Monday 21 January 2019

Lahirnya #babyNM

Salam. Masih story 2017 and this will be the last😅. Alhamdulillah 4/12/2017, 8.49am, aku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.12kg secara czer. Kalau korang baca entry before this ada bagitau sebab apa aku kene czer.

Aku orang pertama yang czer untuk pagi Isnin tu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun aku hilang 1.5 liter darah. Aku diletak dibawah pemantauan lepas operation. Untuk yang bersalin czer, harus stay 3 hari dekat hospital. 

Tak tergambar macam mana perasaan kali pertama dengar suara baby yang keluar dari perut sendiri menangis, nampak anak dalam keadaan mamai tu and paling tak lupa moment kali pertama menyusukan and pegang anak sendiri.

Disebabkan aku czer, aku kena stay dalam keadaan baring and berehat selama 6 jam. Then barulah boleh angkat sikit bahagian kepala. Kali pertama nak bergerak lepas czer, tak tergambar macam mana sakitnya. Betul la orang kata and dalam Islam pun, hargailah Ibu kita. Aku demam malam selepas czer. Nurse yang tolong lembapkan napkin and sapu kat badan, makan panadol and alhamdulillah esoknya surut. 

My baby pulak baru keluar dari perut tidur tak mo atas katil hospital. Nak jugak atas riba Ibunya. Penyudahnya Ibu tidur duduk and letak bantal atas peha barulah letak dia. 






Thanks untuk husband yang kirim bunga ke wad, hari-hari datang since 2 bulan kena tahan wad and siapkan semua untuk Ibu and baby.

Moga anak Ibu membesar dengan baik and sihat. Aminn.

No comments:

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman