Monday, 23 May 2016

Hello Ambank!

Salam. Akhirnya aku masuk company baru lagi. Ni bank ke-3 aku masuk sepanjang karier aku yang masuk tahun ke-3 jugak. Dengan CIMB 1 tahun 8 bulan, BSN 10 bulan and now Ambank. Harap lama la kita berjodohan ye.

Actually aku dah start carik keje lain dengan aktif dari bulan 2. Aku dah dapat offer Allianz waktu tu tapi hati macam tak redho. Hiks. Pertengahan bulan 3 17/3 aku dapat call dalam 5.15pm dari HR Ambank mintak aku pegi interview esoknya. Dan alhamdulillah rezeki bila 6 April aku dapat call, offer.

Sejujurnya aku memang tak apply position ni. Bila ada yang tanya and aku bagitau ingat aku tipu. Memang betul aku tak apply tapi aku rajin update jobstreet. Update segala detail korang kat situ and rajin-rajinkan diri scroll. Baru ni aku dapat call untuk interview dari company lama, CIMB. And yes diorg inform detail aku yang dekat jobstreet. So please update your jobstreet ya.

Aku start 18/4 sampai 4/5 training dekat Menara 1 Sentrum, KL Sentral which is office AmMetLife. Partner to Ambank. Accomodation Pullman Hotel, Bangsar. A 5 star hotel and sangat selesa. Ambank tak da training centre macam previous company aku, CIMB and BSN. 





Company baru harus semangat baru. Ambank commercial banking sama macam CIMB dulu. Jadi dari segi environment, so far alhamdulillah. Training tentang company, products and skills. Training batch kami ada score card. So everything you do ada assessment. Score card akan dihantar pada boss kat branch. 

5/5 cuti Israk Mikraj di mana NS cuti. So 6/5 first day aku masuk branch. First day aku masuk boleh pulak QMS diorang problem. Nampak la macam aku busy sikit waktu tu. Haha. Anyway still a long way to go. Anything will update you all.


Thanks for reading!

P/s : Untuk adik-adik yang selalu komen tanya 'Pengalaman study KPTM', please email akak ye untuk fast reply. Untuk balas dekat komen tu agak payah bila you all nak review balik sebab tu entry lama.

1 comment:

Raihanah Ahmad said...

tahniah and good luck

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman