Wednesday 20 March 2019

Hello Proton Commerce!

Salam. Syukur alhamdulillah, aku anggap ni memang rezeki yang tak dijangka😊. Aku tender AmBank actually decide nak join tempat lain then cuma Letter Offer aku tak sign lagi. Then suddendly aku dapat call untuk attend interview. Aku pernah pergi interview dekat this company dalam bulan Jun 2018 but at that time aku tak dapat. Katanya branch aku mintak tak da kosong.

So kali ni dia call aku balik untuk interview. Honestly aku memang tak letakkan harapan pun. Or 15% maybe? Sebab ni second time aku ke sini. HR inform sebelum interview, boss dia yang pernah jumpa aku dulu mintak aku attend back. Jadi aku mencuba lagi.

Nikmat Allah mana lagi hendak didustakan? Rezeki Allah bagi, 3 hari lepas interview, aku dapat call offer and Isnin minggu berikutnya terus report duty.



Untuk mana yang tak tahu, Proton Commerce adalah company joint venture company Proton Edar Sdn Bhd and CIMB Bank. That's why namanya Proton Commerce. Based on nama asal CIMB, Bumiputra Commerce. Dekat sini, aku servis dealer and proses loan kereta Proton untuk CIMB Bank.

Training 18/2/19 - 22/2/19
Untuk seminggu ni aku training dekat HQ Proton, Subang Jaya. Pagi Isnin aku dah bawak luggage untuk check in petang dekat hotel. Untuk first day ni aku buat medical check up dulu then cuma go through business rules and dari HR. 

Accomodation hotel dekat Seksyen 13, Shah Alam, Alami Garden Hotel. Alhamdulillah selesa and aku stay sorang. Penat sebenarnya travel then dapat rehatkan badan tu ya Allah nikmatnyaaaaa. 




Sepanjang 5 hari ni jugak ada yang aku balik Seremban untuk jaga anak sebab husband ada hal. Mengantuk time pagi drive ke Subang tak payah cakap la. Office hour start pukul 8 so lepas subuh je memang aku gerak terus. Rabu malam barula husband datang sebab ada urusan lain jugak. 

Aku belajar business rules, system and ada exam jugak on Friday. Tu yang serabut nak kene study. Otak dah la berkarat😅😅😅.

Memang sepanjang 5 hari dekat sini aku tak sabar sangat nak balik Seremban. Rindu bau Seremban🤣. Lega sangat habis training sampai esoknya aku 'me time' coffee session🤣. 

25/2 baru la officially aku masuk branch. Tapi aku ke branch senior untuk on job training dulu. Banyak benda aku kene belajar and ni benda baru untuk aku. Kalau selama 6 tahun ni aku duduk bank, kali ni aku based dekat Proton tapi still under financial part, processing hire purchase loan.



Officially aku masuk my own branch, 1/3/2019. Masih dalam proses sesuaikan diri and adapt diri dengan new environment yang sangat la fast & furious. Haha. Hari ni apply loan, on the same day dah approve or paling lewat esoknya? Haihh memang harus cepattt.

Hope aku cepat belajar and adapt dengan new task and environment😊. Aminnn...

2 comments:

Sunah Sakura said...

waa...tahniah mysara!

Unknown said...

Klu akpk boleh lps loan x?

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman