Monday, 4 May 2015

PBAKL 2015

Salam. Ya Allah lamanya tak update! Last entry 1 Jan! Rasa blog macam hampir tak bernyawa. Penat keje buat aku kadang-kadang malas nk bukak lappy mengadap blog.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) memang acara wajib aku setiap tahun since 2009. Dah memang mark setiap tahun end of April sampai awal May memang time PBAKL. Wajib pegi. Even waktu study kat Johor dulu pun menggagahkan diri pegi.

Aku bukanlah rajin sangat baca buku ilmiah. Satu-satu je. Hee. Mostly mencarik novel. Dah penat-penat keje mesti nak mengadap benda yang boleh release sikit kan. Tak kan nak baca yang berat lagi. Huh, tu sume macam alasan je.

Antara satu sebab lain adalah untuk jumpa novelis feveret aku! Suri Ryana! Yeahh! Dah dua tahun tak jumpa sebab tahun lepas dia tak balik Malaysia. Actually ni kali ketiga aku jumpa dia and yes, setiap kali tu mesti update. Aku memang dah follow dari novel pertama.



Kimchi Untuk Awak (KUA) adalah karya keempat Suri Ryana. Kalau ada antara korang yang pernah menonton Playboy Itu Suami Aku (PISA) kat TV3 dulu and sekarang Isteri Separuh Masa (ISM) yang tengah tayang kat Astro, kedua-dua tu karya Suri Ryana.

Disebabkan tajuknya pun ada perkataan kimchi, so kita dapat satu paket kimchi. Actually Suri Ryana ni menetap kat Korea, so setiap 200 terawal setiap sesi akan dapat kimchi. Ni bukan la kali pertama aku makan kimchi sebab pernah makan kat restoran Seoul Garden dulu. Balik rumah terus masukkn kimchi dalam fridge.

Walaupun dah ada kereta, aku memang takkan drive ke PWTC. Gila nak mengharung KL dengan jammednya lagi. Aku park kereta dekat TBS then naik train. Pecah la lemak aku yang terkumpul degil bila keluar peluh exercise sikit.


Aku memang minat benda-benda berkaitan buku ni. Big Bad Wolf pun aku akan pegi walaupun novel yang aku beli entah bila nak baca. Release tension bila dah penat keje then mengadap bahan bacaan ringan. Kalau time keje, beberapa page je aku baca. Time cuti, satu novel boleh habis satu hari. Hee.

Finally berjaya jugak aku update. InsyALLAH banyak lagi benda nak kongsi dengan korang sebenarnya. Nanti aku update lagi ye.

3 comments:

Siti Rohaida Yusof said...

seronoknya kalau dapat terjah pesta buku ni..

Fazleyatul Aini said...

kat sini plak ada big bad wolf last weekend
so memang menggila ke sana je la

Nur Madihah said...

singgah sini. Saya pun baru pergi PWTC semalam. Memang best! :)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman