Tuesday, 21 June 2016

Alkisah Cerita & Cinta by Irine Nadia

Salam. Siapa tak kenal dengan blogger terkenal Irine Nadia. Aku follow Irine dari zaman dia habis sekolah lagi. Sekarang dah ada anak 2 and tengah mengandung yang ke-3. Cepatnya masa berlalu.


Siapa dah dapatkan buku tulisan Irine ni? Aku memang follow dekat Instagram and ada terbaca yang waktu dalam proses siapkan manuskrip. Waktu tu hati dah rasa memang nak baca nanti memandangkan aku ni pun memang peminat buku. Waktu buku ni start dijual kat PBAKL, aku tak dapat pergi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Lagi sekali waktu official launch 14 May dekat butik FISKA pun sama. Kedua-duanya tak berkesempatan.

Baru-baru ni aku whatsapp Sorok Kitab yang mana merupakan publisher buku Cerita & Cinta. Habis stok! Tengah tunggu cetakan kedua. Hadoi berapa lama pulak nak tunggu kan. Lepas tu Irine pulak ada post dekat Instagram yang buku ni dah start dijual kat MPH. Apa lagi gigih aku menapak ke MPH malam-malam sampaikan pada mulanya aku sibuk berkeras nak pergi sorang.

MPH Senawang yang ada kat NS ni tak besar. So ada la ragu-ragu sikit takit buku tu tak da. Tapi aku tetap round slow-slow carik kat setiap rak and finally I grab it! Kalau delat online dijual RM25, kat MPH RM26. Buku ni comel je size dia and senang dibawa kemana-mana. Betul-betul semata-mata 1 buku ni je alu carik.

Dapat je malamnya terus start baca. Disebabkan aku ni golongan bekerja and pagi sampai petang aku di office, malam esoknya aku habis. Meaning dalam tempoh 24 jam aku khatam buku ni.

Apa yang boleh aku cakap, sangat-sangat-sangat berpuas hati! Aku jadi bertambah kagum dengan Irine ni. Dengan usia dia yang masih muda, berkahwin time study, ada anak and sekarang uruskan business sendiri, aku rasa dia sangat kuat.

Kalau korang mana yang dah dapatkan buku ni, mesti faham apa aku maksudkan. Aku yang tua dari dia 2 tahun pun belum tentu sekuat tu. Banyak sangat input yang korang boleh dapat. Kisah dalam ni dari dia start blogging sampai la terbinanya butik and tentang keluarga. Boleh nampak jugak sisi perubahan and kematangan.

Serius cakap memang tak menyesal beli buku ni. Untuk korang mana yang belum dapatkan lagi boleh la ke MPH yang berdekatan. Selamat membaca!


2 comments:

AinAthirah Anuar said...

Cari jugak tapi dkt tmpat Ain takdek MPH nak beli online lagi la malas. hehe

BudakVanilla said...

adore sangat life kak irine nie. sebab sekarang dah jadi bisneswoman berjaya. :D

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman