Tuesday 5 July 2016

Shopping raya last minute

Salam. Tahun ni memang persiapan raya aku last minute. Tak terfikir langsung nak beli dari awal puasa. Sebelum ni setiap tahun awal-awal dah siap beli. Ni Sabtu baru ni, 2hb baru pegi beli.

Kali ni shopping sekali untuk family. Aku dengan 3 orang adik ke Dataran Senawang. Dah macam Jalan TAR dah kat sini. Memang meriah and dah nak dekat raya ni makin sesak! Nak jalan pun susah. Berpeluh-peluh sebab tersepit dengan lautan manusia.

Ni gambar yang aku ambil pertengahan puasa dulu. Tak crowd sangat and memang meriah malam-malam

Sejujurnya tak lama pun nak carik semua baju memandang kaler tema kitorang tahun ni senang nak carik, meroon. Tapi dengan keadaan yang sesak ni jadi lama. 2 jam dari 10.30 sampai la 12.30 tengah malam! Parking pulak punya jauh.

Rasanya cukup la kali ni je last minute preparation. Tak sanggup lagi nak rasa suasana berpadat dan berpeluh macam tu. Sampai rumah pun dah 1.40 pagi. Bayangkan betapa penatnya aku. 

Makin meningkat umur ni tak da la nak fefeeling raya cam zaman budak-budak dulu. Setakat apa yang ada. Kalau dulu semua benda nak baru termasuk la mekap! Kali ni apa ada je. Yang penting baju raya pertama ikut tema family.

Apa pun, salam aidilfitri untuk semua pembaca blog! 


2 comments:

Afif Rayyan said...

Selamat hari raya..

Farah Sanusi said...

haiii..farah singgah bw =)

jemput singgah segment bloglist farah ya. Tinggal 4 hari je lagi =)

http://farahsanusi.blogspot.my/2016/07/pencarian-bloglist-by-farah-sanusi.html

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman