliknya. Tak perlu rasa kekurangan bila orang tanya 'KAU ADA PAKWE TAK?'

Oh ye, hari tu aku terjumpa PAGE NI dekat facebook. Dah memang aku student KPTM Bangi, saje lah join..hehe..Tu yang timbul idea nak buat entry ni.

2 comments:

al_hakim said...

ramai yg kate percintaan lepas kawen lagi manis..sy akui itu.=) ape pun jgn biarkan percintaan kite sebelum kawen lagi manis dari selepas kawen..=)

mysara said...

ok..insyALLAH...:)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman