Sunday 14 June 2015

Last day at CIMB Bank!

Salam. Jangan sesekali fikir aku taip entry ni dalam nada sendu. Haha. Dah makin jarang aku update blog then tetibe cerita pasal last day kat CIMB. Eh kenapa ni? Jumaat lepas, 12 Jun 2015 merupakan hari terakhir aku kat CIMB Bank selepas hampir dua tahun aku bekerja kat sana.

Actually aku classify CIMB sebagai my first job. Aku pergi interview dengan zero sebab baru habis praktikal. Even konvo pun belum. Waktu tu langsung tak expect yang aku akan dapat position tu. But alhamdulillah rezeki.

Hampir dua tahun dekat sini macam-macam pengalaman yang aku dapat. Dari handle customer, uruskan loan, back office and macam-macam. Even dari segi mental, emosi pun aku rasa berubah berbanding dua tahun lepas waktu mula-mula aku join.


Betulla kata-kata yang pengalaman akan mematangkan kita. Apa yang kita lalui hari-hari sedikit sebanyak akan mengubah diri kita. Stress kerja pun aku dah rasa. Eh sampai disahkan migrain tau. Tapi tu asam garam dunia kerja. Sangat berbeza dengan zaman belajar. Stress belajar tak kan sama dengan kerja. Sebab tu aku selalu pesan kat adik-adik aku, hargai zaman belajar.

Mungkin ada yang tanya, aku kemana pulak lepas ni. Yup, better offer. Aku bukan berhenti sebab nak sambung belajar full time or duduk menganggur dulu melepaskan lelah kat rumah. Tapi aku dapat offer yang lagi baik and paling bagusnya aku akan start kat company baru, esok! 15hb. Kat mana? Nanti aku akan kongsikan dekat korang next entry ye.

2 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Selamat menempuh kehidupan baru ditpt kerja yg baru.Semoga dpt menyesuaikn diri...

E'in said...

ehem2.. good luck kat BSN plak!

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman