Sunday, 23 June 2013

Membuang 'Whitehead'

Salam. Bagi kaum wanita, whitehead pasti menjadi satu masalah untuk korang. Aku memang tak suka dengan whitehead. Kalau dekat office tu bila tengok muka kat cermin rasa geram je. Nampak segala bintik-bintik putih kecik.

Whitehead terjadi bila muka yang berminyak and berpeluh tu dah ditutup dengan bedak yang you all sapu. Aku pernah bekerja sambilan time cuti sem dulu dekat kedai kecantikan and aku ada pengalaman buat facial. Mostly customer yang cuci muka memang nak buang segala white and blackhead. Customer yang selalu buat facial, whitehead diorang memang kurang. Whitehead paling banyak kat kawasan hidung.

Before this aku selalu guna biore nose strips yang dibeli dari Watson. Memang senang. Just letak kat hidung korang and biarkan lebih kurang 15-20 minit sebelum tanggalkan. 



After ada pengalaman buat facial kat muka customer, aku mula picit whitehead. Memang agak puas hati tapi pedih sikit la. Tapi awas, sebelum picit tu steam dulu muka sebab nanti menangis-nangis la korang memicit.


Paling baru, aku mencuba Shiseido Black Mask yang aku dapatkan dari Suhanya E-Shop. Hanya RM 1 sekeping. Jenis liquid so just sapukan kat muka. Boleh guna 2-3 kali. Save!



Nak buang whitehead kalau rajin, steam lah muka dulu. Barulah pori-pori terbukak. Sama jugak bila kita buat facial, muka akan di steam dulu.

Waktu bw aku ada terjumpa satu blog yang ajar cara paling mudah nak steamkan muka. Amik air suam-suam and letak dalam bekas. Amik kain, basahkan sikit then tekap/apply kat muka. Pori anda akan terbuka. Lepas tu boleh la nak picit or apply mask.

Tiga benda ni memang antara benda yang aku buat untuk buang whitehead. Sangat tak selesa bila white head mula penuh and muka nampak kasar je. Jangan biar whitehead merajai muka anda. Katakan TIDAK pada WHITEHEAD!

16 comments:

  1. whitehead ada, blackhead ada, ape beza ye?

    ReplyDelete
  2. Rin whitehead x banyak, kalau blackhead ade laa banyak kat hidung!! geram je~

    ReplyDelete
  3. @erleena blackhead tu kaler2 hitam..bley jugak buang dgn 3 cara tu..nk pling mujarab kene picit..tp steam muka dulu..:)

    ReplyDelete
  4. selalu guna yg biore tu je, time nak tarik tu berair mata

    ReplyDelete
  5. erm..
    kite rasa semua ada whitehead+blackhead kalau tak jaga muke dengan betul like terdedak dekat matahari lama sangat. kulit muke berminyak..
    tapi cuba atasi dengan pakai masker yang sesuai lah.. :)

    kite pakai shiseido mask yang pack die warne emas. sbb ada kandungan sarang burung :) yang pack hitam kite pakai dkt nose je. alhamdulillah ok. memang sesuai utk kulit sensitif macam kite.

    btw. thanx bagi tips untuk buang whitehead. :)

    ReplyDelete
  6. akak pon bermasalah dengan white head/black head ni. selalu pakai yang biore tu je. dulu2 masa sekolah pakai putih telur dengan kapas muka tu. tapi nanti nak try yang safi pencuci muka untuk remove black head tu. berkesan ke tak. harap2 berkesan lah

    ReplyDelete
  7. yumida byk whitehead
    kengkadang x selesa..even dibuang sikit2 tp masih ade sisa
    thanks sharing bende ni
    nanti yumida nak stimkan dulu wajah yumida then apply mask
    semangat nak buat nih

    ReplyDelete
  8. dh dgr ramai org gune benda nie and dorg ckp benda nie bagus... nanti akak nak cube laa...

    ReplyDelete
  9. haaa selalu guna shiseido balck tu.. memang best bila tarik mask tu

    ReplyDelete
  10. momoy pun x suka
    dulu muka byk sgt
    tapi bila pakai mask dengan konsisten dah kurang whitehead

    ReplyDelete
  11. kene cuba ni nanti..
    wat sauna kat muka dulu.
    hehe

    ReplyDelete
  12. salam.
    sedikit perkongsian berkenaan whitehead dan blackhead.

    1)Mula-mula skali, follicle/liang roma akan dipenuhi dengan minyak yang terhasil daripada duktus minyak...(ala...kire macam kilang minyak la...tempat penghasilan minyak....)

    2) Bile minyak terlalu banyak dan lama terperap kat dalam liang roma, minyak akan memenuhi liang roma dan tersumbat, sehinggalah terhasilnye bonggol kat bawah kulit yang berwarne putih...itu dipanggil whitehead/jerawat nasik...

    3)Penghasilan minyak akan terus berlaku kat pori2 muke, jika whitehead yang dh sedia ada x dibuang, whitehead tadi akan ditolak kepermukaan kulit melalui liang roma dan teroksida....bahagian atas whitehead yang teroksida akan bertukar ke warne hitam dan blackhead pon muncul la kat situ!!

    sekiranya tidak dirawat / dibuang, blackhead lama kelamaan akan menjadi jerawat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain jadi jerawat boleh jadi jeragat tak ?

      Delete
  13. Mana boleh dapat alat besi yang picit whitehead tu ye?

    ReplyDelete