Tuesday, 28 June 2016

Pengalaman tukar duit raya untuk customer

Salam. Aku tak tau tajuk apa yang sesuai nak letak. Ni pengalaman yang baru sangat aku alami. Kadang-kadang susah bila terlalu lembut hati. Aku sure ada antara korang yang dah baca screenshoot aku kongsikan ni. Ni dari group CIMB aku dulu diorang kongsikan. Baca betul-betul.






Terus-terang cakap aku bukanla berkira mana. Untuk Ambank kali ni kene booking dulu then lepas sehari dua baru boleh ambik. Even staff pun sama. Aku siap book untuk office Mr.F. Tak da masalah apa pun. Sebelum book aku akan inform awal-awal apa duit baru and apa yang recycle.

Bila ada customer yang whatsapp mintak tolong book, aku tolong. Sebab fikir customer ni aku baik. Aku try untuk dapatkan sebanyak mana duit baru. 

Yang jadi tak sedapnya bila atas sebab-sebab tak dapat dielakkan, aku tak dapat pass duit ni directly pada customer. So aku inform untuk pass pada wife dia. Tak kan aku nak pegang lama-lama memandangkan customer ni kerja luar dari NS and tak boleh nak datang bank.

Seriously aku tak da masalah. Sebelum ni dekat CIMB pun aku pernah tukarkan untuk customer. Aku decide untuk jumpa kat satu tempat ni. Aku siapkan beberapa paket sampul. Bila aku turun kereta, wife customer ni langsung tak turun kereta or turunkan cermin. Tunggu aku datang dekat kereta dia. 

Dah dapat duit, siap cakap dekat aku, "Cukup ke ni? Saya kira dulu". Aku dah siap cakap aku dah kira and bank dah kira guna mesin. Bayangkan depan-depan aku dia kira duit tu 1 by 1. Apa perasaan korang bila korang menunggu di luar pintu kereta. Dalam masa yang sama ada mak dia and adik dia. Lepas tu siap cakap, "Nak kira lagi ke mak?".

Aku dah berpelok tubuh menunggu dia kira duit. Boleh faham orang yang jarang kira duit bila mengira. Lama untuk 1 tu.

Aku tak tau nak cakap apa. Dah la sebelum tu whatsapp wife ni pasal loan semua langsung tak reply. Bluetick je. Aku pass duit siap sampul pun macam tu cara layanan dia. Wife ni doktor. Cukupla rasanya ni first and last aku tolong.

Aku cerita bukan nak bukak aib sesiapa. Tapi aku nak korang faham perasaan kitorang, banker ni yang tolong customer tapi dapat layanan macam ni. Sedangkan as a staff pun, aku kene book dulu and ikut stok kalau dapat duit baru. Jangan buat kami banker ni macam orang suruhan. Senang-senang je itu ini. Kita pun bekerja jugak. Ada rules apa semua.

So apa yang aku cerita ni harap jadi pengajaan jugak untuk korang. Tak salah mintak tolong. Mana boleh bantu kami bantu. Tapi tolong hargai sikit.


1 comment:

Ezy Loy said...

isk ssh kalo dpt customer jns gni.. kite dh tlg die lyn kite mcm hape je..
xkn xpercaya dgn mesin kira duit kot smpai nk kire sndiri nk tgk ckop ke x..
isk ade jgk manusia jns mcm tu.. mmg xptot tlg..

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman