Thursday, 6 August 2015

Aidilfitri 2015

Salam. Cepat betul masa berlalu. Hari ni pun dah raya keberapa. Rasa aura raya hilang dah. Orang lain dah punyer laju up entry, aku baru terkial-kial nak menaip. Biasala nama pun raya. Lepas tu dah start kerja lagi. Tak da masa nak mengadap blog.   

Raya tahun ni aku rasa semua benda last minute. Macam tak da mood sangat nak raya. Kaler baju pun sekejap kaler tu sekejap kaler ni. Baju raya? Lagila sedih nak cerita. Aku order online and dia salah hantar pulak. Then last minute aku terpaksa keluar duit lagi pergi carik baju lain. Malang sungguh nasib tahun ni.

Preparation dari segi baju adik-adik memang aku uruskan. Keluar and carik dengan diorang. Dari Kajang ke Seremban nak mencarik baju untuk satu family. Sampai ke malam 12.30 sampai rumah pun ada. Itu pergi straight dari habis kerja.

Raya aku mungkin tak semeriah korang. Dari raya pertama sampai ketiga mostly duduk rumah je. Ramai yang datang rumah. Sampai entry ni ditaip pun berapa rumah je baru aku jenguk.

Raya ni orang berhabis apa semua untuk first raya je then dah tak da apa. Sebab tu tahun ni aku tak da nak berhabis sangat. Beli baju baru pun sepasang je. Handbag pakai apa yang ada. Kalau tak tahun-tahun sebelum ni, A to Z semua nak baru. Even make up pun beli baru. Haihhh...               

Aku tak da istilah balik kampung sebab family duduk dengan nenek sekali. So setiap tahun tu sama je. 

Ketupat, rendang tu menu wajib kecuali lemang tahun ni beli. Aku dah la memang tak makan ketupat. So lemang memang wajib ada first raya.

Oh ye raya sebulan. Memang banyak lagi rumah aku tak pergi. Tak pe la, cukupkan sampai 30 Syawal.






3 comments:

Farah Waheda Wahid said...

cantik baju raya tema biru...he he he...

Fazleyatul Aini said...

cantik2 semua

Lieya Von Jay said...

sedondon :) cantik sangat. family akak jrg nak sedondon. sbb xsehati sejiwa hihi

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman