Sunday 5 November 2017

Ambank Staff Appreaciation Day at Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bharu

Salam. Sebelum tu, maaf ni entry yang sangat lama terperap. Tapi sebab aku rasa penting untuk aku simpan dalam blog ni, aku publish jugak. Alhamdulillah dari 12-13 Aug 2016, aku dah selamat pergi and balik dr JB atas urusan kerja. Walaupun penat balik dengan tak cukup rehat sampai la demam semua, tapi segalanya berjalan lanar and jadi satu moment dalam kerjaya.

Staff Appreciation Day for Southern Region actually only for one day which is on 13 Aug, hari Sabtu. Tapi disebabkan aku ni join untuk performance, so dapat kelebihan untuk penginapan and kene pergi hari Jumaat coz ada rehearsal. Team tarian aku ada 11 orang. So kitorang naik van panjang yang boleh muat 17 orang! Pagi Jumaat seawal 9.30 pagi kitorang bertolak.

Disebabkan ada berhenti untuk makan dekat Ayer Keroh, so total ke JB dalam empat jam. Serius memang rindu nak pergi JB. Last ke JB tiga tahun lepas waktu aku sibuk ulang-alik nak siapkan thesis. Berjaya Waterfront Hotel ni memang tapi laut and disebelahnya zon bebas cukai. Tapi dari apa aku tengok, tak da beza mana pun harga dia😑. Kawasan ni area Stulang.

Sampai je and letak beg solat semua, penuhkan perut dulu. Berjalan kaki la beranai-ramai. Then terus ke dewan untuk rehearsal. Tarian kitorang akan perform ni tarian Endang. Bukan la benda baru kat aku. Sekolah dulu pernah buat. Tapi almaklumlah sekarang badan makin tua jadi keras. Haha😂😂😂.

Malam tu kami sempat ke Pasar Karat sampai la waktu balik punya jenuh berjalan carik teksi. Memang tak dapat lupa bila terkandas. Keluar pulak berlima. Pakai sumbat and padat je teksi. Balik dari situ bukan dapat rehat, sambung rehearsal balik sampai 2 pagi. Ada team Melaka and Johor jugak performance. Melaka tarian Bhagra and Johor, Zapin. Serius penat. Habis tu tak terus naik bilik. Kitorang discuss last minute arrangement sebab sorang ahlibada kematian keluarga. So tak dapat join. Sudahnya pukul 3 baru tido.

Dengan 3 jam tido sebab pukul 6 dah bangun, kepala ni terlalu pening. Nasib. Sape suruh masuk tarian kan😑. Breakfast and bersiap sume dengan pakai pakaian yang nak kene attach banyak pin tu, haihh serabut. Nasib selesa. Lantak la asalkan samping and yang atas kepala aku tu tak jatuh. Masuk dewan nak makan pun tak da selera sebab nervous lagi nak perform. Bila dah settle, barula makan dengan jayanya.

Alhamdulillah walaupun rasa macam ok ke tak ok, tapi semuanya berjalan lancar. Siap ada yang datang meja puji our performance. Hihi😁. 




2 comments:

Azhafizah MN said...

Tahniah dah berjaya performs walaupun penat..hihi :)

ray said...

comelnye this blog

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman